14 March 2013

Agbimuddin Kiram adalah bekas Penolong Pegawai Daerah (ADO) Kudat...



Tentera dan polis perlu lebih berwaspada di perairan dan persisiran pantai negara berikutan pencerobohan pengikut-pengikut Sultan Sulu Jamalul Kiram III dan militan Barisan Pembebasan BangsaMoro (MNLF) memasuki Sabah.

Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Malaysia Sabah (UMS), Zaini Othman berkata insiden itu adalah suatu amaran bahawa bukan semua orang dari selatan Filipina yang memasuki timur Sabah berniat murni.

Ketika menyampaikan wacana bertajuk ‘Insiden Lahad Datu’ anjuran Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 4 Mac lalu, Zaini berkata walaupun Malaysia tidak mengiktiraf tuntutan Sultan Sulu terhadap negeri Sabah, negara mesti bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Beliau menganggap tuntutan ke atas Sabah sebagaimana dibuatnya kini amat lemah dilihat dari faktor sejarah dan undang-undang.

Tuntutan oleh Sultan Sulu itu adalah berdasarkan pemilikan tanah di Sabah bukannya mengenai kedaulatan negeri itu.

Kedaulatan, katanya, adalah kuasa yang kekal dan mutlak negeri - dan bukan individu - bagi ketaatan kepada pemerintah dalam wilayahnya. Kuasa ini dijadikan hakikat melalui perlembagaan dan undang-undang negeri. Apabila diperlukan polis negeri dan tentera boleh dipanggil untuk menyokong penguatkuasaan kedaulatan itu.

Beliau berkata hak pemilikan, terutamanya ke atas tanah dan sumber, dikawal dan diselia oleh kerajaan dan bukan oleh mana-mana individu atau tokoh. Maka jelas tuntutan sultan itu tertakluk kepada kuasa berdaulat Malaysia dan undang-undang negara. Penyusupan masuk pengikutnya ke Sabah baru-baru ini melanggar undang-undang imigresen Malaysia dan lain-lain peraturan. Dengan itu mereka harus di pertanggungjawab oleh pihak berkuasa Malaysia terhadap tindakan pencerobohan mereka.

Apatah lagi, kedudukan Sultan Jamalul Kiram III sendiri dipertikaikan di kalangan ahli keluarga besarnya, kerana terdapat sekurang-kurangnya lapan orang lagi saudaranya yang turut menuntut takhta Sulu di Filipina.

Zaini berkata terdapat fakta-fakta tertentu yang ramai rakyat Malaysia baru sedar apabila mendapat maklumat dari media asing ketika serangan bersenjata di Sabah baru-baru ini menarik perhatian antarabangsa.

Pertamanya, Malaysia membuat pembayaran kecil tahunan atau “pajak” kepada waris Sultan Sulu selaras dengan perjanjian yang ditandatangani oleh Syarikat British North Borneo, disamping menolak sebarang tuntutan Filipina terhadap wilayah di Sabah.


 Rajah Muda Agbimuddin Kiram

Malaysia menganggap bayaran itu adalah bagi kesultanan untuk menggugurkan tuntutan ke atas pemilikan wilayah itu. Pembayaran dibahagikan antara sembilan anggota keluarga yang menuntut kesultanan Sulu. Walaupun pembayaran pajak itu dianggap sebagai bukti pemilikan, kerana pajakan dibayar “selagi ada bulan dan bintang di langit”, pihak sultan, sebagai pemberi pajak, tidak boleh menggunakan alasan itu untuk menceroboh masuk secara keganasan.

Dalam pada itu adiknya yang juga pemimpin militan bersenjata di Lahad Datu itu, Agbimuddin Kiram(baju biru sebelah Najib di bawah)
adalah seorang pesara kakitangan kerajaan negeri Sabah yang pernah memegang jawatan Penolong Pegawai Daerah (ADO) Kudat. Agbimuddin hanya boleh menjadi kakitangan kerajaan jika beliau warganegara Malaysia.


 
 Rajah Muda Agbimuddin Kiram,baju biru sebelah PM Najib

Lebih mengejutkan lagi, ada di kalangan penceroboh bersenjata itu sudah pun mendapat kerakyatan Malaysia melalui MyKad biru atau status pemastautin tetap di Lahad Datu dan Semporna. Apabila mereka mendarat di daerah Tawau dan memasuki perkampungan di Lahad Datu, mereka sebenarnya bertemu sanak saudara atau pulang ke rumah masing-masing.

Beliau berkata pencerobohan itu menjadi satu pengajaran kepada negara. Yang paling utama ialah pertahanan pesisiran pantai perlu ditingkatkan dan risikan diperbaiki lagi supaya lebih mantab.

Yang menjadi tanda tanya sekarang ialah isu pendatang tanpa izin. Terdapat beribu-ribu orang dari selatan Filipina yang kini tinggal di Sabah.

Serangan oleh militan Filipina ke Sabah menunjukkan bahawa Malaysia perlu berhati-hati terhadap pendatang haram yang telah diberikan kewarganegaraan, walaupun ada Suruhanjaya Diraja menyiasat dakwaan yang mereka diberi MyKad supaya boleh mengundi.

Maka tidak hairan kenapa rakyat tulen Sabah marah terhadap pihak berkuasa kerana agenda tertentu yang menjejaskan kesejahteraan dan keselamatan negeri sekarang.- Saiful Bahri Kamaruddin,Malaysian Daily



 
 Kisah penduduk Tg.Batu ditawan sekumpulan penceroboh Sulu...

Bayangkan sekiranya kita ditawan oleh kumpulan bersenjata yang tidak diketahui asal usulnya... Begitulah yang berlaku kepada lebih 30 penduduk Tanjung Batu dekat sini pada 1 Mac lalu.

"Senjata api dipegang kejap. Kami takut. Bimbang. Jika senapang picu senapang dipetik sudah pasti nyawa kami melayang...

"Seorang penduduk kampung marah-marah. Tidak puas hati dengan kemunculan penceroboh yang mengacau kehidupan aman kami. Dia merengus.

"Sepantasnya penceroboh itu menghampirinya. Parang panjang di tangan diacu ke leher penduduk kampung itu. Kami yang melihat terasa gerun."

Detik-detik cemas itu dilalui hampir lapan jam oleh penduduk Tanjung Batu, apabila mereka diarahkan meninggalkan rumah dan berkumpul di satu kawasan lapang bagi memudahkan kawalan.



Itulah diceritakan Alimudin Abdullah, 60-an (gambar atas), selepas dia dan penduduk kampungnya ditawan sekumpulan lebih 30 penceroboh bersenjata yang mendakwa diri mereka Tentera Diraja Kesultanan Sulu.

Mengimbas kembali, Alimudin berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, kebanyakan penduduk kampung menuruti arahan penceroboh kerana dikhuatiri mereka bertindak ganas.

“Kebanyakan mereka memiliki senjata api. Ada juga bawa parang. Tetapi ketika itu suasana masih gelap. Subuh. Cahaya sekadar berbalam-balam. Saya tidak dapat mengenalpasti wajah mereka. Jumlah mereka agak ramai,” katanya ketika ditemui di pusat pemindahan sementara Dewan Embara, Felda Sahabat 17.

Warga emas separuh abad itu juga menceritakan bagaimana sebahagian penduduk kampung sanggup mengambil risiko melarikan diri.

“Mereka suruh kami memasak bersama mereka pada hari berkenaan. Kami bagi alasan untuk pulang ke rumah mengambil bahan mentah. Mereka izinkan.

"Nasib kami baik sebab mereka tidak mengekori. Jadi peluang itu kami gunakan untuk larikan diri,” katanya.

Alimudin antara yang sempat menyelamatkan diri sebelum menerima bantuan pihak berkuasa.

"Lapan jam ditawan terasa nyawa berada di hujung senjata," kata Alimudin.- SH



Seorang pengganas wanita (atas) bersenjata berpakaian ala harimau bintang adalah di antara 3 penceroboh yag telah di tembak mati oleh Komando 69 setelah mereka berjaya menjejakinya. (Gambar Ehsan VAT 69).

Mula-mula IMM13 di beri kerana mahu memberi pelindungan kepada pelarian perang di Sulu. 

Oleh kerana sudah pandai berbahasa Malaysia, Pelarian ini di Beri status PR dan IC Projek di zaman pemerintahan Mahathir..

Sekarang PTI/IMM13/Projek IC sudah berpaling tadah dan mahu menuntut Sabah pula...


Photo: Mula-mula IMM13 di beri kerana mahu memberi pelindungan kepada pelarian perang di Sulu. Oleh kerana sudah pandai berbahasa Malaysia, Pelarian ini di Beri status PR  dan IC Projek di zaman pemerintahan Mahathir..

p/s: Sekarang PTI/IMM13/Projek IC sudah berpaling tadah dan mahu menuntut Sabah pula...

Mahathir bilang.. Orang Sabah memang tidak faham bahasa. Berapa kali mahu cakap...
 

Betrayal at the "HIGHEST DEGREE"...

The PHILIPPINE DAILY INQUIRER had reported that it was ON THE PHONE with the "RAJAH MUDA KIRAM" who led his Royal Army as he landed in Sabah, whom the Inquirer ( the SAME paper which UMNO/BN has been using to so call try and attack Anwar ).



On the 15th of FEBRUARY 2013 last month.

The PHILIPPINE DAILY INQUIRER had reported that it was ON THE PHONE with the "RAJAH MUDA KIRAM" who led his Royal Army as he landed in Sabah, whom the Inquirer (the SAME paper which UMNO/BN has been using to so call try and attack Anwar ) was talking with over the phone from Sabah on THURSDAY FEBRUARY 14th 2013.

In this same article, the RAJAH MUDA clearly stated that their "LANDING WAS BLOCKED" and they were "ORDERED TO SURRENDER THEIR WEAPONS".

Now standard procedure, they would've been ARRESTED and probably immediately SENT BACK to the PHILIPPINES as they could've even been SUNK while still in their boats.

But the Rajah Muda stated CLEARLY that he was ON THE PHONE and had an "OPEN LINE" to a...

"HIGH MALAYSIAN OFFICIAL" who addressed him as:

"Your EXCELLENCY ( Yang Mulia! ) and Your ROYAL HIGHNESS! ( Tuanku! )"...

Now IF their LANDING was already "BLOCKED"...

"WHO" let them IN???

"WHY" didn't they "SURRENDER THEIR WEAPONS" as it is ILLEGAL to not only PURCHASE but even "CARRY FIRE ARMS" into Malaysia in the first place???

Even "IF" they were ALLOWED to land, they would NOT have posed much of a THREAT if the Malaysian Security Forces had "TAKEN AWAY THEIR WEAPONS" in the FIRST place the moment they LANDED and NO POLICE MEN or Armed Forces would've been INJURED later on.

"WHO" was this "HIGH MALAYSIAN OFFICIAL" whom OBVIOUSLY "KNEW" whom this Raja Muda was by the way he 'addressed' him calling him "Your Excellency. Your Majesty!"

WORST even still, did this "HIGH MALAYSIAN OFFICIAL" actually KNEW or EXPECTED he was coming?

"WHO" is this "HIGH MALAYSIAN OFFICIAL" that he could ORDER the POLICE PATROL and COAST GUARDS to "STAND DOWN" and even ALLOW this Raja Muda and his Army to "KEEP" their weapons and even to ENTER the "Village" ( Kampung Tanduo ) in the first place instead of being "TAKEN INTO CUSTODY" along with all his men???

WHY is it that IMMEDIATELY after this report on the 15th of FEBRUARY 2013,

On the 16th of FEBRUARY 2013 SATURDAY,

MINISTER OF HOME AFFAIRS: KDN MINISTER Hishammuddin Hussein Onn who's IN-CHARGE of the Royal Malaysian Police Force ( PDRM ) quickly made a statement reported in "Utusan" & even Berita Harian stating that:

"PENCEROBOH DI SABAH BUKAN PENGGANAS"

http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130217/dn_12/Penceroboh-di-Sabah-bukan-pengganas


Photo: Now...

https://twitter.com/HishammuddinH2O/status/305353485786959873

Let us ALL "RECAL" What our INCOMPETENT and IMBECILE Minister of Home Affairs: Datuk Hishammuddin Hussein Onn "TWEETED" about the SULTAN SULU's ARMY in LAHAD DATU on the 23rd of February!

I wonder what the IDIOT has to say NOW???!

-w.i.w.c

Who was this "HIGH MALAYSIAN OFFICIAL" ............ cause, only he himself has the POWER and  AUTHORITY over the Royal Malaysian Police Force???-f/book






cheers.

No comments: