04 June 2011

PAS - Pemimpin2 UMNO mula meroyan....

Bila pemimpin2 PAS toalak bulat lamaran UMNO semua pemimpin UMNO kepanasan semacam duduk dibara api,sambil memberi komen bodoh mereka....


Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata PAS nampak sangat menggadaikan prinsip mereka demi Pakatan Rakyat, malah mereka kini tidak lagi bercakap mengenai hukum hudud sebaliknya bercakap hendak buat negara kebajikan yang sudah lama BN lakukan.

Naib Ketua Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim menyifatkan keputusan pemilihan pucuk pimpinan PAS Pusat pada Muktamar Tahunan PAS Ke-57 ini sebagai hilangnya kepimpinan ulama.

"Kita tidak terkejut dengan keputusan pucuk pimpinan tetapi apa pun dalam PAS sudah mula hilangnya taring ulama dalam kepimpinan parti itu dan ini sesuatu yang malang dalam PAS,"

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan meramalkan PAS akan ditinggal oleh orang ramai yang menyokong parti itu berikutan keputusannya meninggalkan konsep negara Islam yang menjadi asas perjuangannya selama ini.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata pendirian PAS itu jelas menunjukkan bahawa parti itu tidak mempunyai komitmen yang kuat dan jitu dalam perjuangan mereka.

Datuk Ibrahim Ali mendakwa suara Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam PAS ekoran keputusan pemilihan 2011-2013 ditentukan dan dicerminkan oleh pengaruh Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali pula berkata kemenangan Mohamad atau dikenali sebagai “Mat Sabu” pasti akan mengecewakan Nik Aziz, Hadi dan puak ulama dan puak Erdogan.

“Mat Sabu hanya belajar di ITM dan tidak tamat, bukan lulusan pengajian agama Timur Tengah. Ianya memalukan gulongon ulama PAS kerana Mat Sabu tiada kelulusan akademik manakala puak Erdogan juga lagi kecewa kerana Mat Sabu tidak sokong Anwar,” katanya dalam kenyataan berasingan.

cheers.

Mat Sabu may not have academic qualifications,but he is definetly has a better personality than most UMNO leaders including Najib and Mahyuddin.....

No comments: