13 February 2011

Mahathir cannon orang Melayu UMNO yang salahgunakan DEB...

Dr Mahathir Mohamad hari ini mengakui Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah disalah-gunakan oleh orang Melayu bagi mendapatkan kekayaan segera tetapi mempertahankan agar program kontroversial itu diteruskan. Dr Mahathir berkata kumpulan Melayu berkenaan yang sebenarnya menyebabkan sasaran mendapatkan 30 peratus ekuiti bumiputera tidak tercapai.

Tumpang Sekole(TS) - Jangan salahkan orang Melayu umumnya, jika DEB itu gagal. Orang Melayu yang melingkopkan DEB seperti yang Mahathir kata itu adalah orang Melayu UMNO. Orang Melayu,yang bukan ahli UMNO ini, nasib depa macam orang Cina dan India juga, hanya menumpang beberapa projek di bawah DEB.

"Saya malu, saya sering mempertahankan DEB tapi sedar kalau segala peluang yang diwujudkan dalam DEB digunakan oleh orang Melayu, hari ini kita bukan sahaja (akan) mendapat 30 peratus kekayaan negara tetapi lebih daripada itu. "Kita selalu membuat apa yang membinasakan usaha kerajaan untuk majukan Melayu," katanya di hadapan kira-kira 2,000 hadirin.

TS - Cuba pikiaq mai semasa zaman Mahathir berapa 'bailout' yang dibuat terhadap syarikat2 kroninya, antaranya ialah MAS,STAR-LRT,Indah Water dll., semuanya kerana kroni mengaut untung dan cabut bilah dah kenyang, akhirnya rakyat tanggung bala.

Sebalik kepincangan itu, Dr Mahathir tegas mahukan DEB dipertahankan kerana membubarkan dasar itu akan menyebabkan orang Melayu kerugian, termasuk mereka yang benar-benar memerlukan bantuan.

"Masalahnya bukan polisi tetapi pelaksanaan. (Sepatutnya) jika mereka salah guna, mereka tidak boleh mendapatkan bantuan lagi,” katanya.

TS - Sebenar Mahathir mahu DEB dipertahankan bukan disebabkan tak mahu orang Melayu kerugian tapi mahu menjamin agar penyamun2 UMNO tidak mati kelaparan.

Dr Mahathir berkata DEB perlu diteruskan kerana orang Melayu belum mencapai kuota yang ditetapkan, untuk itu, orang Melayu perlu terus berusaha bagi mengelakkan mereka menjadi bangsa termundur di negara ini. Menurutnya orang Melayu menyalah-gunakan keistimewaan mereka dengan menjual permit dan lesen yang dikhususkan kepada mereka mengikut DEB.

"Dapat AP jual AP, dapat kontrak jual kontrak. Orang cepat kaya tak kekal. Siapa punya salah? Kita punya.

"Sebab kita tak berusaha jadi terpaksa kekalkan tongkat sakti kita. Sesiapa kata tamatkan, buang tongkat, kita marah, kata ini hak kita sebagai tuan.

"Mungkin dulu kita tuan tanah tapi tak jadi dah, dah jual dah.

TS - Mahathir ooi..., yang dapat kontrak berbilion2, dapat AP beribu2 bukan Pak Mat dan Pak Ali, tapi yang dapat semua itu adalah Menteri, Tun,Datuk, Datuk Sri, Tan Seri,anak bini serta kaum kerabat mereka, semuanya Melayu kroni UMNO. Paling busuk pun yang dapat permit teksi bukan orang Melayu biasa ini,tapi Pak Menteri,bini Pak Menteri,anak Pak Menteri dan bila dah dapat permit dijualnya dengan harga gila2.Dapat sikit tak mahu,nak pulun berbilion2, macam kisah Syabas di Selangor,khidmat tak setakat mana,CEO balun berjuta2 setahun.

Beliau berkata orang Melayu kini sanggup menggadai apa sahaja yang mereka ada untuk mendapatkan kuasa dan memecah belahkan orang Melayu sehingga menjadi lemah.

TS - Yang menggalakkan orang Melayu gadai itu dan ini adalah orang Melayu sendiri,jenis yang berada, Datuk,Datuk Seri,pemimpin2 UMNO,ketua bahagian UMNO yang masuk kampung menipu orang2 Melayu kampung. Macam gerombolan Melayu UMNO yang bergerak dalam rancangan Felda.

Mahathir berkata demikian,ketika menyampaikan ucaptama pada majlis Simposium Dilema Melayu anjuran Persatuan Alumni Aspirasi Semalaysia (Aspirasi) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, hari ini, Dr Mahathir berkata kumpulan Melayu berkenaan yang sebenarnya menyebabkan sasaran mendapatkan 30 peratus ekuiti bumiputera tidak tercapai.

source:malaysiakini.

cheers.

5 comments:

Anonymous said...

Nak capai equiti 30% macam mana,
kerana yang mendapat faedah terus hanya beberapa kerat kroni UMNO dan bila mereka dah berjaya,mereka lobi untuk dapat lebih. Jadi sifat tamak yang tak habis2 membuat peluang kepada orang Melayu lain terjejas.

Anonymous said...

The MCA screwed Port Klang, MIC did a job on Maika, Umno messed up more than one project... while Taib Mahmud and his new bride screwed the whole of Sarawak,it is all OK.

This is what happens when UMNO/BN rules the government for five decades.

Anonymous said...

The normal Malays did not abused the NEP, it is the Umno Malays. You can call it by whatever name, it will continue with UMNO ways. Mahathir is a curse to our nation.

Anonymous said...

Jadi bila Mahathir tak dapat kawal Melayu UMNO menyalahgunakan keistemewaan yang kerajaan bagi melalui DEB, Mahathir salahkan orang Melayu. Inilah perangai bapa UMNO yanglupa daratan.

Pasal DEB,Mahathir salahkan orang Melayu semua. Tapi pasal royalti minyak di Kelantan dan Terengganu, Mahathir tahu pula pilih antara orang UMNO dan bukan UMNO!!!!

Orang tua nyayuk yang cakap melalui punggong!!

Anonymous said...

nak salahkan orang mrlayu?
Nak mati pun tak sedar-sedar lagi.
23 tahun jadi pm melayu masih ketinggalan.
lepas tu suruh pertahan hak melayu.
melayu umno-bn yang menjahanamkan dan merampas hak melayu lain.