14 December 2010

WikiLeaks - Bila kena kat Najib,Menteri2,pemimpin2 UMNO dan media2 gomen kecut teloq....

1Dunia tahu yang Dr.Mahathir dan Lee Kuan Yew tak berbaik2 antara satu sama lain, masing2 mempunyai ego yang tersendiri. Dr.Mahathir tak suka Lee Kuan Yew dan Lee Kuan Yew tak suka Dr.Mahathir. Kedua2 mereka mempunyai satu persamaan iaitu sombong,bongkak,cakap besaq dan suka putaq belit.



Namun kerana mahu terus menikmati kuasa, tiba2 Dr.Mahathir telah mengenepikan egonya dan sengketanya dengan Lee Kuan Yew untuk bersama2 membelasah musuh utama mereka- Anwar Ibrahim, yang mereka berdua benci sejak dari dulu lagi. Ceritanya di sini.

Seekoq lagi musuh ketat Anwar ialah Ibrahim sang katak yang baru pulih daripada pembedahan jantung mengambil kesempatan untuk membelasah Anwar Ibrahim pasal laporan WikiLeaks yang menyentoh kes sodomi Anwar. Ceritanya di sini.


Media2 gomen pun ambil kesempatan untuk menyiarkan isu yang dibangkitkan oleh WikiLeaks pasal kes sodomi Anwar Ibrahim. Utusan Meloyalah yang terlalu over dalam hal ini seolah2 WikiLeaks telah mengirim kabel itu terus kepada mereka(Utusan Meloya). Ceritanya di sini.
l


Namun apa yang amat pelek ialah Mahathir dan media2 gomen,terutamanya Utusan Meloya tidak pun sebut apa2 WikiLeaks komen pasal Najib Tun Razak iaitu Najib seorang oportunis,terbabit dengan kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Sharibuu dan pemimpin2 Malaysia adalah tidak cekap dan berwibawa. Kecuali si katak Ibrahim Ali saja yang marah Singapura, konon katanya Singapura ini 'jealous' dengan Malaysia. Yang lain semua tutup mulut!!


Tidak ada seorang Menteri,sama ada Nazri Aziz,Hishamuddin,Mukriz atau ketua Pemuda Khairy graduate dari Oxford atau Bung Mohtar berani membuat komen pasal Najib yang dikatakan seorang oportunis,terbabit dengan kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Sharibuu dan komen pemimpin2 Singapura yang menuduh pemimpin2 gomen Malaysia yang tidak cekap dan berwibawa seperti yang dilaporkan oleh WikiLeaks. Tutup mulut semua OK!! sememangnya budaya mereka.


Begitu juga media2 gomen,termasuk Utusan Meloya yang dengan lantang menyiarkan kisah Anwar tapi sepi seibu bahasa dan tidak menyiarkan berita dari WikiLeaks yang juga menghebohkan pasal kisah Najib yang oportunis,kaitan Najib dalam kes Altantuya Shaaribuu dan kelemahan pemimpin2 UMNO dulu kini dan selama2nya...



Kalau dulu bila ada saja pemimpin Singapura membuat komen2 yang provokatif tentang Malaysia, dengan pantas pemimpin2 UMNO menyalak balik, malah Khairy dan Pemuda UMNO akan melompat macam beruk buat berdemonstrasi depan kedutaan Singapura minta Singapura tarik balik kenyataan dan mohon maaf segera...



Tapi nampaknya sekali ini pemimpin UMNO dan Pemuda UMNO dah jadi macam tikus, mungkin mereka semua bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin2 Singapura menerusi WikiLeaks itu...



Setelah membisu seketika Najib pun buka mulutnya. Jangan dok ambil kisah sangat pasal WikiLeaks ini kata Najib. Najib kata demikian pasal pendedahan WikiLeaks kena batang hidung dia sama, kalau tak isu ini akan dimainnya siang malam di media2 gomen..... Baca di sini.

cheers.

4 comments:

Anonymous said...

Kedatangan Wikileaks , satu lagi Dajjal yang cuba menputar balit umat Islam. berhati2.

Anonymous said...

Tunggu nasihat APCO kut atau APCO kata suroh diam sampai keadaan reda dulu...brp lah agaknya syarikat APCO Israel pekena duit rakyat utk jaga imej pemimpin2 "tak kompeten" (TV 3/4 kata "tak berdaya saing", rakyat kata :kaki sapu), opportunis ini untuk memperbaiki imej/pekung mereka yg tlh diwawarkan Wikileaks ke seantero dunia?

sportcrazy said...

Memang kecut teloq cuma teloq AL JUBURI je yg keras tu sebab dia sapu depan belakang!!! Sehingga bekas imam negara yg dulu sokong dan tak percaya sekarang percaya!

Bekas Imam Besar Masjid Negara Percaya Anwar Meliwat..sial layar..
http://www.anwaraidc.com/?p=4998

Soros hantar peguam pemerhati ikuti kes liwat Anwar II...
http://www.anwaraidc.com/?p=2684

Soros, merupakan seorang spekulator kewangan YAHUDI yang mendapat kekayaannya melalui manipulasi mata wang negara-negara di dunia.
http://www.anwaraidc.com/?p=2534

Anwar mengaku jadi tool CIA sejak zaman pelajar – The Thinker...
http://www.anwaraidc.com/?p=2599

sportcrazy said...

Ustaz Omar, bekas Ketua Penerangan PAS Terengganu, dalam kenyataannya menyatakan Anwar Ibrahim seharusnya disebat 80 kali sekiranya mengikut hukum Islam kerana enggan bersumpah muhabalah ekoran tuduhan ke atasnya yang didakwa melakukan kesalahan liwat ke atas bekas pembantunya Saiful Bukhari.

“Apabila saja tidak dapat bukti, masing-masing boleh bersumpah dengan nama Allah, wallahi, wabillahi, wattallahi, saya tidak melakukan, selepas bersumpah, kena bebaskan dia dan seorang lagi mesti bersumpah juga dan bebas. Kalau yang seorang lagi tidak mahu bersumpah, maka kita hendaklah rotan 80 kali”, kata ustaz Omar.

Dan paling menarik, sehingga ke hari ini, selepas pembebasannya pada tahun 2004, Anwar Ibrahim tidak pernah bersumpah membersihkan diri tidak melakukan aktiviti homoseksual terhadap adik angkatnya, Sukma Darmawan ataupun terhadap Azizan Abu Bakar, bekas pemandu peribadi Wan Azizah Wan Ismail.
http://www.anwaraidc.com/?p=2744