16 December 2010

Anwar berpeluang kempen 6 bulan lebih awal....

Parlimen pagi ini menggantung Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim selama enam bulan tanpa membahaskan sama sekali laporan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang dibentangkan kelmarin. Ahli Parlimen Permatang Pauh itu digantung ekoran dakwaan beliau mengenai isu berkaitan APCO Worldwide dan gagasan 1 Malaysia.

Tiada perbahasan diadakan berhubung usul menggantung Anwar selepas Speaker Tan Sri Pandikar Amin mendakwa pembangkang bertindak tidak sopan, menunjukkan mereka tiada berhasrat untuk membahaskan usul tersebut. “Saya tidak melihat adanya hasrat di pihak pembangkang untuk membahaskan perkara ini. Jadi, kita akan meneruskan dan akan mengundi perkara ini tanpa dibahaskan,” kata Pandikar walaupun ada kedengaran rasa tidak puas hati di kalangan ahli-ahli Barisan Nasional.

Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat dari awal lagi telah berusaha untuk melengah-lengahkan penggantungan Anwar dengan cuba mencela dan mempertikaikan Pandikar dari semasa ke semasa. Mereka juga kelihatan membawa pelekat-pelekat yang membawa mesej “mahkamah kanggaru” ke dalam Dewan Rakyat. Kesemua wakil rakyat Pakatan Rakyat bertindak keluar Dewan Rakyat selepas usul menggantung Anwar diluluskan.

Dewan sedang membahaskan usul hukuman menggantung enam bulan ke atas Azmin Ali, Karpal Singh dan Sivarasa Rasiah. Ketika itu tidak ada anggota Pakatan Rakyat dalam Dewan Rakyat.

Dewan Rakyat semalam dibentangkan dengan usul yang mencadangkan supaya tiga anggota Parlimen pembangkang itu digantung enam bulan kerana menghina dewan. Usul dibawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz mencadangkan supaya Karpal (DAP-Bukit Gelugor), Sivarasa (PKR-Subang) dan Azmin (PKR-Gombak) digantung enam bulan daripada menghadiri sidang dewan kerana menghina majlis berkenaan.



Datuk Seri Anwar Ibrahim was suspended today for six months from Parliament amid loud protests and a walkout by Pakatan Rakyat (PR) MPs calling the Dewan Rakyat a kangaroo court. The opposition leader received the boot for claiming earlier this year that Datuk Seri Najib Razak’s public relations consultants APCO Worldwide had been behind both the 1 Malaysia and One Israel concepts.

There was no debate on the motion to suspend Anwar as Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia claimed that the opposition’s rowdy behaviour showed that they had no intention to debate the matter. “I see no intention on the opposition’s part to debate the matter. So we will go ahead and vote on this without debate,” said Pandikar over shouts of agreement from Barisan Nasional MPs.

PR lawmakers had tried their best to delay the voting on Anwar’s suspension by interjecting and disturbing Pandikar every few minutes. The MPs had brought placards calling the Dewan Rakyat a “kangaroo court”. All PR lawmakers walked out after the motion to suspend Anwar was passed.

The Dewan Rakyat is currently debating the motion on suspending Azmin Ali, Karpal Singh and Sivarasa Rasiah. There are no PR lawmakers inside the hall as of right now as only BN MPs are debating the motion.

source:malaysian insider

cheers.

1 comment:

Anonymous said...

Alhamdulillah, Diharap datanglah ke Sarawak supaya dapatlah kami tahu lebih lanjut 1APCO & kes Alyantuya.
Kita perlu tahu masalah BN yang banyak menipu rakyat kerana tidak dapat bandingkan Tuan guru Nik Aziz.