20 August 2009

N11 Pmtg.Pasir - UMNO mana kenal soal kejujuran,intergriti dan kredibiliti.......

Calon yang dipilih untuk bertanding dalam pilihanraya mesti mempunyai rekod yang bersih kerana "kita meminta rakyat meletak kepercayaan kepadanya sebagai ketua mereka", kata bekas naib presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah.

"Kita juga berkata calon tersebut mewakili kita. Saya rasa sedih kerana terpaksa menyebut perkara yang sudah nyata itu," tulis Tengku Razaleigh yang juga ahli parlimen Gua Musang dalam blognya.

Beliau merujuk kepada pemilihan Rohaizat Othman - yang telah dibatalkan lesen guamannya - sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir.Majlis Peguam telah membatalkan lesen guamannya pada 7 Mac 2008 ekoran dikaitkan dengan kes pecah amanah wang anak guam. Rayuan Rohaizat ke Mahkamah Tinggi juga ditolak pada 12 Ogos lalu. Menurut Tengku Razaleigh perkara itu seumpama itu tidak akan melayakkannya menjadi calon bagi jawatan awam dalam mana-mana parti politik.

Sehubungan itu, beliau mempersoalkan apakah Umno kekurangan calon sehingga terpaksa memilih Rohaizat bertanding di Permatang Pasir.

"Apakah salahlaku kewangan seumpama itu sudah menjadi perkara biasa sehingga tidak lagi menjadi faktor dalam memilih calon yang sesuai.

"Pemimpin parti yang memilih dan menyaring calon-calon mesti sudah tahu kecacatan itu tetapi menganggap salahlaku kewngan itu sebagai satu perkara yang remeh," tambahnya.

Menurut Tengku Razaleigh lagi, kejujuran merupakan syarat minimum untuk memegang jawatan awam.

Meanwhile, Muhyiddin Yassin says BN's candidate Rohaizat Othman will make a statutory declaration if necessary to clear his name from allegations raised by his opponents pertaining to his disbarment by the Bar Council. Muhyiddin Yassin said the party's candidate for the Permatang Pasir had already explained to him and other leaders on the status of the case in details.

He said Umno leadership was convinced that Rohaizat was not guilty of any wrongdoing and therefore the question on whether he was eligible to contest or not does not arise.

Muhyiddin explained that Rohaizat had already settled his problem with his client - Koperasi Pekebun Getah Negeri Pulau Pinang Berhad - with a RM161,000 repayment sum. The cooperative too, he said, had issued a letter to Rohaizat that the issue had been settled and buried.

"I don't understand why everyone is making an issue out of this. As far I am concerned he is not guilty of any wrongdoing.

"If needed, he is even prepared to make a statutory declaration to prove his innocence," said Muhyiddin at press conference in Seberang Jaya.

Read here.

source:malaysiakini

Sejak bila gomen UMNO/BN mahu iktiraf akuan sumpah(statutory declaration). Bukankah lebih baik Muhyiddin tanya Najib dulu sama ada akuan sumpah itu laku. Setahu aku,akuan sumpah si Bala tu pun, entah apa jadinya........

Tak kira siapa yang melakukan perbuatan pecah amanah, sama ada Rohaizat atau rakan kongsinya. Pokoknya, perbuatan pecah amanah dilakukan oleh syarikat guaman Rohaizat,dan sebagai boss dia kenalah bertanggungjawab.

UMNO cakap besaq pasai intergriti, keperibadian dan kredibiliti seseorang,tapi pi mai,
penyamun juga jadi pujaan depa!!!!!

Ku Li pun satu hal pula, dah dia tahu macam tu perangai UMNO, tunggu apa lagi?







cheers.

No comments: