03 April 2009

Kejutan PM baru................

Penggantungan dua akhbar berpengaruh Harakah dan Suara Keadilan ditarik balik serta-merta malam ini dan 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), termasuk dua pemimpin Hindraf, turut dibebaskan.

"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengumumkan bahawa kerajaan akan menarik balik larangan penerbitan sementara bagi dua surat khabar, membebaskan 13 tahanan ISA, berkuatkuasa serta-merta," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Walaupun beliau tidak menyebut secara khusus nama dua akhbar terbabit, tetapi sudah menjadi pengetahuan umum bahawa akhbar PAS dan PKR itu telah digantung sementara penerbitannya sejak 23 Mac lalu.

Datuk Seri Najib Abdul Razak, yang secara rasmi mengangkat sumpah di depan Yang di-Pertuan Agong jam 10.10 pagi tadi.

Menteri Dalam Negeri Syed Hamid Albar menamakan mereka yang akan dibebaskan antaranya ialah 2 pemimpin Hindraf - V Ganabatirau and R Kenghadharan, 8 orang daripada kumpulan Jemaah Islamiah dan 3 orang warga asing. Mereka adalah Pakana Selama, Amir Hussain, Sundaraj Vijay, San Khaing, Wan Amin Wan Hamat, A Artas A Burhanuddin, Francis Indanan, Mohd Nazri Dollah, Mohd Arasad Patangari, Idris Lanama dan Binsali Omar

Najib juga berjanji untuk menyemak semula ISA dalam masa terdekat.

"Proses kajian semula terhadap ISA juga dimulakan," tambahnya.

source:malaysiakini

Bagi Najib ini adalah satu langkah yang positif. Namun inilah stail Mahathir yang diikuti Najib. Mahathir bila jadi PM dulu telah membebaskan sekumpulan tahanan ISA. Lepas 6 tahun(1987) dia cekup balik dalam operasi Lalang.

Adakah tindakan Najib ini satu tipu muslihat politik bagi meredakan kebencian rakyat terhadap UMNO/BN di PRK di 2 Bukit dan 1 Batang? Jika ini realitinya,mungkin ummpnya tak cukup kerana ada 33 orang tahan ISA yang masih merengkok di kem-kem tahanan.

Ataupun Najib hanya umpan dengan membebaskan dulu 13 tahanan ISA ini tetapi selepas PRK di 2 bukit dan 1 batang nanti dicekupnya semula.

Demikian juga halnya dengan peggantungan Harakah dan Suara Keadilan. Satu dunia kutuk perbuatan tersebut dan baru sekarang gomen sedar. Dari awal orang dah kata, penggantungan itu adalah kerja BODOH! Mana sempat lagi Harakah dan Suara Keadilan nak siar berita-berita sensasi kerana hari mengundi hari Selasa ini? Jadi Najib guna itu sebagai satu "political ploy" saja............

Sepatutnya Najib bertindak dengan mengambil langkah-langkah untuk bersihkan dirinya daripada tuduhan rasuah dan terlibat dengan kes Altantuya tu dulu.

Apa lagi Najib nak suprise rakyat?

Pokoknya PKR/PAS/DAP jangan termakan gula-gula suapan Najib dan Big Mama ini...........

Baca di sini, sini dan sini.






cheers.

2 comments:

Anonymous said...

Big Mama bagi makan kerang kot.....

Laksamana Sunan said...

bagi makan kerang ker siput sedut???