13 April 2009

Derhakakah Nizar, bila dijemput Duli Tuanku Sultan......

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, beliau tidak menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah pada 19 April ini sebaliknya beliau diundang menghadiri majlis sambutan ulang tahun hari keputeraan baginda.

"Saya dijemput oleh Sultan menghadiri majlis (ulang tahun hari keputeraan)...seperti ahli-ahli politik lain (di Perak), saya dijemput, bukan (sesuatu yang) istimewa," kata beliau ketika dihubungi sebentar tadi.

Desas-desus sebelum ini menyebut beliau akan menghadap Sultan Azlan pada tarikh tersebut.

Pada 7 April lalu, Nizar memenangi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang dengan menewaskan calon Barisan Nasional dan Bebas.

Bekas Menteri Besar itu juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang.

Selepas memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang, yang dilihat oleh Pakatan Rakyat sebagai referendum rakyat berhubung isu krisis politik Perak, Nizar meminta diadakan pilihan raya baru negeri dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sidang DUN bawah pokok awal Mac juga meluluskan usul sedemikian dan telah dipersembahkan untuk perkenan Sultan Perak.

source:mstar online

Tentu UMNO terkejut beruk bila mendengar berita ini,kerana sepanjang kempen PRK Bukit Gantang baru-baru ini,UMNO dok menjaja di rata pekan dan kampung yang Nizar ini seorang penderhaka.

Bukan setakat berkempen,UMNO juga menggunakan media massa,TV1,2,3,7,8 & 9,Bernama TV dan Astro Awani untuk memenuhi agenda taik mereka itu.

cheers.

5 comments:

Anonymous said...

Syabas, terkejut beruk dan beruk pun tak terkejut seperti Melayu UMNO....Derhaka dengan ALLAH dan rasul tak de pulak puak UMNO/BN ni nak pandang berat, tetapi derhaka pada sesama makhluk?

Anonymous said...

Bini Presiden UMNO derhaka pd suami & Allah. Contoh: Degil x pakai tudung bila di dalam istana semasa upacara suaminya angkat sumpah sbg PM. Menantu Sultan Perak pun degil x pakai tudung. Mcm mna nak perjuangkan ISLAM kalau benda2 yg ASAS dan kecil ini pun x boleh dilaksanakan. Rakyat ada mata utk melihat, telinga utk mendengar & AKAL utk berfikir. Kata kena ikut undang2 - hai undang2 Allah yg terang lagi jelas pun masih x mahu ikut....???? sampai bila...????

jiwangblues.blogspot. said...

alhamdulillah, itu tandanya yb nizar tak derhaka kepada sultan perak.

Anonymous said...

Biasalah tu. Semua ADUN dijembut hadir jugak tapi siapakah MB dimata Sultan Perak ?

Pembubaran DUN adalah jalan terbaik utk semua.

Nani Cheras

Anonymous said...

Tiap kali aku tengok muka si Nizar nie, aku rasa nak muntah semacam. Ntahlah muka dia ada satu macam punya suey. Elok la lepas nie kita calonkan mamat ni Presiden PAS ganti Al Hady yang nampak macam makin tersisih. Kalau Nizar jadi Presiden lagi ummpph, pasal dia ada Ngeh dan Nga sebagai tok penasihat. Aku ingat kalau dia jadi Presiden PAS, Nik Aziz akan ...