20 April 2009

Ada udang di sebalik 'walkover' UMNO di Penanti.....................

"Walkover" bererti pihak yang nak lawan itu menarik diri daripada bertanding. UMNO tidak mahu bertanding dalam PRK Penanti kerana banyak sangat membazir wang negara,
kata PM Najib Tun Razak.

Sebenarnya UMNO bukan runsingkan pasai duit gomen habis. Semenjak bilakah UMNO pikiaq pasai pembaziran duit rakyat? Bukankah gomen UMNO ini kerap membazir duit kerana projek-projek mega. Bukankah UMNO begitu murah hati memberi projek-projek 'mee segera' setiap kali adanya PRK. Di samping itu UMNO juga habis berjuta-juta membeli undi, antara RM100-RM500 setiap undi. Mana lagi nak bayar petugas UMNO yang hanya bekerja bila ada umpan.

UMNO risau banyak duit akan diperlukan untuk memunggah penyokong-penyokong UMNO supaya kempen-kempen mereka seolah-olah kelihatan dihadiri ramai orang. Duit juga di perlukan untuk membayar upah dan makanan ketika majlis-majlis ini diadakan. Tetapi sama ada duit itu benar-benar digunakan sepenuhnya, entahlah? Namun boleh dikatakan 90% daripada jumlah duit masuk poket orang-orang tertentu atau disonglap oleh pihak-pihak terntentu.

UMNO juga bimbang banyak duit diperlukan tatkala hendak menggunakan RTM untuk mengadakan lintas langsung siaran khas bila Mahathir turun ke Penanti untuk berkempen.

UMNO tak mahu bertanding bukan pasai membazir duit tetapi kerana takut kalah lagi. Setakat ini dalam 5 PRK yang telah diadakan,kedudukannya adalah 4-1 memihak kepada Pakatan Rakyat. Bukan setakat kalah,tapi majoriti pihak lawan bertambah. Inilah yang memeningkan UMNO, sampai tidoq tak lena.

Sekiranya UMNO kalah lagi dalam PRK Penanti ini nampak sangatlah yang UMNO tidak lagi diterima rakyat. Bukan setakat itu saja,UMNO juga berasa malu bahawa sejak Najib menjadi PM trend kalah dalam PRK berterusan. Secara tak langsung ia menunjukkan bahawa Najib sudah tidak diterima rakyat.

Satu helah lagi kenapa UMNO tidak mahu bertanding dalam PRK kali ini ialah untuk 'divert' perhatian daripada isu yang lebih besar, ia itu krisis politik di Perak. Setakat ini, UMNO berjaya memperkudahkan mahkamah bagi memanipulasikan keputusannya. Apa yang jelas ialah Perlembagaan tidak membenarkan mahkamah mencampuri urusan dan prosiding dewan, seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 72;

72. Privileges of Legislative Assembly. (1) The validity of any proceedings in the State Assembly of any State shall not be questioned in any court.

(2) No person shall be liable to any proceedings in any court in respect of anything said or any vote given by him when taking part in proceedings of the Legislative Assembly of any State or of any committee thereof.


(3) No person shall be liable to any proceedings in any court in respect of anything published by or under the authority of the Legislative Assembly of any State.

Perkara yang diputuskan adalah aspek-aspek teknikal dan prosedur, sedangkan perkara pokok yang berkait dengan isu pemisahan kuasa antara institusi kehakiman dan legislative yang menjadi isu utama dalam konflik undang-undang mengenai kuasa speaker itu tidak dibicara lebar. Dengan itu jelas yang mahkamah telah bertindak di luar kuasanya. Tetapi, kerana Mahkamah Persekutuan adalah mahkamah paling tinggi,sekaligus isu itu dianggap beres.

Bila semuanya dah OK di Perak, maka tak perlu lagi diadakan pilihanraya seperti yang dituntut oleh rakyatnya. Mengadakan pilihanraya di Perak adalah perbuatan yang paling malang bagi UMNO. Setelah menerima pukulan yang teruk di Bukit Gantang, kemungkinan besar 28 buah kerusi yang dimenangi oleh BN/UMNO dalam pemilu 2008 mungkin hanya tinggal 8 saja. Inilah yang Najib nak elak,bukan soal pembaziran duit sebenarnya. Lebih baik Najib korbankan PRK Penanti demi mengekalkan kuasa di Perak.

Apa-apa pun nampaknya sumpah Najib di sebuah mesjid ketika PRK Permatang Pauh dulu mula memakan diri........

Baca sini dan sini.

cheers.

1 comment:

Anonymous said...

Otak Najib macam otak udang juga...dia ingat orang tak nampak muslihat UMNO.

Balun jangan tak balun!!