21 February 2009

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang dwi-standard.........

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati, wujud bukti kukuh yang menunjukkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menyalahgunakan kuasanya dalam isu penyelenggaraan kereta dan pembelian lembu korban. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan berkata, pihaknya mendapati terdapat bukti bahawa Khalid telah menyalahgunakan kuasanya dalam penyelenggaraan kereta peribadinya dan pembelian 46 ekor lembu korban bernilai RM110,400 untuk sambutan Aidiladha pada Disember tahun lalu di kawasan Parlimen beliau di Bandar Tun Razak.

Ahmad Said berkata, perkara itu akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan susulan.

"Kita akan cadangkan tindakan undang-undang dan sebagainya diambil memandangkan kita mempunyai bukti yang kukuh terdapat penyalahgunaan kuasa bagi kedua-dua kes tersebut.

"Walaupun kita boleh membuat keputusan untuk membuat dakwaan tetapi suruhanjaya merasakan, adalah lebih baik jika Jabatan Peguam Negara yang membuat keputusan.

Khalid dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini di Shah Alam enggan mengulas mengenai kenyataan Ahmad Said itu.


Peguam Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim amat kesal dengan kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dilaporkan berkata terdapat bukti kukuh menunjukkan menteri besar Selangor itu menyalahguna kuasanya berhubung penyelenggaran kereta peribadinya serta pembelian 46 lembu korban. Mengulas kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Ahmad Said Hamdan pagi ini, Sankara Nair berkata, menjadi amalan suruhanjaya tersebut selama ini tidak mendedahkan pada umum hasil siasatan yang dijalankannya.

Peguam Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim amat kesal dengan kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dilaporkan berkata terdapat bukti kukuh menunjukkan menteri besar Selangor itu menyalahguna kuasanya berhubung penyelenggaran kereta peribadinya serta pembelian 46 lembu korban. Mengulas kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Ahmad Said Hamdan pagi ini, Sankara Nair berkata, menjadi amalan suruhanjaya tersebut selama ini tidak mendedahkan pada umum hasil siasatan yang dijalankannya.

source: mStar online


Aku juga hairan,kalulah SPRM mempunyai bukti yang cukup, dengan kuasa yang ada padanya dakwa sajalah Khlalid Ibrahim. Mahkamah yang akan menentukan sama ada SPRM mempunyai bukti yang cukup atau tidak dan mahkamah juga akan menjatuhkan hukuman. Tugas SPRM hanya untuk menyiasat bukan membuat kenyataan dan andaian secara terbuka seperti yang dilakukan oleh Ahmad Said.

Helloooo En. Ahmad Said sekiranya,setelah berpuluh laporan dibuat pasal isu rasuah serta penglibatan Najib Tun Razak,bakal PM dalam kes pembunuhan Altantuya dan engkau mendapati ada bukti-bukti yang cukup untuk mensabitkan Najib Tun Razak,bakal PM sudikah engkau bertemu dengan media dan menyatakan bahawa terdapat bukti yang cukup untuk mendakwa Najib Tun Razak,bakal PM Malaysia? Aku rasa tidak……pasai nanti teloq engkau jadi kecut…

Jadi cara Ahmad Said bercakap kepada media berkaitan dengan seorang MB bukan dari UMNO/BN menunjukkan pegangan politiknya yang sama sekali bertentangan dengan tanggungjawabnya supaya berkecuali.

Anwar Ibrahim said,"I regret that it has been over eight months now and there is no sign of any action being taken by the Anti-Corruption Agency, now the much touted Malaysia Anti-Corruption Commission(MACC)."

"The MACC has completed its task and I believe their recommendation is naturally to prosecute. I don't think they have any other choice (as) the facts are clear (and) incontrovertible (and) cannot be challenged.

"The only issue is that there is no political will and criminals are being protected by the institution of governance.

"How do you then defend a situation where there is clear evidence of a criminal act by the AG and the IGP, and (there is a) recommendation to prosecute by the commission but until today no action has been taken?" he said.

cheers.


8 comments:

Anonymous said...

Khalid menegaskan beliau bukan seorang manusia yang boleh digertak sesuka hati.

“Makin digertak saya akan terus buktikan kerajaan Pakatan lebih baik daripada BN yang telah memerintah negera ini selama 51 tahun.

“Kita tahu kerajaan BN akan tumbang jadi mereka akan guna apa-apa cara sekali pun untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan di Selangor,” katanya.

Sejak tahun 2004 sehingga kini, telah terbukti projek-projek yang dilaksanakan oleh kerajaan Terengganu tidak membawa banyak manfaat kepada rakyat.Kroni dan kaum kerabat dua bersaudara Wan Farid dan Wan Hisham bergelumang dengan projek-projek sekitar Pulau Duyong dan Pulau Wan Man.

Diikuti dengan pembangunan Pulau Wan Man, sebuah lagi rekaan Patrick Badawi, gelaran yang diberikan Mantan Perdana Menteri.

Laporan demi laporan dibuat,kenapa SPRM dok diam saja?

Anonymous said...

pasai orang depa!!!! depa buat apa pun tak salah. rasuah dikatakan politik wang. suapan dikatan derma. nak apa lagi?

Anonymous said...

Sebenarnya terlalu banyak keburukan , kekejian , kezaliman , kebobrokan , keaiban dan sebagainya dalam perut pemimpin – pemimpin umno ni.

Cuma kerana media dia orang yang masih kontrol , maka segala – galanya nampak indah , cantik dan menarik.

Hinggakan ada pemimpin tertingginya yang dikatakan terlibat dengan meletupkan model dari sebuah negara tertentu pun , masih digambarkan seorang yang baik akhlaknya , tingkah laku nya , budi pekerti nya , aura nya diperlihatkan seorang yang hebat , tenang , waras , beriman dan sebagainya

Walhal dalam masa yang sama pemimpin berkenaan terlibat dengan seribu satu macam skandal , dikatakan pernah ditangkap khalwat di Port Dickson , terlibat dengan pengaggihan komisen pembelian kapal selam, jet pejuang dan lain – lain

Jadi siapa yang berani membongkarkan segala ketidakadilan ini ? Pemimpin – pemimpin dari Pakatan Rakyat ? Ulamak – ulamak dari Pakatan Rakyat ? Ulamak – ulamak dari UMNO ? Pemimpin – pemimpin UMNO ?

Menurut Dr.Haron Din;

Saya tidak mahu sebut kronologi yang jelas tentang perbuatan menderhaka dan menyakiti raja ini kerana tidak mahu terdedah kepada umum wujudnya pihak-pihak tertentu yang memang benarderhaka kepada raja sehingga menggambarkan wujud masalah antara istana dan pihak-pihak tertentu itu.

Ada menteri besar yang sepatutnya tiap minggu pada hari tertentu menghadap raja untuk memberi taklimat tentang perkembangan negeri, langsung tak datang. Ada yang raja yang minta wang rakyat digunakan untuk projek demi kepentingan rakyat, tetapi menteri besar membazir untuk projek mega yang memperkayakan kroni.

Ada raja yang suruh menteri besar hentikan projek tertentu kerana membazir, tetapi tidak diendahkan. Ada raja suruh bantu ekonomi orang Melayu, dengan menyalurkannya melalui projek tertentu, tetapi tetap diagihkan kepada kroni mereka.

Malah ada seorang raja yang memberitahu saya, ada pemimpin di negerinya yang terajang pintu istana kerana tidak puas hati dengan baginda. Bukankah itu satu tindakan yang jauh lebih menderhaka lagi.

Dalam hal kecoh di sana sini soal derhaka kepada DYMM Sultan hari ini, siapa sebenarnya pemimpin UMNO yang terajang pintu Istana , seperti yang dikatakan oleh Prof Dato' Dr. Haron Din ?

Anonymous said...

The MACC/SPRM is turning out to be just another BN lapdog. The MACC/SPRM is so quick to act on reports against the current democratically-elected Pakatan Rakyat MB of Selangor but chooses to ignore the years and millions if not billions of abuses under the previous administration of Khir Toyo.

Just think of the few cases which spring to mind - illegal buildings built without permits on land where land taxes have not been paid for decades(Zakaria Deros to name one), approvals for hill-side developments which caused death and destruction etc, etc.

Malaysia is a country run by corrupt UMNO leaders who do not even pretend to be democratic anymore.

Ahmad Said has a lot to explain to the people why irregularities by the previous Selangor administration have gone unchecked or why irregularities highlighted by the auditor-general’s report against certain government departments were never investigated.

The behaviour of Ahmad Said and MACC are akin to be the voice of UMNO leaders,certainly raise many an eyebrow.

Anonymous said...

Since the set up of MACC, many reports were filed especially by Pakatan Rakyat on irregularities involving BN personalities.

Yet, it seems that the MACC is very picky on whom they should investigate. Nothing at all was done with the reports involving BN personalities but full-hearted commitment was given to those involving Pakatan Rakyat.

Am I seeing a bias in MACC behaviour? It is just another minion created to protect BN's interest?

Judge it for yourself.

Anonymous said...

Kenyataan Pengerusi SPRM, Ahmad Said Hamdan yang bersungguh-sungguh ingin mendakwa Tan Sri Khalid, Dato’ Menteri Besar, Selangor di dalam isu rasuah 46 ekor lembu telah menunjukkan kepada rakyat bahawa beliau mempunyai tahap pemikiran “kelas tabika Kemas”. Ini kerana menurut maklumat yang saya dapati daripada Pejabat SPRM Negeri Selangor, siasatan mendedahkan tiada kes rasuah (no case to answer) di dalam isu rasuah lembu ini. Justeru, kenapa apabila sampai laporan hasil siasatan ke meja Ahmad Said, ianya bertukar menjadi ada kes untuk dijawab ? Jawapannya ialah kerana Tan Sri Khalid merupakan pimpinan KEADILAN dan bukannya UMNO atau BN. Asas dakwaan ialah politik !

Ratusan laporan yang telah difailkan terhadap pimpinan UMNO/BN khususnya Najib Tun Razak mengenai pelbagai perlakuan rasuah dan penyelewengan. Terbaru, laporan mengenai rasuah politik wang sebanyak RM 50 juta yang ditawarkan kepada Fauzi Muda, Ketua Keadilan Ipoh Barat oleh Najib bagi tujuan merasuah 2 wakil rakyat KEADILAN untuk lompat parti. Sebelum ini, laporan mengenai Eurocopter yang dibeli dengan harga yang jauh lebih tinggi berbanding harga pasaran. Ketika itu Najib menjadi Menteri Pertahanan. Itu belum lagi laporan mengenai kapal selam dan kapal terbang Sukhoi.

Apakah pernah kita mendengar Najib dipanggil untuk memberikan keterangan di dalam semua laporan rasuah yang dibuat terhadap beliau ?
Jawapannya nahi kabi nahi.

Kesimpulan mudah. SPRM nampaknya terus-terusan merelakan organisasi mereka menjadi alat dan perkakas kepada UMNO/BN. Di dalam bahasa yang mudah, mereka telah menjadi “lembu” kepada UMNO/BN.

Anonymous said...

“LUAH FIKIRAN” RASA MACAM ADA BENDA YANG TAK KENA. APA PERLU KETUA PESURUHJAYA SPRM BUAT KENYATAAN INI? ADA APA-APA AGENDA KE? MUNGKIN TAK SALAH SEGI UNDANG-UNDANG. MASYARAKAT SUDAH PANDANG LAIN TERHADAP ORANG YANG BELUM TERBUKTI MELAKUKAN KESALAHAN. FIKIRKAN LAH!

DRPD: www.luahfikiran.blogspot.com

Anonymous said...

Karpal today rebuked Ahmad for lacking the necessary knowledge on the very law that governs the MACC, which arguably does not bestow any prosecution powers on the commission.

He pointed out that Section 58 of the new Malaysia Anti-Corruption Commission Act clearly states that, "A prosecution for an offence under this Act shall not be instituted except by or with the consent of the Public Prosecutor".

By virtue of Section 58, Karpal noted that the the power of prosecution had not been vested with the MACC and it could only be done with consent from the AG’s chambers.

"It’s shocking the MACC chief did not know about Section 58. It exposes his incompetence," said Karpal, who also questioned MACC’s double standard enforcement and selective prosecution.

He called on Ahmad to initiate further action into the VK Lingam case, in which a Royal Commission inquiry had found strong evidence revealing misuse of powers and conflict of interests.

He questioned why even after a year, MACC was yet to charge anyone in connection with the VK Lingam case, while the commission had been "so efficient" in handling Abdul Khalid’s case.