04 February 2009

Sultan Perkenan Diadakan Pilihan Raya Kecil.........

Pilihanraya kecil Dun Behrang dan Dun Changkat Jering memang pasti akan diadakan walaupun dua bekas adun kawasan itu membuat injuksi di mahkamah esok. Itu sekadar usaha dua bekas adun dan bekas exco yang kecewa. Segala-galanya telah terserlah. Yang tersirat telahpun tersurat. Sultan Perak Sultan Azlan Shah yang menerima mengadap Menteri Besar Datuk Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaludin hari ini (2 Feb) telah memperkenankan diadakan pilihan raya kecil.

Segala-galanya bermula dengan penyertaan Adun Bota Dato Nasharudin Hashim ke dalam PKR. Sepatutnya ia lebih dilihat dalam perpektif yang meluas dan positif oleh kesemua anggota dewan undangan negeri Pakatan Rakyat tetapi rupanya mencetuskan polemik politik yang lebih mengusarkan ekoran sikap kurang bijak dua ADUN yang sememangnya bermasalah kredibiliti itu.

Itulah turning point dua bekas Adun ini daripada PKR/Pakatan Rakyat. Mereka mempermain-mainkan kepercayaan DSAI dan Menteri Besar DS Ir Haji Mahamd Nizar Jamaludin. Empat hari menyorok dan enggan menjawab panggilan telefon. Apabila Nizar mencabar mereka mengumumkan jika mahu keluar PKR/Pakatan Rakyat sila berbuat demikian. Rupanya ikan mudah termakan umpan. Apabila diisytiharkan bahawa Adun Behrang Jamaludin Mohd Radzi (exco pertanian) dan Adun Cangkat Jering Kapt (B) Osman Jailu (Exco Pelancongan) menyertai Umno/Barisan Nasional, maka ia secara automatis mengesahkan bahawa mereka telah melompat parti.

Sesungguhnya Jamaludin yang juga Timbalan Pengerusi PKR negeri Perak kurang berhemah daripada segi tindakannya, manakala Osman adalah pak turut kepada Jamaludin, kerana sememangnya diketahui umum bahawa mereka berdua seakan belangkas, jarang kali berpisah walau ke mana jua. Osman sejak terjebak dengan kes rasuah yang akan dibacarakan pada 10hb Feb 2009 ini bersama-sama Jamaludin juga berada dalam alam trauma. Sejak ditahan BPR, Osman secara jelas tidak pernah pulih daripada trauma. Jarangkali turun kawasan sendiri.

Pelbagai andaian dibuat mengapa Jamal dan Osman meninggalkan PKR dan menyertai Umno. Salah satu telahan ialah kemasukan Nasharudin dilihat mencabar kedudukan dua bekas yang berhormat ini. Dua bekas exco ini ternyata gagal menjalankan tugas-tugas exco dengan sempurna, malahan ada portfolio yang belum lagi mereka laksanakan. Jamaludin dalam kebanyakan hal sentiasa menyalahkan keputusan Menteri Besar Dato Seri Mohamad Nizar Jamaludin kononnya lebih memihak pada DAP. Wal hal mengikut sumber Mesyuarat Kerajaan Negeri, Jamaludin dan Osman kurang bersuara dan memberi cadangan dalam MMK.

Sesungguhnya beberapa pegawai kerajaan khususnya pertanian dan perikanan sering menyuarakan bahawa dalam apa jua mesyuarat yang dipengerusi Jamaludin, bekas yang berhormat itu lebih banyak diam kecuali menyokong sahaja keputusan para pegawai tanpa member sebarang pandangan. Pun begitu jugalah dengan Osman, lebih teruk daripada Jamaludin. Dengan terkeluarnya Jamaludin dan Osman daripada PKR, ia umpama terlepaslah satu bebanan yang tertanggung dalam Pkr dan Pakatan Rakyat. Ia lebih banyak merosakkan daripada membina. Oleh kerana itulah, pada peringkat awalnya, Menteri Besar lebih banyak mendiamkan diri untuk melihat gelagat Jamaludin dan Osman yang kurang bijak mengatur strategi.

Kini Jamaludin dan Osman kehilangan segala-galanya dalam politik. Karier politiknya terus berkubur. Pengundi di kawasan mereka masing-masing juga sudah lama mencemuhi mereka. Kemana mereka akan membawa diri kerana pastinya tidak tertanggung rasa malu. Selepas tidak menjawab semua panggilan telefon Nizar dan DSAI yang bimbang akan kedudukan mereka bedua (sandiwara Jamaludin dan Osman) tiba-tiba diumumkan menyertai Umno. Memang itu mengesahkan mereka mencabar akuijanji sendiri jika keluar parti, maka akan mengosongkan kerusi dun.

Bagaimanapun, apabila speaker mengumumkan mereka berdua mengosongkan kerusi dan pilihanraya kecil wajar diadakan, sandiwara kedua-duanya berubah lagi.Mungkin terlupa atau tersentak. Jamal dan Osman memanggil sidang akhbar di KLIA hari ini (2 Feb) tetapi kemudian hanya wakilnya yang hadiri. Wakil itu mengumumkan mereka Jamaludin dan Osman tidak keluar PKR dan tidak meletak jawatan DUN. Jerat telah memakan diri.

Esok (3 Feb), peguam mereka akan memohon injuksi agar mahkamah menidakkan tindakan speaker dewan undangan negeri Perak yang mengisytiharkan kerusi mereka berdua kosong. Yang pastinya, PKR tak terima dan Umnopun tak mahu terima mereka lagi. Aduhai sekelip mata segalanya hilang begitu sahaja. Esok juga Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia akan membuat keputusan dan sidang akhbar mengenai dua kerusi tersebut. Pada asasnya surat akujanji dua bekas yang berhormat itu memang boleh diguna pakai, dan SPR mesti mengambil tindakan untuk menetapkan tarikh pilihan raya, manakala injuksi itu akan diterima mahkamah dan diproses seperti biasa.

Aduhai bertambahlah kes mahkamah untuk Jamaludin dan Osman. Tengoklah nanti apa yang berlaku di mahkamah bagi perbicaraan mereka menghadapi rasuah, kerana yang pastinya Pakatan Rakyat tidak akan ambil peduli lagi, maka Umno kenalah menyediakan peguam mereka untuk membantu Jamaludin dan Osman yang selama ini Umno hina sebagai yang berhormat yang rasuah. Hari ini Jamaludin dan Osman menafikan menyertai Umno. Sebelum diumumkan menyertai Umno, mereka berdua mengeluarkan semua barangan di pejabat masing-masing dan menyerahkan kunci kereta rasmi exco. Apa cerita yob?

source:perakdaily.com

Baca di sini dan sini.

Perak Menteri Besar Datuk Seri Nizar Jamaluddin has called for a press conference at 1pm where he is expected to make a major announcement on the political impasse in the state. He will make his announcement amid swirling rumours that the state assembly will be dissolved to make way for fresh polls.

If the sultan accedes to the request, a snap state election will have to be called in view of the present political uncertainty in Perak as a result of defections.

It is also learnt that three Pakatan Rakyat state assemblypersons - Jamaluddin Mohd Radzi (PKR-Behrang), Osman Jailu (PKR-Changkat Jering) and deputy assembly speaker Hee Yit Foong (DAP-Jelapang) - have submitted official letters to speaker V Sivakumar this morning to express their intention to become independent representatives.

cheers.

1 comment:

Anonymous said...

Yea ke? Soheh? betul? Pasti?