29 November 2008

Kongress PKR 2008 bermula............

Dr. Syed Hussin Ali, Timbalan President PKR dalam perasmian Kongres Wanita dan Angkatan Muda Parti KeADILan Rakyat 2008 antara lain berkata........

“Mana ada hotel yang berani menyewakan dewannya, kita bersidang di hotel. Akan tetapi dimana tidak ada hotel yang berani atau tidak tahan ugutan dari pihak-pihak tertentu, kita tidak putus harapan. Mujurlah ada tokong Budhis atau sekolah Cina yang berani dan bermurah hati menyewakan dewan mereka”.

“Begitu juga, dulu bendera yang kita kibarkan sempena beberapa kongres yang lalu sering diragut turun oleh pihak penguatkuasa majlis bandaran atas arahan UMNO-BN yang memerintah. Tetapi hari ini kita gembira kerana beribu bendera Parti terus berkibar di sampang bendera negeri dan Jalur Gemilang (the Malaysian Flag) di sepanjang jalan ke mari (to Stadium Melawati)”

“Saya percaya kerajaan PAKATAN tidak akan membalas dendam dengan mengarahkan mana-mana jabatan menurunkan bendera UMNO dan parti-parti sekutunya apabila mereka mengadakan perhimpunan tahunan. Saya yakin pimpinan kerajaan kita tidak berhati kecut seperti para pemimpin kerajaan yang korup dan tidak adil , yang kita ganti.”

Mereka(UMNO) lupa dan menafikan hakikat bahawa selama 50 tahun memerintah, pemimpin Melayu dari UMNO lah yang paling banyak bertanggungjawab merampas hak orang Melayu dan merompak kekayaan negara. Mereka membenarkan sebahagian besar orang Melayu yang miskin dan berpendapatan rendah terus terbiar atau terpinggir”. "Mereka (UMNO) mengbangkitkan bermacam-macam isu di Penang, Perak and Selangor....."

source: blog Din Merican

Peringatan Dr.Syed Husin Ali adalah tepat pada masanya agar, PKR jangan terlalu obses dengan kedudukannya sekarang berbanding dengan masa-masa lalu. PKR juga harus menunaikan janji-
janji pilihanraya dulu untuk menguatkan lagi keyakinkan rakyat terhadap parti tersebut. Jangan pula berlagak macam UMNO, setelah mendapat madu sepahnya dibuang.

Selamat berkongress PKR.........

cheers.

No comments: