11 November 2008

Harga nasi kandar turun...poooorah putaq alam..........

Potongan harga sebanyak 10 sen untuk roti canai dan teh tarik dan 20 sen untuk sepinggan nasi kandar memberi peluang kepada Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) dan Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAs) membantu golongan itu meningkatkan kuasa membeli mereka.

Timbalan Presiden PRIMAS, T. Muthusamy berkata, keputusan menurunkan harga itu dicapai oleh anggota persatuan berikutan keputusan kerajaan menurunkan harga minyak barubaru ini iaitu pada 1 November lepas.

"Walaupun kami dibebankan dengan kenaikan harga minyak pada Jun lalu, namun kami tidak menaikkan harga makanan kami sesuka hati.

Harga bagi roti canai sekarang adalah tertakluk kepada lokasi restoran kerana ada di kalangan anggota persatuan yang menjualnya pada harga antara 70 sen dan RM1.50 sekeping manakala bagi teh tarik pula, 90 sen hingga RM1.50 secawan sementara bagi nasi kandar, rata-ratanya sama iaitu sekitar RM4.50 sepinggan.

Sementara itu, Presiden PRESMA Jamarulkhan Kadir berkata, walaupun pembekal tidak menurunkan harga barangan berikutan kos operasi yang tinggi, namun pihaknya tetap mengekalkan harga seperti biasa.

Beliau berkata, sekiranya beliau dan anggota PRESMA yang lain turut menaikkan harga, mereka akan mengalami kerugian berikutan sasaran awal mereka iaitu golongan pelajar dan yang berpendapatan rendah dan sederhana tidak lagi mengunjungi restoran mereka.

"Kita tetap kekalkan harga barangan walaupun harga minyak naik. Kalau kami naikkan, siapa yang akan datang ke restoran kami. Golongan mewah mungkin sekali-sekala, tetapi yang kerap adalah golongan pelajar dan berpendapatan rendah.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad yang merasmikan kempen penurunan harga oleh PRESMA dan PRIMAS berkata, ia adalah satu langkah yang wajar dicontohi oleh pengusaha restoran yang lain.

-------------------------

Baru-baru ini aku beli nasi bungkus terdiri daripada nasi dengan ayam seketul daripada sebuah restoran nasi kandar di sini. Dulu bagi bungkusan yang sama aku bayar RM3.80,kemundian naik RM4.10,RM4.40,
RM4.80 dan kini harganya RM5.10.

Bila ditanya kenapa harga nasi bungkus ini kerap sangat naik? Mamak kedai pun jawab barang semua sudah naik. Aku jawab sekarang itu Menteri sudah kasi turun harga minyak,harga-harga barang-barang lain pun sudah mula turun...... Mamak tu jawab,sekarang gaji pekerja sudah naik!

Wow dia pusing kot tu pula........ Yang aku tahu,pekerja-pekerjanya adalah daripada India dan bila aku tanya pekerja betulkah gaji sudah naik, mereka tersenggih dan geleng kepala...........

Pokoknya,depa ni memang putaq kiri kanan........Nampaknya Shariri pun dah kena putaq!!!!

cheers.

4 comments:

Anonymous said...

Bangsa mamak keling si kandar kutty memang jenis putaq alam. Mantan PM pun jenis putaq Universe.

Anonymous said...

Wuda2 Kuta2 mema2, mamak dok tengah kira, RM8.10 sen. 10 sen ini lah yang turun. Dulu 10 sen ini lah yang dihantar ke masjid nagore.

Anonymous said...

korang tak tahu lgi, aku sendiri yang pernah pergi ke penang road, habis tu nak buang air, terus kebilik air, terkejut besar bila ayam mentah berpuluh ekor di longgok kan pada lantai simen bilik air itu, aku dah takda pilihan terus pancut kat dinding sebelah ayam itu. Mamak oh mamak

Anonymous said...

Hampas punya Mamak...!! Walaupun korang nih byk menipu namun kamik masih lagi suka makan kari korang yg tip-top tuh...

Salah satu yg menyebabkan org masih ramai lagi berkunjung ke kedai Mamak adalah krn layanan fast and furious mereka..cepat, tak marah bila kena marah dgn customer, angguk jer dgn customer berbanding dgn pelayan di Restoran Melayu yg lebih sensitif bila di tegur dan lembab macam siput babi.

Bayangkanlah Malaysia tanpa Restoran Mamak...umpama tidak ada sagu di bumi kenyalang..

Awang Hussein Landau
Kuching
Sarawak