Setelah 65 bahagian bermesyuarat di mana terdapat empat atau lima bahagian yang diharap mencalonkan Tengku Razeligh(Ku Li) tidak menjadi kenyataan. Semuanya mencalonkan Mohd Najib Razak. Nampaknya Najib akan menang tanpa bertanding.
Bukankah satu masa dulu Mahathir berjanji untuk menyokong Ku Li bagi menjatuhkan Pat Lah? Malah Mahathir pernah bercadang agar Ku Li beregu dengan Muhyiddin untuk mencabar Pat Lah.
Nampaknya bila Pat Lah bersetuju dengan plan peralihan kuasa pada Mac 2009 nanti,Mahathir beralih angin dan menyatakan sokongannya kepada Najib tiba-tiba.Kunjungan Mahathir ke rumah Ku Li semasa majlis berbuka puasa bukan bermaksud Mahatahir bersama Razaleigh.Nampak gaya Ku Li sudah kena tipu dengan Mahathir hidup-hidup sekali lagi.
Apa pilihan yang Ku Li ada sekarang? Kalau Ku Li kekal dalam UMNO, pastikah Najib akan melantiknya sebagai salah seorang ahli dalam majlis "Council of Presidential Advisors" yang di war-warkan itu? Tambah-tambah lagi bila Mahathir sendiri akan mempengerusikan majlis tersebut. Kalau Ku Li sanggup menjadi ahli dalam majlis tersebut mungkin Ku Li berperanan setakat batang tiang yang dipacak sebagai perhiasan saja.
Kalau Ku Li masih berminat untuk memberi sumbangan kepada proses pembangunan dan perubahan sosial negara Malaysia, Ku Li boleh berbuat demikian dengan memberi sokongan kepada Anwar dan Pakatan Rakyatnya untuk membentuk sebuah kerajaan baru. Ku Li tidak semestinya menyertai Pakatan Rakyat,tetapi sekadar membawa bersama-samanya wakil BN/UMNO yang taksub dengannya untuk menyokong Pakatan Rakyat dalam usahanya untuk menjatuhkan gomen Pat Lah yang lembab itu.
Anwar dan Ku Li boleh "workout a deal" iaitu mungkin selama 2 tahun pertama ini Ku Li jadi PM sementara Anwar akan mengukuhkan dan memperkasakan lagi Pakatan Rakyatnya serta juga menyelesaikan masalah kes mahkamahnya. Dua tahun kemundian,sebelum pemilu ke-13(2012), lepas itu Anwar pula menjawat PM dan Ku Li boleh dilantik menjadi penasihat atau senior Minister kepada gomen PR tersebut.
Soal maruah tidak seharusnya timbul lagi,kerana Ku Li sendiri akur bahawa pemilihan untuk jawatan-jawatan dalam UMNO kini dihujani dengan wang ringgit berjuta-juta. Malah gomen Pat Lah dipalit dengan skandal rasuah dan penyalahan guna kuasa. Apakah rakyat masih sanggup melihat kawaq dan penyamun dengan tradisi menyamun khazanah negara berterusan di bawah Najib Tun Razak? Thats where you(Ku Li) can come in...........
Ku Li kau fikir-fikirlah sendiri.............
Baca di sini.
Sementara itu diucapkan salam takziah buat keluarga Allahyarhamah Shamsiah Fakeh, seorang tokoh pejuang kemerdekaan yang terulung. Al-Fatihah. Baca di sini.
amin.
4 comments:
ni kalau dah dasar jenis nak melawan je, memang tak boleh buat apa. kalau betul2 dia pergi ke pakatan rakyat, memang terbuktilah sikap sebenar dia ni. daripada dulu dia ni bersikap menentang pemimpin oleh kerana tamakkan kuasa. kita tengok lah nanti apa yang jadi.
Dia ni orang yang kecewa, dia gagal naik dengan baik dalam UMNO. Dulu pun masa Mahathir dia dah ada buat hal, takkan sekarang nak ulang benda yang sama kot. Nampak sangat la macam mana identiti dia ni kalau dia ulang benda yang sama
Shamsiah Fakeh mmg seorg pejuang kemerdekaan yg patut di beri penghargaan negara krn peranannya yg ternyata lebey berani dari wanita UMNO Aishah Ghani. Mungkin kita hanya mendengar kisah beliau dari sudut pandang UMNO dan BN. Kenapa beliau tidak diberi peluang untuk menceritakan kisah dari perspektif beliau sendiri..Kalau tak keberatan di mana saya boleh perolehi ttg kisah beliau..tolong sedara Alditta..!!
Sdr/ri, anonymous,
Gomen tak akan iktiraf Shamsiah Fakeh sebagai pejuang kemerdekaan kerana tika itu UMNO masih belum lahir. Jadi memang depa bodoh sejarah,yang depa nampak selepas 1946,setelah wujudnya UMNO dan kebetulan masa itu ada Allahyarham Tunku,Tun Razak,Aishah Ghani,
Fatimah Hashim dan juak UMNO,depa ni lah yang jadi hero!!!
Cuba pi selak buku sejarah ada dak nama Shamsiah Fakeh,Zulkifili Mohamad,Dr.Burhanuddin Al-Helmy dll disebut?, kalu ada sebaris saja. Mereka ini semua dicap sebagai penentang gomen.
Gomen rasa tak payah "honour" mereka dan UMNO pikiaq adalah lebih berfaedah bagi gelaran "Datuk" kepada Michelle Yeoh dan Shah Rukh Khan daripada pejuang2 ini.
Sdr., boleh dapatkan buku berjudul;
Memoir Shamsiah Fakeh: Dari AWAS ke Rejimen ke-10. 2004. Penerbit UKM: Bangi. ISBN 967-942-659-9, 138 halaman dan harga RM 30.00 senaskah.
ataupun layari site2 ini;
http://ms.wikipedia.org/wiki/Shamsiah_Fakeh
http://melayumoden.com/?p=304
http://tuneman.multiply.com/journal/item/143/Shamsiah_Fakeh_a.k.a_Ratu_Rimba_Malaya
http://www.thenutgraph.com/left-wing-icon-shamsiah-fakeh-dies
cheers.
Post a Comment