29 October 2008

DEB - Anwar tak boleh tegur,tapi Najib OK lah...........

Hasrat untuk mengkaji semula atau menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dikatakan banyak memperkayakan para pemimpin serta kroni-kroni tertentu sahaja. Sebaliknya rakyat yang majoritinya berbangsa Melayu terus berada diparas kemiskinan yang amat memalukan bairpun negara sudah lebih 50 tahun mencapai kemerdekan.

Maka kini terbukti, kenyataan Anwar itu pabila TPM Najib Tun Razak turut menegaskan beliau yakin unsur-unsur Dasar Ekonomi Baru (DEB), yang berakhir pada 1990 dan digantikan dengan Dasar Ekonomi Nasional (DEN) pada 1991, boleh dihapuskan secara beransur-ansur.

Katanya, beliau sedang berusaha ke arah melaksanakan liberalisasi (unsur-unsur DEB) secara beransur-ansur itu apabila bumiputera sudah mempunyai keyakinan diri. bahkan katanya semakin ramai dalam kalangan mereka kini sudah mempunyai keyakinan untuk bersaing, untuk berjaya di peringkat global dan domestik. "Dalam tempoh yang tidak terlalu lama lagi, kita dapat saksikan unsur-unsur DEB ini akan diganti," kata beliau dalam wawancara melalui program Bloomberg Voices terbitan Bloomberg TV semalam.

Beliau berkata demikian apabila diminta memberi pandangan tentang DEB oleh perantara program berkenaan, Haslinda Amin. "Saya berpendapat unsur-unsur DEB perlu dibuang secara beransur-ansur dan pada waktu yang sama, sungutan yang berasas dan keperluan setiap masyarakat, perlu diberi perhatian," katanya dalam program 30 minit itu. "Dan saya percaya, keperluan dan sungutan yang berasas oleh setiap anggota masyarakat Malaysia perlu diuruskan. Kami patut dilihat bersikap serius bagi menyelesaikan masalah mereka," katanya.

Kita terkadang naik hairan, bila kenyataan perihal DEB ini dibuat oleh Anwar maka ramailah penyokong UMNO pelbagai peringkat yang mengutuk, mengkritik serta menghina tindakan Anwar itu. Bahkan Anwar digelar pengkhianat bangsa serta bakal melenyapkan masa depan orang-orang Melayu di negara ini. Terkeluarlah berbagai kenyataan panas daripada para pemimpin UMNO, penganalisis politik, golongan intelektual serta NGO yang memperkatakan perihal ini.

Namun kini, bila kenyataan itu dikeluarkan oleh TPM Najib Razak yang juga Timbalan Presiden UMNO sendiri mengapa semuanya mendiamkan diri "membisu seribu bahasa"? Mana perginya kelantangan mereka bersuara perihal DEB. Maka ini jelas menunjukkan bahawa puak-puak ini hanya ingin menunjukkan juara bagi "menjilat" pemimpin mereka sendiri. Namun tidak berani untuk mengeluarkan pendapat yang bertentangan dengan kenyataan pemimpin terbabit.Inikah buktinnya mereka ini ingin membela nasib Melayu?

Ternyata mereka ini semua sekadar mencari publisiti murahan dalam usahan untuk membolehkan pemimpin tertentu mengenali mereka. Maka selepas itu, mudahlah untuk mereka masuk projek sesusah puas mengampu. Pembelaan yang dilaungkan sebenarnya adalah retorik semata-mata untuk kepentingan peribadi masing-masing.

Jangan hanya membuta tuli mengutuk dan menyokong tanpa mempunyai pendirian yang tetap dalam hal-hal berkaitan kedaulatan agama dan bangsa. ilang pabila berhadapan dengan situasi tertentu.

source:pahang daily online

Biasalah kerja bodek membodek adalah budaya UMNO. Kalu Najib cakap bahawa taiknya itu baunya wangi, semua dalam UMNO termasuk professor2 kangkong akan terus menyokongnya. Media massa seperti Utusan Meloya,RTM 1,2,TV3 seterusnya akan memberi ruang yang lebar untuk membuat ulasan. Malah ada kroni2 akan menubuh syarikat untuk menghasilkan minyak wangi daripadanya,demikianlah mentaliti orang UMNO dengan para pendekarnya, sejak dulu, kini dan selama-lamanya.....................

Read here and here.

cheers.

No comments: