05 September 2008

A Samad Ismail- perginya seorang pahlawan......

A. Samad Ismail, 24 April 1925-4 Sept 2008

Pak Samad, lahir 24 April 1925 di Singapura. Dikenali sebagai seorang wartawan, aktivis politik, penulis kreatif dan terkenal dengan semangat nasionalis kemelayuan dan anti penjajah.

Pak Samad adalah pengasas Gerakan Angkatan Muda dan People's Action Party. Pernah memimpin jabatan pengarang di Utusan Melayu, Berita Malai, Berita Harian dan New Straits Times. Pak Samad bersara pada 1988.

Pak Samad adalah seorang 'pejuang kemerdekaan' menerusi karya-karya sasteranya.

Antara cerpen awalnya terkumpul dalam antologi Mekar dan Segar (1959) dan Karangan Bunga Dari Selatan (1963). Cerpen dekad 1960-an beliau dapat dibaca menerusi dua kumpulan persendiriannya yang berjudul Temasya Tinta (1967) dan Mastura (1967).

Antara 1966 hingga 1975, Pak Samad menghasilkan 11 buah novel dan empat buku bimbingan penulis dan wartawan. Antara novel yang dihasilkannya ialah Patah Sayap Terbang Jua (1966), Tembok Tidak Tinggi (1967), Kail Panjang Sejengkal (1967), Detik-Detik Cemas (1969), Hussen Zet (1960) dan Sutinah (1975).

Pak Samad juga terlibat dalam PUTERA di bawah pimpinan Dr Burhanuddin Al-Helmi. Namun kerana perjuangan beliau adalah atas pentas pembangkang, maka nama beliau jarang disanjung bersama-sama pejuang kemerdekaan lain. Read here.

Pak Samad pernah ditahan di bawah ISA, atas tuduhan menyokong communist.

Namun jasa Pak Samad tetap akan dikenang sepanjang zaman.............

"Innalillahi wa inna ilaihi raji'un" (From God we come, and to God, we return)

Al-Fatihah.


No comments: