17 April 2008

Melayu obsess dengan Jom Heboh & Akademi Fantasia bukan ketuanan Melayu….

Najib Tun Razak menolak andaian kerajaan akan ditumbangkan dalam waktu terdekat ekoran ‘perang saraf’ yang dijalankan oleh pihak pembangkang yang kononnya ada kalangan ahli-ahli Parlimen BN akan melompat parti. Katanya, sehingga kini tidak ada bukti atau petanda perkara berkenaan akan berlaku. “Ini adalah permainan perang saraf mereka tetapi kita tidak mengambil mudah mengenai perkara ini, kita tidak akan ditumbangkan, saya tidak percaya itu akan berlaku,” jelasnya ketika ditanya pemberita mengenai dakwaan Anwar Ibrahim yang begitu yakin kerajaan BN akan ditumbangkan kerana ada ahli-ahli Parlimen BN yang akan menyertai mereka tidak lama lagi.

Pakatan Rakyat tak perlu menunggu wakil rakyat dari Sabah dan Sarawak untuk crossover, malah ramai wakil rakyat BN dari Semenanjung yang bosan dengan telatah pemimpin UMNO/BN akan berbuat demikian.Baca di sini.

Begitu perihal Ku Li yang mahu menentang Pat Lah untuk merebut presiden UMNO. Ku Li tak perlu tunggu sampai bulan december untuk bertanding jawatan presiden UMNO,itu pun kalu dia boleh dapat 60 pencalonan,baru dia boleh lawan - menang kalah belum tentu. Untuk mendapat 60 pencalonan bukanlah tugas yang mudah memandangkan Ku Li bukan setakat melawan Pat Lah tetapi juga Najib dan Mahyuddin Yassin yang masing-masing bercita-cita menjadi PM. Sikap Pat Lah hendak mempertahankan kerusi presiden december ini dengan mengekalkan keperluan untuk mendapatan 30% pencalonan secara tak langsung sudah memberi advantage kepada Pat Lah untuk terus menerajui UMNO. Apakah peralihan kuasa akan berlaku selepas itu masih menjadi tanda tanya. Kemungkinan besar Pat Lah will go for another term.

Jalan pintas yang terbaik bagi Ku Li,kalu dia rasa hendak menyelamatkan UMNO ialah menarik berapa ramai wakil rakyat UMNO di Parlimen ke sebelahnya dan berpakat dengan pembangkang mengenakan undi tak percaya bersama-sama, untuk menjatuhkan gomen Pat Lah.


UMNO mungkin berpecah akibat dari tindakan nekad ini dan Ku Li pun tak mungkin jadi PM. Namun pokoknya,tindakan begitu sajalah yang membolehkan Ku Li lakukan bagi memusnahkan harapan Pat Lah untuk terus menerajui UMNO dan setelah tewas Pat Lah akan mengundur diri secara terhormat. Selagi Pat Lah masih jadi PM dan presiden UMNO,no one can shake him,not even UMNO stalwarts from inside. Hari ini Pat Lah tetap mahu mempertahankan jawatan presiden Umno pada pemilihan parti 16-20 Disember ini. Bila ini berlaku maka cycle of leadership change dalam UMNO tetap sama,kerana orang-orang Pat Lah yang naik dan masa depan menantunya sekurang-kurangnya terjamin.

"Mereka (pemimpin Umno) kata mereka serahkan kepada saya dan mereka akan menyokong saya dan timbalan saya dalam pemilihan parti," katanya, mengulas desakan agar peralihan parti disegerakan. "Kenapa saya tidak boleh bertanding dalam pemilihan parti?" "Selepas itu, saya dan Najib akan putuskan tentang peralihan kuasa," katanya lagi.

“Saya dengar…saya bukan pekak,” itulah kenyataan spontan Pat Lah ketika diajukan soalan mengenai desakan supaya beliau mengemukakan pelan peralihan kuasa sebagai usaha untuk memulihkan UMNO. Pat Lah berkata, dia faham dengan pandangan yang diberikan dan mendengar pandangan pihak-pihak tertentu dalam soal peralihan kuasa tetapi dia mahu proses berkenaan berjalan dengan lancar dan parti berada dalam keadaan baik. “Takkan saya nak serahkan kepada Najib begitu sahaja. Saya mahu peralihan kuasa itu berjalan dengan baik bukan tinggal begitu saja,” katanya lagi.

Budaya UMNO sudah lama dah...sokong ketua secara buta tuli,jangan tegur dan jangan lawan towkay...akibatnya ketua membina satu dynasty dalam parti,maka ‘presidentship’ parti tak akan lari ke mana hanya kepada orang-orang terpilih saja. Tindakan UMNO melarang adanya pertandingan atau teguran telah membuat ahli-ahlinya menjadi bosan dan berpaling tadah. Apa yang berlaku pada 8 Mac 2008 adalah bukti perasaan meluat itu.

Bila UMNO hilang kuasa dan tersungkur di persada politik tanah airnya sendiri baru UMNO nak cakap pasai ketuanan Melayu,kuasa Melayu terhakis,buat forum di sana sini,buat resolusi itu dan ini...in the end apa pun tak ada bak kata orang.... balik pulau,bayan lepas, di sini terpelahau di sana terlepas.

Minda Melayu hari tidak semacam tahun 60an,70an. Orang Melayu sekarang tidak kisah lagi pasal politik atau memikirkan tentang masa depan mereka. Sebaliknya orang Melayu sekarang terlalu taksub kepada show,karnival,anugerah dan hiburan. Karnival Jom Heboh ,Anugerah Bintang Filem,Konsert Perdana,Akademi Fantasia sudah cukup membelenggui minda mereka. Lihat saja di mana saja ada karnival Jom Heboh lautan manusia membanjirinya,semuanya orang Melayu,tak kira tua dan muda,lelaki dan perempuan. Menggunakan Siti Norhaliza,Mawi dan penyanyi dan pelakon-pelakon untuk berkempen bagi calon-calon UMNO/BN adalah satu manifestasi yang dijelmakan dari budaya hiburan itu. Semua ini angkara sapa? bukankah towkay yang promote itu adalah terdiri daripada pembodek-pembodek UMNO menerusi media massa,RTM-TV1,TV2,TV3,Ria dan seterusnya?

Orang Melayu yang takut pasal hilang ketuanan Melayu adalah orang Melayu UMNO sendiri, kerana kalau orang Melayu tak memberi sokongan kepada mereka, maka tenggelamlah bahtera yang menjadi sumber rezki UMNO itu. Pemimpinnya akan hilang arah tujuan,hidup menjadi lintang pukang macam pemimpin-pemimpin UMNO Pulau Pinang yang berdemonstrasi dijalanan baru-baru ini,walaupun Pat Lah dan Najib pernah berkata "demonstrasi jalanan bukanlah budaya UMNO" namun UMNO Pulau Pinang buat juga. Mereka ini tahu DEB itu dah tamat diganti dengan NEP yang tujuan dan matlamat adalah berbeda. Namun mereka buat-buat lupa kerana tindakan mereka itu ibarat,"bila penyamun hilang kuasa menyamun..." maka otak mereka dah jadi tak center.

Pendek kata orang-orang Melayu sekarang terlalu obsess dengan hiburan yang berbagai-bagai hinggakan lupa soal ketuanan Melayu. Ketuanan Melayu hanyalah slogan UMNO yang bertujuan untuk meraih sokongan orang-orang Melayu saja. In reality,pemimpin-pemimpin UMNO ini berbuat demikian untuk secure kedudukan mereka serta anak pinak dan kroni-kroninya.

Bercakap pasal projek-projek mega siapakah yang paling beruntung? adakah pemandu teksi di kota raya KL, penoreh getah di Baling atau pesawah padi di Gurun Kedah? Setahu aku yang beruntung adalah Patrick Lim,Vincent Tan, Eric Chia, Ting Pek King, Ananda Krishan,Lim Kok Wing, di antara nama-nama lanun besar,disamping Khairy Jamaluddin,Kamaludin,Kalimullah serta anggota-anggota dalam gomen empat serangkai itu. Inikah yang dikatakan ketuanan Melayu?

UMNO patut belajar how to be a good loser and win the heart and mind of the rakyat. Jangan dok asyik main soal ketuanan Melayu,orang Melayu dah naik boring. Nama Melayu yang tinggal pun hanya pada KTM(Keretapi Tanah Melayu), yang lain habis disonglap dan tergadai. Angkara siapa? Tanyalah orang di atas itu.....

cheers.

1 comment:

Anonymous said...

Najib baguih punya dok gencok,pasai
apa tak tunjuk kat TV1,2,3,7 & 9?