22 April 2008

Batalkan saja Monsoon Cup.....

Bila PAS tawan Terengganu dalam tahun 1999, Mahathir telah menukar wang royalti 5 peratus kepada Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) atau lebih popular disebut "wang ehsan". Pada mulanya wang ehsan disalurkan melalui ketua-ketua Bahagian UMNO. Penyaluran sebegini tidak memberi kesan kepada rakyat Terengganu kerana sebahagian besar wang ehsan itu hilang kerana masuk poket orang-orang tertentu. Pokonya kenapa 5 peratus saja kenapa tidak lebih seperti Sabah dan Sarawak perolehi?

Dalam pilihanraya umum 2004, Idris Jusoh, selepas merampas kembali Terengganu, dia telah menarik balik tindakan saman yang difailkan oleh kerajaan PAS. Namun usaha itu tidak berjaya.

Kini MB Ahmad Said dilaporkan berkata, sejak DKKP diperkenalkan, semua projek yang menggunakan dana itu disalurkan terus kepada kementerian yang melaksanakannya tanpa merujuk kerajaan negeri menyebabkan banyak projek yang dilaksanakan gagal memberi kesan besar akibat tidak mengambil kira keperluan rakyat. Apakah tidaknya,macam mana gomen 3 beranak itu nak kawal wang royalti kalau diberi terus kepada gomen Terengganu. Dengan kawalan itu wang royalti itu boleh menjadi sumber rezki percuma kepada mereka keliling pinggang Pat Lah.

Tambahnya lagi, "Buat jalan dalam hutan dengan kos hingga RM50 juta hingga RM60 juta. Kita hanya mengetahui tentang projek itu apabila ia mempunyai masalah seperti tanah ditarik balik dan sebagainya.

"Ini yang menjadi masalah... sebab terlalu banyak pihak yang menguruskan wang royalti kerana ia adalah wang ehsan. Mereka menggunakan wang kita, jadi apabila kementerian yang buat ia adalah berasaskan kepentingan kementerian semata-mata tanpa mengambil kira perasaan dan kehendak rakyat Terengganu."Ini menimbulkan masalah kepada kerajaan negeri",ujar Ahmad Said.

Apa yang Ahmad Said tidak ceritakan ialah siapakah yang memegang DKKP ini dan bagaimana orang tersebut mengagih-agihkannya kepada mereka yang rapat dengan Pat Lah dan mereka itulah yang menikmati faedah wang ehsan tersebut bukan rakyat jelata. Pesta Monsoon Cup,Mesjid Kristal,Taman Tamaddun Islam adalah di antara projek-projek mega yang ushakan dengan menggunakan wang royalti minyak atau wang ehsan walaupun proses mahkamah belum selesai. Projek-projek ini dibina dengan kos yang amat tinggi dan faham sajalah siapa yang mendapat faedah daripadanya.

RM300 juta setahun dibelanjakan untuk Monsoon Cup yang dikendalikan oleh Patrick Lim, kroni Pat Lah. Rakyat Terengganu hanya menyaksikan pesta Monsoon Cup dilaksanakan tanpa apa-apa manfaat besar bagi mereka. Lebih baik MB Ahmad Said batalkan saja pesta Monsoon Cup ini dan guna wang RM300 juta untuk faedah rakyat jelata.

Wang ehsan yang dilaporkan bernilai 1 billion setiap tahun disalurkan melalui DKKP serta diurus oleh 3 pemain utama dalam gomen Pat Lah 3 beranak + 1. Tak perlu disebutkan siapa mereka kerana rata-rata orang tahu siapakah nagoi-nagoi ini.

Idris Jusoh hanya jadi barua dalam permainan wang ehsan tersebut. Menurut sumber-sumber dalaman ke mana pergi wang ehsan sebanyak RM 3 billion yang masih belum diguna,tak siapa yang tahu? Ada khabar-khabar angin yang mengatakan bahawa sejumlah RM580 juta daripada wang ehsan tersebut kini berada dalam akaun luar negera bekas MB Terengganu itu. Sumber berita ini telah sampai ke pengetahuan Tuanku Sultan.

Mat Said pung kene ingak , Tuanku Sultan merupakang Sultan yang bijok dang menjadi hal-hal rakyat bukang saje dok nenggok aje we….Kalu Mat Said nok jadi lebih gebede dari si-yih dang puok-puok derhake tu ,mung pung kene njar kekgi....mu siasat Mat Said weh.....Wallahu 'alam bissawab!

cheers.

2 comments:

Monster Mom said...

Such an interesting view...I have no doubt it is true but how to prove it all???

ali allah ditta said...

It takes a thief to catch a thief,
mom..the rest is history.

The question now who's gonna bell the cat?

Thanks for dropping by.

cheers.