27 April 2008

Balkis - antara perbuatan hasrat dengki dan kerja amal.....

The Sun di bawah tajuk "RM10 million gone in 3 days" telah mendedahkan bagaimana Zaharah Kechik,isteri bekas MB Selangor,Khir Toyo telah berusaha membubarkan Badan Amal dan Kebajikan Isteri Selangor (Balkis) dan memindahkan wang sejumlah 10 juta, duit badan tersebut(Balkis) kepada Bakti.

Menurut the Sun,"According to documents sighted by theSun, Datin Seri Zaharah Kechik, the wife of former mentri besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo had on March 11 convened an extraordinary general meeting of the committee to dissolve Balkis and close its bank accounts. The following day, the accounts were closed, with the money transferred to another account and then to Bakti – the federal Organisation of Wives of Ministers which Balkis is affiliated to."

Sebaliknya Zaharah Kechik dalam satu kenyataan mempertahankan tindakannya sambil berkata bahawa dia berhak berbuat demikian kerana ketika itu suaminya,Khir Toyo masih lagi seorang 'caretaker' Mentri Besar Selangor.

Majlis Peguam pula berpendapat bahawa tindakan Zaharah Kecik itu ibarat satu perbuatan pecah amanah. Kerajaan Selangor pula akan mendapatkan nasihat peguamnya dan akan mengambil tindakan sekiranya berlaku pecah amanah.

Sementara itu,Jabatan Pendaftaran Pertubuhan mengarahkan cawangannya di Selangor menghantar laporan terperinci mengenai perlembagaan Pertubuhan Badan Amal dan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) serta menyiasat dakwaan penyelewengan dalam pertubuhan itu.

Bukankah peranan 'caretaker' government itu hanya sekadar menjaga sementara apa saja harta yang ada dan tidak berhak mengarah mana-mana pihak melakukan sesuka hati.

Sebagai contoh, kalaulah BN tewas dalam pilihanraya bulan Mac lalu di peringkat Persekutuan, bolehkah Md.Nor Yaakop, sebagai Menteri Kewangan ke-2 membubarkan Kementerian Kewangan dan memindahkan RM100 bilion dari tabung simpanan negara ke akaun kerajaan negeri Sabah yang masih dibawah pemerintahan BN.........

Bukankah itu mencuri atau pecah amanah namanya?

cheers.

4 comments:

Anonymous said...

No gentleman and lady at all....

Doktor Keluarga said...

Salam
Mungkin kena tengok perlembagaan persatuan baru boleh selesaikan dengan adil. Nak kaitkan sebuah persatuan dengan sebuah kementerian adalah satu analogi yang lemah.

Anonymous said...

Sungguhpun analogy yang ditunjukkan Ali agak lemah,tapi pada asasnya,
sesiapa saja tidak boleh pandai ubah atau pindah,malah bubar sesuatu persatuan just because the husband lost his MB'ship!

In that case,kalu BN kalah bolehkah depa bubar Petronas dan pindah semua assetnya ke UMNO?

Anonymous said...

Penjelasan yg diberikan oleh Isteri Dr. Khir Toyo mungkin ada logiknya ...

PAda 11 MAc 2008, Menteri BEsar yg baru masih belum dilantik ... jadi beliau masih lagi pengerusi Balkis yg sah ...

Lagi pun ramai sangat dari kita Pakatan rakyat kata duit ni datang dari duit haram ... dah tau duit haram, biarkanlah dia nak letak duit tu kat akaun maner pun ...

Yg kita Pakatan Rakyat ni, duit "haram" tu pun, kita nak amik juagk ker??

Baik kita start dari 0 balik dan carik duit halal dari berterusan guna duit "haram" tuh ...