Hari ini saya tak mahu bincang pasai politik. Saya terima beberapa gambar bayi mangsa kena buang. Saya tersentak bila melihat perbuatan 'binatang-binatang' yang hilang tujuan hidup mereka. Perbuatan ini menunjukkan bahawa ada juga manusia yang berperangai lebih teruk daripada binatang dan tidak berperikemanusiaan langsung. Binatang pun tahu sayangkan anaknya,tapi manusia seperti ini hendak dikelasifikasi sebagai spesis apa?
Sering kita dengar tragedi kematian bayi dibuang dengan sengaja ke dalam tong sampah atau dibungkus dengan plastik hitam dibuang tanpa ada sedikit pun rasa belas ihsan dan sifat kemanusiaan. Kes-kes begini adalah antara ribuan kes buang bayi hasil daripada perhubungan luar nikah yang dilakukan pasangan muda mudi yang sudah terlanjur.
Tanpa rasa belas kasihan si ibu atau pasangan terbabit sanggup membuang bayi yang dikandung ini ke dalam tong sampah, semak, tempat pembuangan sampah dan di tepi sungai untuk mengelakkan mereka dikesan. Manusia kini semakin hilang pertimbangan dan tidak lagi menggunakan kewarasan dalam tindakan mereka.
Mereka sanggup berbuat apa saja asalkan kenikmatan daripada perhubungan haram itu dapat dirasai secara berulang kali secara bebas tanpa apa-apa ikatan. Pasangan lelaki dan wanita yang selalu dikaitkan dengan isu pembuangan bayi ini ialah mereka yang tertekan dengan keterlanjuran terutama yang melahirkan bayi di luar nikah.
Statistik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman mendapati sebanyak 65 kes buang bayi dicatat pada 2000 dan meningkat kepada 83 kes, tahun lalu. Selangor mencatatkan angka tertinggi iaitu 22 kes (2000) dan 24 kes (2006). Daripada jumlah 83 kes itu, 79 membabitkan kes pembuangan bayi yang baru dilahirkan dan empat kes pembuangan janin.
Al-Quran dan Sunnah sering memperingatkan betapa bernilai hidup setiap makhluk Allah. Janin yang baru berada dalam perut ibu walaupun masih pada proses awal, bahkan binatang dan tumbuh-tumbuhan dilarang untuk dicabut nyawa hidup-hidup, kecuali berdasarkan ketentuan yang dibenarkan Allah. Apakah salah insan kerdil ini sehinggakan ibubapa yang tidak berhati perut sanggup buat begini........kepada sikerdil yang tidak berdosa ini, moga Allah merahmati roh mereka, Al-Fatihah.......
wassalam.
10 comments:
dah cukup sempurna sifatnya..
bayi gambar di atas..cukup gebu dan montel..jika tidak kerana sifat kebinatangan- bayi itu mungkin anak yang comel...
saya pohon halal saya copy gambar-gambar mereka...
Gomen hadari buat apa untuk atasi gejala ini?
"79 membabitkan kes pembuangan bayi yang baru dilahirkan".
Tuan-tuan, mereka juga manusia yang bernyawa ketika mana mereka dibunuh.
Kalau pasal Nurin Jazlin, Kerajaan BN boleh hebohkan seluruh negara, kenapa tidak mereka? mereka juga anak-anak yang tak berdosa yang telah selamat dilahirkan ke dunia, bernafas seperti kita. Tangisan mereka sudah kedengaran. Mungkin mereka telahpun sempat disusukan oleh ibu-ibu mereka.
Kita sebagai orang-orang islam kenapa biarkan pembunuhan begitu ramai insan-insan yang tak berdosa? Kenapa polis langsung tak berusaha untuk tangkap pembunuh-pembunuh itu?
Memang tak masuk akal. Tapi bila BN menipu, kita semua jadi tak apa - kita terima. Tak menyesalkah mereka-mereka yang telah mengundi BN?
Adakah orang BN tak takut bala dari Allah SWT?
ya Allah.. kesiannye baby2 tu...
kenape la ade org yg sanggup buang baby comel2...
Thanks for your comments.
Mudahan-mudah Allah melaknati binatang2 yang melakukan kerja keji ini dan moga-moga Allah merahmati roh2 si kerdil serta ditempatkan besama-sama orang-orang beriman.Al-Fatihah.
Ya allah,laknatlah mereka yang sanggup berbuat zalim ini...
ibarat kata melakukn dua dosa... satu dosa ketika mrk melakukan zina dan satu dosa lg apabila bayi yg lahir dr hasil perbuatan haram mrk itu dibuang tanpa ada nilai kemanusiaan dlm diri mrk...
bintg lbih mulia drpd org yg buang baby2 ni.... coba anda rnung khidupn2 bintg 2.. bintg x buang ank mcm mnusia
HERE ME:AINA..
so2 crazy u...!!is it no more place that u wanna 2 throw ur baby??wat de hell u??4 juz wanna 2 care about ur pride,u do that such of sins??u r de animals which cover ur face wif de mask of human..!!u r moRE bad than de animals..animals also know how 2 appreciate their baby,buT u???u r so stupid person!!!sory 4 all de words that i use 2 intoduce u 2 de others..MAY GOD PUNISH U 4 WAT U HAVE DONE,LADIES..!!
org yg da kawin scra halal yg nk anak,susah nk dpt..tp org yg wt anak scra haram snang nk dpt anak..
but knp rmai person yg xnk appreciate baby2 2??tlg la mnusie yg x brhati prut..stop la dr wat dosa 2..dnie ni da nk kiamat da pn..sdarla..
Post a Comment