14 October 2007

Puasa Enam Hari di Bulan Syawal.......

Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud) : “Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dan meneruskannya dengan enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seolah-olah berpuasa selama setahun” (Hadis riwayat Imam Muslim. Kitab Puasa). Hadis ini menjadi hujjah kepada para ulama khususnya dan umat Islam seluruhnya untuk mengamalkan puasa sebanyak enam hari di bulan Syawal selepas berjaya menempuhi bulan Ramadhan dengan berpuasa sebulan penuh.

Hadis yang diriwayatkan oleh Jabir r.a, Sabda Rasulullah s.a.w :

من صام رمضان ثم أتبعه ستا من شوال فكأنما صام الدهر .

(رواه أحمد )

Maksudnya :

Barang sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan lalu diiringi dengan enam hari daripada bulan Syawal, maka seolah-olah dia telah berpuasa sepanjang masa.

Puasa Enam ialah puasa selama enam hari dalam bulan Syawal. Ia boleh dikerjakan mulai hari kedua (2 Syawal) hingga akhir bulan berkenaan.

Hadis ini bertepatan dengan firman Allah Taala, "Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari Kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya." (Al-An'am: 160). Ini bermakna jika seseorang itu berpuasa selama sebulan / 30 hari dan ditambah dengan puasa 6 dalam bulan Syawal, ia seolah-olah telah berpuasa selama 360 hari atau satu tahun (mengikut kiraan Taqwim Hijrah). Puasa enam boleh dilakukan secara berturut-turut atau berselang hari, selagi mana kesemuanya dikerjakan dalam Bulan Syawal.

cheers


No comments: