30 June 2007

Bila nama anak sulung Tun Razak disebut di mahkamah....

Burmaa Oyunchimeg,sepupu Altantuya Shaariibuu, telah mengamatkan suasana dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam bila mendakwa Altantuya Shaariibuu ada menunjukkan kepadanya sekeping gambar dimana ada sama seorang pegawai Malaysia bernama ‘ Najib Razak’.

Gambar itu dikatakan diambil semasa Altantuya sedang makan bersama Razak Baginda dengan beberapa orang lain.Burmaa mendakwa gambar itu ditunjukkan kepadanya oleh Altantuya di Hong Kong semasa dia kembali dari Peranchis.

Akibat terbongkar kisah itu,pihak pendakwa bermati-matian cuba menghalang nama anak sulung Tun Razak daripada disebut dan diheret ke dalam mahkamah. Apa yang pelik,orang-orang yang sama juga berjanji bahawa mereka akan mengadili kes ini seadil-adilnya,
tanpa melindungi apa-apa fakta dan maklumat.


Budaya menutup,menghalang dan mengampu orang-orang besar dan ternama sudah menjadi amalan gomen kita. Baru-baru ini, pihak gomen telah mengarahkan agar stesen radio dan televisyen milik kerajaan dan swasta supaya JANGAN menyiarkan tentang pembangkang.

Baru-baru ini stesen televisyen swasta, ntv7 menafikan dakwaan parti pembangkang bahawa ia telah menerima arahan supaya tidak menyiarkan komen-komen pihak pembangkang.Sebaliknya berdasarkan kepada surat berikut;sila baca url ini: http://www.malaysiakini.com/others/mcmcletter.html terang-terang pihak gomen membohongi rakyat tentangnya.


Begitulah seterusnya dalam kes-kes lain,sama ada pasal lebuhraya tidak selamat,makmal sains yang bumbungnya sering runtuh atau pasal siling bocor,soal temberang,menyalahkan pihak ketiga dan menipu rakyat sering dibuat kerana gomen berpegang kepada motto "the gomen is always right".
Bukankah arahan-arahan dan amalan-amalan sebegini merupakan satu bentuk diskriminasi terhadap rakyat dan parti-parti pembangkang?

Sampai bila anda rakyat sanggup bertahan dengan perangai gomen kita begini?

cheers

2 comments:

Anonymous said...

Inilah wajah Malaysia. Melindungi pemimpin atau orang besar dah jadi amalan.Sistem Kehakiman Negara juga dipermainkan dengan sewenang-wenangnya.Kalau kita tgk Indonesia, akhbar mereka bebas. Tiba waktu pilihanraya saja parti pembangkang juga diberi pendedahan yang meluas dalam media. Malu la dengan Indon. Sume nie adalah dasar yang dibawa oleh Mantan Perdana Menteri kita dulu la. dia yang reka dasar nie.

Anonymous said...

malaysia = aman makmur

monggolia = pergolakan politik (komunis)

najib razak = TPM Malaysia

razak baginda = penganalisis politik

altantuya = model sambilan,boleh menguasai bhsa asing, prnah bkerja dgn russia, or as....

dr. sharibuu setev = bapa altantuya, profesor, ttp x leh bbhasa inggeris,camane jd profesor 2?????

byk y timbul kkeliruan niiii...

C4 = digunakan oleh UTK utk meletup altantuya.

UTK = sape UTK niii

sape altantuya ni?ape ade dlm badan dia?adakah dia perisik?

sy tidak mnyebelahi mana2 pihak...sy mencintai negara sy MALAYSIA...

marilah kawan2 ku kita pikir mngenai kes ini...jgnlh kita tau menyokong tanpa berfikir secara rasional...jgnlh menunding jari sekiranya kita tidak pasti ape disebaliknyeee....

'MALAYSIAKU TERCINTA'