09 March 2007

Altantuya,abang Jo & brother Zul.....

Kes Altantuya akan dibicara hari ini.Inilah yang memeningkan otak aku. Dulu kes ini dijadual pada tahun 2008,tiba-tiba depa tukar fikiran.Hakim nya ia lah Hakim Dato Zaki Yassin,bukan lagi Hakim Sagera...ha! pasai apa depa nak SEGERA pula???

Pasai apa tarikh di tukar tiada siapa tahu...dan mengapa hakim ditukar pun tiada siapa dapat menjawab nya. Setahu aku kalau nak tukar tarikh mestilah ada permohonan daripada pihak pembela atau pendakwa,atau pun hakim asalnya itu sudah ditukar ke tempat lain atau pun sudah "kick the bucket". Sama-sama kita tunggu dan lihat satu lagi sandiwara gomen kita dalam usaha nak mengenakan si Razak Baginda dan si anak Razak kita.

Ini kes Tim. Menteri Keselamatan Dalam negeri melepaskan penjenayah, perompak dan lain lain nya tanpa pengetahuan pihak Polis... dan juga kisah Ketua Pengarah BPR disiasat Polis. Polis siasat BPR,BPR siasat Polis,em..macam main pok amai-amai pula. Tapi yang peliknya orang yang disiasat ni masih pegang jawatan masing-masing,pasai Pat Lah kata OK!!. Bukankah depa ini yang akan sign kertas siasatan itu selepas siasatan dibuat untuk diserah kepada Pat Lah? Jadi kalu betul depa ini salah maukah kedua-dua penyamun ini turunkan tandatangan mereka? ha! ha! itulah kisahnya dalam Malaysia boleh ini.

Namun demikian jawapannya orang ramai dah tahu...pikiaq,pikiaqlah tengok!!

cheers.

No comments: