17 May 2015

Mahathir - Najib putaq alam...

Tun Dr Mahathir Mohamad  berkata beliau tidak sanggup melihat Umno tewas di bawah Najib pada PRU akan datang, dan oleh itu pemimpin parti perlu melakukan sesuatu menyelamatkan parti. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 16 Mei, 2015.

Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan pelbagai kesilapan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hanya akan menyebabkan kekalahan Umno dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang, walaupun bapa Najib, Tun Abdul Razak merupakan salah seorang pengasas parti Melayu itu.

Bekas perdana menteri itu berkata beliau tidak sanggup melihat Umno tewas di bawah Najib pada PRU akan datang, dan oleh itu pemimpin parti perlu melakukan sesuatu menyelamatkan parti.

"Banyak sangat kesalahan Najib yang saya hendak cerita ini, dan saya yakin penuh kalau dia pimpin, dia akan kalah. Apabila kalah, hendak pulih balik Umno, saya fikir tamatlah.

"Bapanya tubuh Umno, anaknya nak tanam Umno," katanya ketika berucap di majlis Bicara Negara di Ipoh, Perak hari ini.

Dr Mahathir berkata, berdasarkan perhitungannya yang mendalam, Barisan Nasional (BN) akan kalah dalam PRU akan datang jika terus dipimpin Najib selepas tidak lagi mendapat sokongan rakyat.

Katanya, pendekatan Najib yang berbeza dengan bapanya hanya menyebabkan orang Melayu kini mengalihkan sokongannya daripada Umno.

“Dia jadikan Umno satu organisasi yang buruk, orang tidak suka. Banyak orang muda sekarang ini tak nak jadi ahli Umno pun.

“Dia tidak boleh baca perasaan rakyat sebab dia tidak berdamping macam bapa dia dulu. Bapa dia dulu pergi ke kampung-kampung. Dia (Najib) tidak jumpa. Kalau nak, jumpa ketua bahagian. Panggil ketua bahagian cerita karut-karut, lepas itu ketua bahagian sokong.

“Sebab itu, Umno perlu gugurkan Najib. Ini tanggungjawab. Umno yang berjuang untuk bangsa, agama dan negara tidak boleh membiarkan sokongan kepada individu menidakkan kepada sokongan kepada bangsa, agama dan negara,” katanya.

Ketika diusik hadirin isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor yang menjadi punca kekalutan pemerintahan Najib, Dr Mahathir berkata: "Saya tidak mahu sebut yang itu. Di situ pun banyak yang tidak kena."

Dr Mahathir sekali lagi mempersoalkan kemewahan keluarga Najib dan berkata ia boleh mengundang rasa kurang senang di kalangan rakyat.

"Ada ahli keluarga beli cincin harga RM25 juta, beg Hermes, satu-satu RM100,000. Barangkali pasal banyak la dapat duit ini dari kecil menabung. Yang bukan-bukan. Dulu tidak ada pula. Sekarang ada.

"Kita tanya daripada mana mai duit ni? Dulu tidak ada, beg, cincin tidak ada. Sekarang ada, bila jadi keluarga perdana menteri. Saya tidak sebutlah isteri.

"Saya dulu biasa jadi perdana menteri, permulaan gaji saya RM8,000 sebulan. Lepas pencen 22 tahun jadi perdana menteri, gaji saya RM20,000 sebulan. Lebih dari cukup. Nak makan banyak mana?" kata Dr Mahathir.



Tun Dr Mahathir hari ini diberitahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melakukan pembohongan dalam isu pembelian jet baru kerajaan.

Sambil ketawa, bekas perdana menteri selama 22 tahun itu berkata walaupun Najib memenuhi ciri "gaya" seorang pemimpin namun dengan pelbagai isu yang timbul serta pembohongan yang dilakukan ahli parlimen Pekan itu menjadikan dia tidak lagi layak memimpin negara.

Dr Mahathir menceritakan, sebelum ini beliau pernah menasihati Najib supaya membeli drone (pesawat udara tanpa pemandu) bagi menjaga kawasan pantai di Sabah.

Katanya, walaupun pertemuan dengan penjual drone diaturkan , sehingga hari ini tiada sebarang tindakan susulan yang dilakukan, termasuk untuk membeli pesawat tersebut.

Najib nampak segak

"Najib sebaliknya membeli pesawat mewah yang baru," kata Dr Mahathir.

Justeru, beliau mempertikaikan keputusan Najib membeli kapal terbang mewah baru.

"Apa perlu kapal terbang besar? Nak beli kononnya raja nak pakai tapi tak nampak raja pakai pun.

"Tak pernah cakap betul, selalu bohong,"  katanya.

Kata Dr Mahathir, susuk Najib memanglah kelihatan begitu segak.

"Tinggi, putih. Rambut pun dah putih dah. Gaya dah ada sebab itu saya pilih dia dulu (sebagai perdana menteri)," katanya.

Selain itu, Dr Mahathir turut memberikan nasihat kepada Najib bahawa seorang perdana menteri tidak seharusnya hidup mewah.

Katanya, kehidupan yang dijalani Najib kini berbeza daripada bapanya Tun Abdul Razak Hussein.

Abdul Razak yang menjadi perdana menteri kedua negara, kata Dr Mahathir, sering mengayuh basikal ke kawasan kampung untuk bertemu rakyat.

"Sebagai perdana menteri, kita tak harus hidup mewah. Kalau perdana menteri macam bapa dia dulu, kayuh basikal ke kampung. Saya pun dulu siap bawa isteri saya (masuk kampung) siap jatuh dalam sawah padi. Itu cara kita pimpin.


"Saya percaya dan yakin, kalau biar Najib memimpin lagi dia akan kalah dan tak ada lagi orang nak beri perlindungan pada kita semua. Sebab itu sebelum dia kalah, lebih baik dia pergi," kata Mahathir lagi. tmi/mk


Dr Mahathir ajar Najib 'tinggalkan isteri'

"Sayangkan isteri, tinggal-tinggalkan," kata Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyindir Datuk Seri Najib Razak ketika sekali lagi mendesak supaya beliau melepaskan jawatan sebagai perdana menteri.

Ketika berucap dalam program Bicara Negara di Hotel Tower Regency, Ipoh, Perak petang ini, Dr Mahathir berkata, Najib perlu melepaskan jawatannya sebagai ketua kerajaan walaupun beliau mungkin amat menyayangi posisi tersebut.

Kata Dr Mahathir, Najib perlu memberi laluan untuk orang lain kerana statusnya kini "tidak disukai rakyat."

"Orang kata sayangkan isteri, tinggal-tinggalkan. Sayang jawatan pun macam tu jugalah. Sayang jawatan, tinggal-tinggalkan," katanya.

Menurut Dr Mahathir, beliau sendiri pernah sayang kepada jawatannya sebagai perdana menteri.

Selama 22 tahun, katanya, beliau 'berkahwin' dengan jawatan itu dan berasa sayang kepadanya.

Cukuplah, bagi peluang

"Tetapi (apabila) sampai masa, saya letak (jawatan). Cukuplah, bagi peluang dengan orang macam Najib," kata Mahathir.

Kira-kira 2,000 orang merangkumi pelbagai kaum hadir mendengar ucapan daripada bekas pemimpin berkenaan yang bercakap panjang lebar mengenai isu yang melibatkan Najib (kanan).

Kata Dr Mahathir,  tujuannya mengkritik Najib secara terbuka bukan bertujuan untuk kepentingan peribadi, sebaliknya demi Umno, bangsa dan negara.

"Banyak sangat dia buat tidak kena. Sebab itu sudah tiba masanya dia berhenti menjadi perdana menteri. Saya dah buat perhitungan mendalam, Najib tak boleh menang dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14," katanya.

Nak tidur pun tak boleh

Dr Mahathir berkata, tiada sebarang kepentingan peribadi untuknya berusaha menyingkirkan Najib.

"Saya dah pencen, nak tidur. Tapi tidur tak lena sebab fikir pasal ini," katanya lagi.

Bagi memastikan Najib meletakkan jawatannya sebagai perdana menteri dan juga Presiden Umno, Dr Mahathir meminta supaya parti itu menggugurkan anak Tun Abdul Razak Hussein itu.

Katanya, sebagai individu yang berjuang bersama Umno sejak zaman Tunku Abdul Rahman, beliau tidak sanggup membiarkan parti itu lenyap jika Najib kalah pada PRU ke-14 nanti.

"Umno perlu gugurkan Najib. Ini tanggungjawab. Kalau Najib terus memimpin dan kalah Umno akan lenyap. Satu pertubuhan yang bertuah dan berjuang sekian lama bersama Tunku Abdul Rahman, Tun Razak dan anak Tun Razak bagi hancur Umno. Saya tak rela.

"Saya yakin penuh kalau dia (Najib) masih lagi pimpin, dia akan kalah dan kalau kalah nak pulih Umno balik saya fikir susah. Bapak (Abdul Razak) tubuh Umno anak pula nak tanam Umno.

"Walaupun saya rasa orang akan marah saya, saya isytiharkan saya tidak sokong Najib," kata Mahathir lagi sambil mendapat tepukan gemuruh hadirin. - mk 

Dr M: Dad cycled to kampungs, rich son peddles lies...

Continuing his tirade against the prime minister, Dr Mahathir Mohamad said Najib Abdul Razak lives in the lap of luxury unlike his father Abul Razak Hussein.

The former premier also accused Najib of dishing out a "slew of lies".

"As prime minister, we should not lead luxurious lives. When Najib's father was prime minister, he used to cycle to the kampung.

"I too used to take my wife to the villages and there was once, I fell into the paddy field. That was how we led (the nation)," he said during his speech in Ipoh organised by the Gopeng Umno division today.

Mahathir claimed that Najib has been peddling lies, especially concerning the purchase of a new government jet.

Amid laughter, he pointed out while Najib possessed the "style of a leader", the many controversial issues surrounding him rendered the son of the second prime minister unqualified to hold the top post.

"(Najib) Never speaks the truth, always lies. How to be a leader?

"Yes, he is handsome, tall and fair. His hair is also white. The style is there and that is why I picked him back then (to be prime minister),"  he said.

Mahathir again reiterated that if Najib continued to helm Umno and BN, the ruling coalition would be defeated in the next polls due by 2018.

"If Najib is allowed to lead, he will lose (in the elections) and nobody will be able to provide us with protection. So it is better that he leaves before he loses," he stressed.- mk


Mahathir challenges Najib to public debate...

Former prime minister Dr Mahathir Mohamad has voiced his readiness to debate his successor Najib Abdul Razak on a number of burning issues.

With a smirk on his face, Mahathir added that he, too, was a capable debater.

“I have some ability in debates. If you want to debate, okay lah,” said Mahathir, to loud cheers and applause from some a 2,000-member audience.

He said this when asked whether he is prepared to debate with Najib during a forum in Ipoh this afternoon organised by Gopeng Umno division.

Meanwhile, at a separate function in Klang earlier today, Najib vowed to continue as prime minister and party president, arguing that it was not unusual for leaders to face challenges.

“Tun Dr Mahathir faced even more tests. He was tested when Umno was banned in 1987. The Team A (and) Team B fight, remember that?” he told Selangor Umno members and supporters at a gathering organised by the party’s former elected representatives.

“What did Dr Mahathir say then? ‘Even if it is by one vote, I am still prime minister.'

“Which means I can use the same principle... So long as I have the support of the party, I will serve as president. So long as I have the support of the people, I will continue to serve,” he was quoted as saying by the Malay Mail Online.

Najib was reportedly speaking to a full-house crowd of Selangor Umno members and supporters at the Klang Executive Club’s ballroom, who cheered him on.

Mahathir has relentlessly attacked Najib on, among others, the 1Malaysia Development Berhad (1MDB) scandal, the Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) and the murder of Mongolian national Altantuya Shaariibuu.

In his most vicious attacks yet, Mahathir last month called on Najib to step down lest he drags Umno down with him.- mk


Kasihan,Mahathir baru hari ini sedaq. Kami rakyat Malaysia dah lama tahu
si Najib tu lemah,menyusahkan dan tak patut jadi PM langsung...



cheers.

No comments: