08 May 2015

Pasai apa guna duit pendeposit TH utk tolong 1MDB bayaq faedah hutangnya...


PKR persoal pembelian tanah 1MDB oleh Tabung Haji pada harga jualan hampir sama nilai faedah hutang syarikat dana negara itu, kata Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 Mei, 2015.
Tabung Haji beli tanah RM188.5 juta, sama nilai faedah 1MDB, kata Rafizi...

PKR hari ini mempersoalkan pembelian tanah Lembaga Tabung Haji (TH) daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan berkata harga jualan RM188.5 juta itu lebih kurang sama dengan nilai pembayaran faedah pinjaman yang perlu diselesaikan syarikat dana negara yang bermasalah itu.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata beliau tidak menafikan tanah 1.56 ekar yang terletak di projek Tun Razak Exchange (TRX) di Kuala Lumpur itu berpotensi dimajukan, tetapi berkata 1MDB tidak wajar membuat untung daripada tanah milik kerajaan persekutuan.

"Apakah penggunaan duit pendeposit TH ini bertujuan membantu 1MDB membayar faedah pinjamannya?," soal Rafizi dalam kenyataannya hari ini.

"Keadaan ini hampir sama dengan tindakan kerajaan persekutuan menyuntik RM950 juta ke dalam 1MDB pada pertengahan Mac lalu iaitu pada tarikh hampir sama dengan tarikh bayar faedah hutang 1MDB,” katanya.

Mengikut laporan akhbar perniagaan The Edge, 1MDB perlu membayar faedah pinjaman sebanyak AS$52.5 juta (RM188.5 juta) minggu depan.

"Saya tidak menafikan tanah 1.56 ekar yang dibeli itu berpotensi untuk dimajukan. Namun, tanah itu pada asalnya adalah tanah milik kerajaan persekutuan dan tidak sewajarnya 1MDB membuat untung atas angin dengan mengambil wang pendeposit TH; lebih lagi jika dana itu kemudiannya digunakan untuk membayar faedah hutangnya," kata Rafizi. 

Rafizi berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berupaya menghentikan urus niaga antara TH dengan 1MDB berhubung pembelian tanah TRX. 

Katanya, pembelian tanah seluas 1.56 ekar oleh pengendali ibadah haji daripada 1MDB yang melibatkan pembayaran RM188.5 juta wang pendeposit mereka kepada 1MDB akan selama-lamanya dilihat sebagai usaha menyelamatkan (“bail-out”) 1MDB. 

"Tanah itu pula dilaporkan dibeli pada harga yang cukup murah oleh 1MDB dari kerajaan persekutuan iaitu pada harga RM74.20 satu kaki persegi dan dijual pada harga berkali-kali ganda mahalnya (iaitu pada harga RM2,779 satu kaki persegi) kepada Tabung Haji," kata ahli Parlimen Pandan itu. 

Beliau turut mengesyorkan beberapa kaedah bagi membolehkan TH membeli tanah berkenaan, namun tidak memberikan kesan kepada pendeposit tabung tersebut. 

"Ada dua cara terbaik TH membeli tanah tersebut tanpa mengorbankan kebajikan pendeposit TH. 

"Pertamanya, membeli terus tanah itu dari kerajaan persekutuan pada harga diskaun yang diberikan oleh kerajaan persekutuan kepada 1MDB. Keuntungan yang dibuat oleh TH di atas pembelian ini bolehlah dikira sebagai sumbangan kerajaan persekutuan kepada pendeposit miskin untuk mereka mencukupkan tabungan untuk naik haji; atau membeli tanah tersebut dari 1MDB pada harga “forced sale value” atau harga lelongan kerana 1MDB benar-benar terdesak untuk mendapatkan wang tunai," katanya. 

"Selalunya, syarikat yang bermasalah melelong harta mereka pada harga yang betul-betul murah dan dalam kesempatan beginilah TH boleh mendapat keuntungan yang baik dari pembelian itu," tambahnya. 

Rafizi bagaimanapun berkata, pihaknya yakin, perjanjian jual beli tanah yang melibatkan dana sebanyak RM188.5 juta ini belum dimuktamadkan kerana hak milik belum dipindah milikkan kepada TH.

"Oleh yang demikian, kontrak ini belum dikira muktamad dan 1MDB belum memenuhi semua syarat jual beli."

Sehubungan itu, Rafizi berkata, beliau menggesa Najib dan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk menggunakan kuasa mereka sekali gus menghentikan urus niaga tersebut. 

"Oleh yang demikian, ada peluang untuk menghentikan jual beli ini untuk membolehkan dana RM188.5 juta milik pendeposit TH (termasuk simpanan saya sendiri) tidak disentuh.

"Kuasa untuk meluluskan pindah milik tanah selepas sesuatu urusniaga jual beli adalah kuasa Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan yang bertanggungjawab kepada menteri wilayah persekutuan," katanya. 

PKR juga katanya, akan berusaha berterus-terusan supaya Najib akan menghentikan perkara itu. 

Rafizi berkata, TH berupaya mendapatkan tanah berkenaan dengan harga lebih rendah. 

Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan katanya perlu  memutuskan untuk meluluskan permohonan pindah milik tanah dari 1MDB kepada TH.

"Oleh kerana 1MDB gagal memastikan hak milik tanah ditukar nama kepada TH, ia gagal memenuhi syarat jual beli. Kontrak itu secara automatik juga akan terbatal  

"Oleh kerana kontrak terbatal, maka 1MDB tidak ada pilihan lain kecuali memulangkan kembali wang RM188.5 juta yang telah diambilnya dari TH," kata Rafizi. 

"Semua ini boleh dilakukan tanpa melanggar undang-undang dan Adnan yang bertanggungjawab dengan urusan Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan dan Najib yang merupakan pengerusi lembaga penasihat 1MDB," katanya. 

Selain itu, beliau turut berkata, akan memanggil satu perjumpaan dengan semua pendeposit TH pada hari Rabu depan, 13 Mei 2015 jam 9 malam  bagi melancarkan kempen mendesak supaya kerajaan persekutuan menggunakan kuasanya menghentikan penggunaan dana TH ini. – tmi

Penyimpan serbu kaunter Tabung Haji keluar wang, tuntut Azeez letak jawatan 

1MDB land sold to pay for loan interest...

The timing Tabung Haji acquisition of land from 1Malaysia Development Bhd (1MDB) gives rise to the suspicion that money was used to fund the latter's interest on its loans.

In a press release today, PKR vice-president and secretary general Rafizi Ramli (photo) said the sum of RM188.5 million paid by Tabung Haji appear to be similar to The Edge's report on 1MDB's interest payment of USD52.5 million due next week.

"Was funds from Tabung Haji depositors used to help 1MDB pay for its borrowings?

"The situation is similar to Putrajaya injecting RM950 million to 1MDB in mid-March, when 1MDB was supposed to make interest payments," said Rafizi.

Yesterday, Tabung Haji's group deputy managing director and CEO Johan Abdullah said the acquisition of land at the 1MDB-owned Tun Razak Exchange (TRX) was at a "discount".

He added that the market value of the land was assessed by an independent professional valuer and that the acquisition was in accordance to Tabung Haji's property investment strategy.

Johan was responding to the leaking of documents online, which purportedly outlined a plan for Tabung Haji to purchase two plots of land from debt-ridden 1MDB.

Putrajaya can still stop sale

The land - located in a super prime location in Kuala Lumpur - was originally sold by Putrajaya to 1MDB way below market value. Reports on the figure varies from RM74.20 per square feet to RM90 per square feet.

Based on the leaked documents, it is possible that 1MDB sold the land at RM2,779 to Tabung Haji, thereby making killing.

Rafizi said that he understood that the deal has not been finalised between Tabung Haji and 1MDB and thus there is still a chance for the authorities to prevent the transaction from happening.

He said that the land office and Federal Territories Minister Tengku Adnan Tengku Mansor can still stop the land transfer process.

"This can be done without violating any laws and it is within the purview of Tengku Adnan and Prime Minister Najib Abdul Razak, as 1MDB's advisor," he added.

Rafizi added that he would be organising a meeting for Tabung Haji contributors next Wednesday to design a campaign Putrajaya to cancel the deal. - mk

Lembaga Tabung Haji’s decision to buy 1MDB’s land for RM188.5 million has raised suspicion that it is to help the debt-laden state investor pay interest on its loans. – The Malaysian Insider pic by Nazir Sufari, May 8, 2015.
Najib guna duit Tabung Haji utk selamatkan 1MDB...
Naib presiden PAS Datuk Husam Musa berkata pengakuan Tabung Haji hari ini menunjukkan wang caruman sememangnya digunakan untuk menyelamatkan firma pelaburan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Husam berkata, pengakuan Tabung Haji hari ini juga bercanggah dengan kenyataan asal oleh pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, yang menafikan mengenai pembelian tanah milik 1MDB.

"Pembelian ini membuktikan Tabung Haji telah digunakan untuk menyelamatkan 1MDB secara kecil kecilan.

"Ini membuktikan 1MDB dalam keadaan yang amat tersepit sehingga terpaksa melibatkan institusi kewangan negara yang lain untuk menyelamatkan kedudukannya dan ini amat membimbangkan.

"Saya berpendapat pencarum berhak membantah tindakan Tabung Haji dipergunakan sesuka hati untuk menyelamatkan 1MDB," kata Husam.

Pengerusi lembaga berkenaan sepatutnya sudah tahu mengenai butiran transaksi berkenaan, katanya lagi yang mahu Abdul Azeez meletak jawatan.



“Adakah pengerusi Tabung Haji cuba berbohong?

“Jika beliau sudah mengetahuinya melalui mesyuarat lembaga Tabung Haji kenapa semalam beliau menafikannya kecuali jika beliau mempunyai niat yang tidak baik.

Tak layak pimpin Tabung Haji

“Pemimpin seperti ini tidak layak mempengerusikan lembaga sebesar Tabung Haji yang menguruskan dana awam yang besar. Saya mencadangkan beliau meletakkan jawatan pengerusi Tabung Haji," katanya.

Menurut Husam lagi, pengakuan Tabung Haji hari ini juga menunjukkan bahawa tanah berkenaan tetap dijual dengan harga yang berlipat kali ganda.

“Pada awalnya, 1MDB hanya mendapat plot pertama dengan harga RM4 juta daripada kerajaan dan kini Tabung Haji perlu membayar RM188.5 juta kepada syarikat 1MDB,” katanya.

Husam juga membangkitkan semula maklumat lain berhubung pembelian tanah tersebut yang dibocorkan dalam satu blog semalam.

Blog tersebut antara lainnya menyebut, Tabung Haji disyaratkan untuk membayar sepenuhnya harga tanah tersebut sebaik sahaja perjanjian ditandatangani.

Menurut Husam, beliau bimbang syarat tersebut mungkin akan memberi ruang untuk perbuatan pecah amanah ke atas wang caruman pendeposit Tabung Haji.

ABIM heret transaksi 'ragu' Tabung Haji ke balai polis...

Angkatan Belia Islam (ABIM) membuat laporan polis berhubung dakwaan pembelian tanah 1Malaysia Developement Bhd (1 MDD) oleh Lembaga Tabung Haji dengan harga terlalu tinggi. 

Setiausaha agung NGO itu Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata jika benar keadaan sekarang amat membimbangkan kerana ia melibatkan transaksi “meragukan” serta boleh merugikan pendeposit. 

Malah, dakwanya, ia didakwa dibuat ketika syarikat pelaburan kontroversi negara itu masih dalam siasatan jabatan audit negara. 

“Justeru, saya sebagai individu pendeposit akaun Tabung Haji sejak sekian lama serta sebagai Setiausaha Agung ABIM, salah satu NGO Islam yang bertanggungjawab untuk menjaga kepentingan masyarakat Islam di Malaysia, memohon pihak polis dan mana-mana pihak bertanggungjawab membuat siasatan segera dan mengambil tanggungjawab bagi laporan tersebut,” katanya.

Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim di Twitter menafikan dakwaan itu dan berkata akan mengeluarkan kenyataan rasmi secepat mungkin. 

Ia merujuk kepada tulisan sebuah blog The benchmark bertarikh 5 Mei yang mendakwa Tabung Haji membeli dua bidang tanah projek Tun Razak Exchange (TRX). Blog tersebut mendakwa, ia dibeli dengan harga RM194 juta (RM2,860 sekaki persegi) RM578 juta (RM3,900 sekaki persegi) sedangkan 1MDB didakwa mendapatkannya hanya dengan kos RM90 sekaki persegi.

Quit over 1MDB land denial, PAS tells Azeez...

PAS vice-president Husam Musa wants Tabung Haji chairperson Abdul Azeez Abdul Rahim to resign after denying on Twitter late last night that the pilgrimage fund bought Tun Razak Exchange land.

This is because Tabung Haji executive chairperson Johan Abdullah confirmed the purchase which was leaked on blogs but clarified the land was purchased at a discount.

Husam said the purchase is also evidence of a bail-out of sorts.


"Was the chairperson trying to lie? As a chairperson, he should know the details of the transaction as it would have been presented to the board, which he chairs.

"If he already knew, then his denial was in bad faith. Such leaders do not deserve to head a large body like Tabung Haji, which manages huge sums of public funds.

"I propose he resigns as Tabung Haji chairperson," Husam (photo) said in a statement.

Asked on Twitter yesterday, Abdul Azeez said the allegation that the pilgrimage fund had purchased 1Malaysia Development Bhd (1MDB) land at an inflated price is untrue.

"Wrong. Tabung Haji will issue a statement as soon as possible," he tweeted.

Today, Abdul Azeez clarified that he denied that Tabung Haji bought two plots as speculated in the blogs and that it only acquired one plot of land.

Johan in a statement today confirmed the purchase at RM188.5 million, "a discounted rate based on market value", but denied purchasing Signature Tower (Phase 2).

A blog posting dated May 5 claimed the fund purchased two plots of land at the TRX  – one for RM194 million (RM2,860 per square feet) and the other for RM578 million (RM3,900 per square feet).

Based on this and Johan's statement, it can be deduced that Tabung Haji confirmed the purchase of only Plot 1, for about RM2,779 per square feet.

The blog claims that 1MDB had supposedly bought the land from the government earlier for only RM90 per square feet, but 2012 reports showed that the land was bought for RM74.20 per square foot.

Forcing the son-in-law to buy

Husam said Johan's claim that the purchase is based on market price is questionable as it is multiple times what 1MDB paid.

This view is shared by fellow PAS veep Tuan Ibrahim Tuan Man (photo) who said this is becoming a family business where a patriach is twisting the arm of his son-in-law.

"This is the simple business model of 1MDB - the father sells to the son at a cheap price, and then forces his son-in-law to buy from his son at a higher price. Where does all the profit go?" Tuan Ibrahim asked.

He raised concern that next in 1MDB's sights are agencies like Lembaga Zakat, Employee Provident Fund or Felda.

He said these agencies may be next to be forced to pick up the assets 1MDB got for a song, at inflated prices.

The Muslim Youth Movement (Abim) also demanded the police and the Malaysian Anti-Corruption Commission to investigate the matter.

"We view this seriously. It can affect savings of Muslims who intend to fulfill the fifth pillar of Islam (the haj)," said Abim president Amidi Manan in a statement.

Earlier, Perlis Mufti Nohd Asri Zainul Abidin said an explanation is in order because it concerns his own future as well as the country's future. - mk

Tabung Haji: No land deal with 1MDB...

Tabung Haji denied whistleblower ..purchased plots of land owned by debt-ridden (1MDB) at an unreasonably high price.

“Wrong. TH will release a statement as soon as possible,” Azeez Rahim said

1.blog called Benchmark released a set of documents 
2.RM194mil at RM2,860 per sq ft
3.other for RM578mil at RM3,900 per sq ft.
4.claimed 1MDB awarded land at RM60 per sq ft.

Then today's news says Tabung Haji has changed their tune. Now they deny only one parcel. The other parcel is a done deal. Here is The Star again...

Simpan kat KWSP kena KEBAS...
Simpan kat Tabung Haji pun kena KEBAS... 

1.Tabung Haji clarified purchased one plot despite earlier denial by chairman 
2.CEO said it had not purchased a second parcel of land
3.Benchmark released documents detailing purchase of two plots
4.plot of land for RM194mil at RM2,860 psf
5.the other for RM578mil at RM3,900 psf
6.Tabung Haji did purchase first plot at RM188.5mil
7.deny purchase of Signature Tower (Phase Two) 
8.document leaks cannot proof investment finalised

My comments : This confirms 100% that the documents are genuine. 

The first plot has been paid for (RM188 million at RM2860 psf). 

The second plot was also approved by the Management / BOD etc of Tabung Haji for submission to the 'Menteri' for the 'Menteri's' approval (according to the documents carried by that blog).

If I am not mistaken the Menteri here is Jamil Khir Baharom. So the Menteri has approved the first RM188 million purchase. The Menteri is a b@** carrier of the PM, who is now up to his neck in the 1MDB shithole. 

Now in the land of 'I scratch your back you scratch mine' what does Jamil Khir get from signing off on this deal?  World peace? Save the whales? Hudud? Moral police?  

Dr Mahathir has pointed out that the government has been cheated of income when the TRX land was "transferred" to 1MDB for only RM60 psf ie 47 times below current market price of RM2860 psf.   

Now Tabung Haji depositors are being forced to pay 1MDB a price that is 47 times higher than what the government was paid in the first place.

So the public (ie taxpayers plus Tabung Haji depositors) have been suckered TWICE.

The Question is : if this anonymous Blog did not highlight this issue would Tabung Haji have gone ahead with the second parcel for RM578 million? I think so.

Now since the whistle has been blown, Tabung Haji will not go through with the second parcel.

Now here is the soalan cepu mas : Why the hell did Tabung Haji go through with the first parcel then? Both parcels are in the TRX. The location, psf market value, risks etc are all the same, lebih kurang. If you have cancelled the RM578 million, why did you go through with the RM188 million?  

1MDB has already got another RM950 million loan from the gomen. 

Now they have got RM188 million from Tabung Haji. 

Plus the (unmaterialised) RM578 million, the pirates at 1MDB would have carried away another 

RM950m + RM188m + RM578M =  RM1.716 BILLION  !!

Taxpayers money and  Tabung Haji depositors money.

Folks, when will this nightmare stop? 

The blogs are doing their part.  The people have to say something to save themselves, our country and our future.  - syedsoutsidethebox





cheers.

4 comments:

Anonymous said...

Bergantunglah pada Allah sebagai PELINDUNG, Pemberi Rezki dan Penyelamat kita semua, jadi jgn berkiblat kpd UMNO/BN berterusan, akidah lari tau. Solat beribu tahun tapi kalau asyik UMNO/BN sumber menyelamatkan Melayu, apa citer. Mana-mana pengundi yg masih menyokong tegar UMNO/BN tolong bantu 1MDB bayar balik duit simpanan Tabung haji kami, itu semua utk beribadat kpd ALLAH, Tuhan kita semua. keseluruhan Penabung di TH tidak menghalalkan dan membenarkan simpanan mereka digunakan utk tolong bayar hutang kesenangan orang lain. Semoga Allah memberi pengajaran sesegera nya kpd mereka yg terlibat dari yg memberi idea, yg tolong uruskan dan yg tolong luluskan, termasuk yg menyokong sekali puak-puak ini.

Anonymous said...

SEHARUSNYE SEMUA ORANG ISLAM YANG MENYIMPAN DITABUNG HAJI WAJIB MEMBUAT LAPORAN KEPADA PIHAK BERKUASA BUKAN NAJIB BUKAN POLIS MAU GHANI TIMBANG TAIL TETAPI KPD RAJA DAN PERLEMBAGAN DIATAS PENGKHIANATAN TERHADAP WANG RAKYAT TABUNG HAJI YANG DISALAH GUNAKAN OLEH PENGKHIANAT PENGKHIANT DURJANA INI BAGI MEMBANTU PENGKHIANAT UTAMANYE UNTUK MENYELEMATKAN 1 MDB. PENJENAYAH DURJANA INI SEHARUSNYE DITANGKAP OLEH PIHAK BERKUASA.KESEMUA MEREKA YANG BERKAITAN HARUS DITANGKAP.SEMUA DANA NEGARA YANG ADA SUDAH LANGSAI DISAPU HABIS KINI YANG TUNGGAL TABUNG HAJI.DARI AWAL LAGI ANAK HINDU PARIA LAKHANATULLAH AZEEZ INI DILANTIK ATAS SEBAB UNTUK MELAKIKAN PENYELEWENGAN DITABUNG HAJI.RAKAYAT HARUS BANGKIT ATAS KES INI

Anonymous said...

Sebagai orang Islam yang menabung dalam tabung Haji dengan tujuan utk menunaikan rukun islam ke-5 kita harus tentang habis2an 'bail-out'1MDNB ini.

Najib buat tahi dengan projeknya,
kita pula disuruh tanggungnya.

Cuba pikiaq mai,tanah kerajaan yang dijual kpd 1MDB dengan harga lebih kurang RM650 kaki/segi, kini tabung Haji sanggup beli dengan harga hampir RM3000 kaki/segi.

Yang untung sapa? bukan kerajaan tapi penyangak2 dan mastermind 1MDB sendiri(taulah sapa orangnya)

Marilah kita sembayang hajat agar duit tabung haji tak dipelahap oleh barua2 ini. Jom kita minta pengerusi dan menteri yang jaga Tabung Haji tu berhenti serta merta.

wasalam.

Anonymous said...

Semua ahli pengarah dan pengurusan tabung haji makan duit haram dari wang yang di simpan oleh pendeposit yang menyimpan bertujuan untuk menunaikan haji. kalau nak tengok bukti tengok perut perut semua ahli lembaga pengarah dan pengurusan tu, semua nya buncit belaka.