09 May 2015

Cakap-cakap Pak Pandiaq...


Maka Pak Pandiaq pun bukalah empunya cerita,konon2 ataih nasihat ketua 1MDB, 
tanah yang dibeli itu akan dijual balik. Awat hang ingat kat orang Islam lain tak dak duit kah...

You DID NOT receive ADVICE....you receive INSTRUCTIONS to sell. 

You are just an office boy there.

If  UMNO says jump you ask how high. 

If  UMNO says be quiet you ask for how long.

If UMNO says makan tahi you ask tahi sapa...


Azeez Abdul Rahim said that the fund has been advised by Najib to sell the land in order to respect the "sensitivity" of Tabung Haji depositors.

Azeez said Najib had advised him to dispose of the land so that the fund's reputation is not "tarnished" due to its business transaction with 1MDB.

The land will be sold to a buyer at a profit of at least RM5 million and will be concluded within the next few weeks, Azeez told a press conference today.

Tabung Haji jual tanah dibeli daripada 1MDB...

What a dumb piece of advice. This stupid action does not help Tabung Haji's reputation at all brader. TH's reputation is already tarnished.

Now Tabung Haji is being used to clean up 1MDB's mess.  This reminds me of money laundering - 1MDB got the land through unethical means from the gomen.

Then to make it more 'legitimate' 1MBB sells the ill gotten land for RM184 million to Tabung Haji, also through unethical means. (If it is ethical why are you selling it doh?)

Now to clean up the mess it becomes Tabung Haji's responsibility pula to resell the land.  Pasal apa pula Tabung Haji kena cuci jamban 1MDB? 

Here is what Tabung Haji should do. Cancel the sale. Cancel the transaction and ask 1MDB to refund back the RM188.0 million. End of story.

Then after that 1MDB can go and find another SUCKER  to buy the land for RM193 million !!

Pasal apa Tabung Haji nak jadi tukang cuci jamban untuk 1MDB?

And who is the idiot who will buy this land for RM5 million extra when the land has been most recently valued at RM5 million less? Who is the idiot?

1MDB baru jual tanah ini dengan harga RM188 juta. Habis siapa pula yang bodoh sangat sanggup beli tanah yang sama dengan harga RM193 million?

And this is commercial land. The buyer must pay GST 6%. That is an extra RM2.2 million. So the buyer must pay RM193 + RM2.2 = RM195.2 million.

And TH must pay RPGT of 30%. That is at least RM1.5 Million.

This is becoming really stupid. 

Just cancel the deal. 

Better still just return the land back to the gomen.  This land was unethically acquired from the gomen. So just return the land back to 1MDB and 1MDB return the land back to the gomen.  This land belongs to the people.

CONCLUSION : What next for Tan Sri Muhyiddin and other UMNO leaders who care about YOUR survival in 2018? 

The next step is dissociate yourselves from the PM. He is leading you down the toilet. The next step is make a public statement that the PM must resign and go away. 

Enough is enough. This nightmare must end. 

Please make a public statement that the PM must resign, step down and go away. This is no more a matter of conflict of interest for you Tan Sri Muhyiddin. 

This is a matter of the country's survival. UMNO and BN as well. The country and the fate of our people are far more important than your personal considerations.

Just tell Najib to resign and go. Make a public statement. 

Paling ramai ahli UMNO dan seluruh negara menunggu Tan Sri mengambil langkah yang betul, langkah yang sudah long overdue (please remember I said this to you two years ago.) 

The whole country will fall in behind you. Just tell the PM to resign and be gone. - syedsoutsidethebox.



video
Rafizi- Saya dah kasi warning dulu / Dr.M - TH memang 'bailout' 1MDB... 

Tak sampai dua bulan saya bagi amaran di Parlimen jangan sentuh Tabung Haji, selepas meroyan di Parlimen mereka pakai juga duit Tabung Haji. Sebenarnya perkara ini boleh dihentikan dengan mudah - PTG WP tolak permohonan pindahmilik, 1MDB kena kembalikan dana seperti kenyataan saya dibawah. 

DATO’ SERI NAJIB ADA KUASA HENTIKAN PEMBELIAN TANAH 1MDB OLEH TABUNG HAJI, PULANGKAN WANG TABUNG HAJI

Pembelian tanah 1.56 ekar oleh Lembaga Urusan Tabung Haji (atau “TH”) dari 1MDB yang melibatkan pembayaran RM188.5 juta wang pendeposit TH kepada 1MDB akan selama-lamanya dilihat sebagai usaha menyelamatkan (“bail-out”) 1MDB. Tanah itu pula dilaporkan dibeli pada harga yang cukup murah oleh 1MDB dari Kerajaan Persekutuan iaitu pada harga RM74.20 satu kaki persegi dan dijual pada harga berkali-kali ganda mahalnya (iaitu pada harga RM2,779 satu kaki persegi) kepada Tabung Haji.

Lebih mencurigakan, nilai jualan RM188.5 juta itu lebih kurang serupa dengan nilai pembayaran faedah pinjaman yang perlu dilunaskan oleh 1MDB bagi hutang-hutangnya. Mengikut laporan akhbar perniagaan The Edge, 1MDB perlu membayar faedah pinjaman sebanyak USD52.5 juta (bersamaan RM188.5 juta) minggu depan.

Apakah penggunaan duit pendeposit Tabung Haji ini adalah bertujuan untuk membantu 1MDB membayar faedah pinjamannya?

Keadaan ini hampir sama dengan tindakan Kerajaan Persekutuan menyuntik RM950 juta ke dalam 1MDB pada pertengahan Mac lalu iaitu pada tarikh yang hampir sama dengan tarikh bayar faedah hutang 1MDB.

Saya tidak menafikan bahawa tanah 1.56 ekar yang dibeli itu berpotensi untuk dimajukan. Namun, tanah itu pada asalnya adalah tanah milik Kerajaan Persekutuan dan tidak sewajarnya 1MDB membuat untung atas angin dengan mengambil wang pendeposit TH; lebih-lebih lagi jika dana itu kemudiannya digunakan untuk membayar faedah hutangnya.



Ada dua cara terbaik TH membeli tanah tersebut tanpa mengorbankan kebajikan pendeposit TH, iaitu:

1. Pertama – membeli terus tanah itu dari Kerajaan Persekutuan pada harga diskaun yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada 1MDB. Keuntungan yang dibuat oleh TH di atas pembelian ini bolehlah dikira sebagai sumbangan Kerajaan Persekutuan kepada pendeposit miskin untuk mereka mencukupkan tabungan untuk naik haji; atau

2. Kedua – membeli tanah tersebut dari 1MDB pada harga “forced sale value” atau harga lelongan kerana 1MDB telah benar-benar terdesak untuk mendapatkan wang tunai. Selalunya, syarikat yang bermasalah melelong harta mereka pada harga yang betul-betul murah dan dalam kesempatan beginilah TH boleh mendapat keuntungan yang baik dari pembelian itu

Saya yakin bahawa perjanjian jual beli tanah yang melibatkan dana sebanyak RM188.5 juta ini belum dimuktamadkan kerana hakmilik belum dipindakmilikkan kepada TH. Oleh yang demikian, kontrak ini belum dikira muktamad dan 1MDB belum memenuhi semua syarat-syarat jual beli.

Oleh yang demikian, ada peluang untuk menghentikan jual beli ini untuk membolehkan dana RM188.5 juta milik pendeposit TH (termasuk simpanan saya sendiri) tidak disentuh. 

Kuasa untuk meluluskan pindahmilik tanah selepas sesuatu urusniaga jual beli adalah kuasa Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan yang bertanggungjawab kepada Menteri Wilayah Persekutuan, YB Dato’ Seri Tengku Adnan Mansor.

Oleh yang demikian, KEADILAN akan menggembleng tenaga untuk menekan supaya Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Dato’ Seri Tengku Adnan Mansor menggunakan kuasa mereka untuk menghentikan urusniaga jual beli ini secara berikut:

1. Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan memutuskan untuk meluluskan permohonan pindahmilik tanah dari 1MDB kepada TH;

2. Oleh kerana 1MDB gagal memastikan hakmilik tanah ditukar nama kepada TH, ia gagal memenuhi syarat-syarat jual beli. Kontrak itu secara automatik juga akan terbatal;

3. Oleh kerana kontrak terbatal, maka 1MDB tidak ada pilihan lain kecuali memulangkan kembali wang RM188.5 juta yang telah diambilnya dari TH.

Kesemua ini boleh dilakukan tanpa melanggar undang-undang dan ia adalah dalam bidang kuasa Dato’ Seri Tengku Adnan Mansor (yang bertanggungjawab dengan urusan Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan) dan Dato’ Seri Najib Tun Razak (Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB).

Sebagai permulaan, saya akan memanggil satu perjumpaan dengan semua pendeposit Tabung Haji pada hari Rabu depan, 13 Mei 2015 jam 9 malam (tempat akan diumumkan kelak) untuk melancarkan kempen mendesak supaya Kerajaan Persekutuan menggunakan kuasanya menghentikan penggunaan dana TH ini.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG 
AHLI PARLIMEN PANDAN

CEO/Pengarah Tabung Haji adalah 
ahli Lembaga Orang 1MDB...

1. Pusing sana-pusing sini rupa-rupanya pihak pengurusan tertinggi Tabung Haji adalah orang besar juga dalam 1 MDB.

2. Saya merujuk kepada berita The Edge hari ini dan menyemak nama-nama tersebut di laman web Tabung Haji dan 1 MDB. Sungguh mengejutkan. Ianya secara tidak langsung menzahirkan kewujudan elemen "conflict of interest"..

3. Siapakah mereka itu..? ;

a) Tan Sri Ismee Ismail, CEO dan Pengarah Urusan Tabung Haji merupakan ahli Lembaga Pengarah 1 MDB

b) Dato' Johan Abdullah, Timbalan CEO dan Timbalan Pengarah Urusan Tabung Haji merupakan Pengerusi anak syarikat 1 MDB iaitu 1MDB Edra Energy Sdn Bhd

c) Tan Sri Datuk Dr. Abdul Samad Haji Alias, Ahli Panel Pelaburan Tabung Haji merupakan Ahli Panel Penasihat 1 MDB

d) LTH to answer six questions related to the land purchase.”

4) Isu ini begitu besar kerana Tabung Haji merupakan insitusi milik ummat Islam. Duit yang disimpan oleh pendeposit itu adalah hasil titik-peluh mereka untuk menunaikan Haji, maka amatlah zalim jika Tabung Haji dipergunakan oleh orang politik untuk menyelamatkan 1 MDB yang sedang mengalami masalah kritikal apabila hutangnya kini sudah pun mencecah RM 42 Billion.

5) Bukankah Tabung Haji dan 1 MDB adalah institusi dan syarikat yang sama di bawah seliaan kerajaan pusat.? Hebat perniagaan mereka ini. 

Tanah dulu dibeli oleh 1 MDB hanya RM60/kaki kemudian sekarang dijual kepada Tabung Haji dengan harga RM2860/kaki..

6) Adakah ummat Islam masih boleh berdiam diri dan berpeluk tubuh melihat kebobrokan yang dilakukan oleh pemerintah ini..?

Kesemua yang bersekongkol dengan projek menyelamatkan 1 MDB yang hampir karam ini perlu diingatkan, mereka bukan sahaja bertanggungjawab kepada rakyat tetapi perlu menjawab juga di Mahkamah Allah kelak.

Amanah rakyat usahlah dipermainkan sebegitu sahaja...

Syed Ahmad Fadhli,
Penyelidik di Pusat Penyelidikan PAS

The Tabung Haji trio with 1MDB links...

Three top officials in Tabung Haji are directly involved with debt-laden 1Malaysia Development Bhd (1MDB), which raises the question of conflict of interest in a recent deal involving the two entities.

Yesterday, Tabung Haji admitted that it is acquiring a plot of land in the Tun Razak Exchange site from 1MDB for a sum of RM188 million.

This sparked controversy because it is widely known that 1MDB bought the land for the Tun Razak Exchange project from the federal government at a price that was far below market value.

Following this, Umno Youth and Umno supreme council member Saifuddin Abdullah zeroed in on the fact that this deal could be tainted by conflict of interest.

The three figures are:

Ismee Ismail

Ismee is the Tabung Haji group managing director and CEO. He also sits on the 1MDB board.

Johan Abdullah

Johan is the Tabung Haji deputy group managing director and deputy CEO. He is also the chairperson of 1MDB subsidiary Edra Global Energy Sdn Bhd.

Edra acquired three power assets from Powertek (formerly known as Tanjong Energy), Genting Sanyen and Jimah.

Abdul Samad Alias

Abdul Samad sits on the Tabung Haji investment panel.

He also sits on the 1MDB advisory board, which is chaired by Prime Minister Najib Abdul Razak. - mk


mahathir, Tabung haji
Mahathir: TH memang 'bailout' 1MDB...

1. Tiada ada Negara yang begitu berjaya mengumpul wang dari orang Islam yang berhajat untuk mengerja haji dari Malaysia dengan Tabung Hajinya.

2. Wang yang ditabung sejak ditubuh Tabung Haji sudah meningkat sehingga ribuan juta Ringgit. Wang ini boleh dilabur supaya keuntungan dapat membantu pengurusan tabung haji dan subsidi kepada bakal haji.

3. Wang tabung haji adalah dari pencarum dan Tabung Haji hanya diamanahkan untuk mengurus dengan baik, dengan cara yang dihalalkan oleh Islam. Wang ini bukan milik Tabung Haji.

4. Amatlah menyedihkan apabila wang ini diguna untuk bailout (pemulihan) hutang 1MDB.

5. Tanah Tun Razak Exchange seluas 70 ekar dibeli oleh 1MDB dengan harga RM194.1 million untuk 70 ekar.



6. Sekarang Tabung Haji membeli satu setengah ekar dengan harga 188.5 million Ringgit, hampir sama dengan harga 1MDB beli 70 ekar. Untung besarlah 1MDB. Sebenarnya tanah ini, asalnya untuk mengadakan pusat dagangan bumiputra. Tetapi 1MDB telah mengenepikan projek ini.

7. Inikah cara Tabung Haji mengguna duit orang ramai yang diamanahkan kepadanya. Pencarum berharap duit yang disimpan dengan Tabung Haji diurus untuk kebaikan mereka tetapi wang ini diguna untuk menyelamatkan 1MDB yang telah hilangkan berbillion Ringgit.

8. Rancangan ini perlu dibatal sekarang juga.

9. Tunku Aziz berkata dia sedia menyiasat Jho Low dan Riza Aziz jika saya buat laporan. Sebenarnya laporan telah dibuat oleh pihak lain tetapi tidak ada siasatan yang dibuat oleh sesiapa. Sebaliknya pihak yang melapor dimufliskan dan rumahnya telah digeledah.

10. Jika Tunku Aziz begitu prihatin terhadap gejala rasuah, siasatlah dan laporlah kes-kes berkenaan. Buktikan juga yang saya lesap duit kerajaan!!

Jika tidak dapat diam sajalah.-Dr.Mahathir

Dr M - Tabung Haji money is for pilgrims,not for 1MDB...

Dr Mahathir Mohamad has demanded that Tabung Haji cancels it land purchase from 1Malaysia Development Bhd (1MDB) which he described as a "bailout".

"Is this how Tabung Haji uses public money entrusted to it?

"Contributors hope for their money with Tabung Haji will be managed for their good, but the money is being used to rescue 1MDB, which has lost billions of ringgit.

"This plan must be called off immediately," the former prime minister in in his blog posting today.

Mahathir's remarks puts Housing and Local Government Minister Abdul Rahman Dahlan (right) in an awkward position after he called PKR vice-president Rafizi Ramli a "clown" for saying the same thing.

"Don't be a political clown. Don't pretend that you don't know the difference between an investment and a bailout," Rahman had said in a Twitter posting today.

Mahathir pointed out the price Tabung Haji was paying for a small fraction of 1MDB's 70-acre Tun Razak Exchange land is almost equivalent to cost of the entire area first paid for by 1MDB.

"The Tun Razak Exchange with an area of 70 acres was bought by 1MDB at the price of RM194.1 million.

"Now, Tabung Haji is buying half an acre for RM188.5 million, almost the same price as 1MDB bought the whole 70 acres. It's a big profit for 1MDB," he said.

Mahathir added that the area was initially meant for a bumiputera trade centre, but the plan was scrapped by 1MDB.

He said the money used is not owned by Tabung Haji, which is expected to manage it well and according to Islamic principles.

"It is very sad when the money is used to bailout 1MDB," Mahathir said. - mk


Johan Abdullah, Tabung Haji, OSA
“Kebocoran maklumat di pihak pengurusan Tabung Haji itu 
akan disiasat di bawah Akta Rahsia Rasmi,”- KPN


Urusniaga Tabung Haji-1MDB: Mengapa bertindak kepada pendedah maklumat...

Anda buat perkara yang tidak sepatutnya dilakukan, kemudian bila ada yang membongkarnya, anda buat laporan dan cuba menyumbatnya ke penjara.

Nampaknya itulah modus operandi sesetengah syarikat berkaitan kerajaan kita kini. Dan entah dengan logik apa, pihak yang membangkitkan kelakuan mereka kepada orang ramai dikenakan tindakan.

Mangsa terbaru fenomena tidak masuk akal ini barangkali seorang penulis blog yang tidak dikenali, yang mendedahkan dokumen sulit menunjukkan Tabung Haji membuat pelaburan masalah dengan badan bermasalah, 1MDB.

Penulis blog itu baru-baru ini menyiarkan keratan dokumen, menunjukkan urusniaga “lumayan” dan “yang dipercepatkan” antara Tabung Haji dan 1MDB – melibatkan kira-kira RM770 juta.

Namun, Tabung Haji menafikan laporan yang ia telah membeli dua plot tanah daripada 1MDB, dan mengatakan mereka hanya membeli satu plot, dengan harga diskaun RM188.5 juta.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Johan Abdullah berkata pelaburan itu selaras dengan perancangan strategik Tabung Haji untuk fokus dalam pembangunan hartanah di pasaran domestik.

Beliau kemudian membuat laporan polis terhadap blog yang membocorkan dokumen sulit tersebut.

Ketua Polis Negara (KPN) Khalid Abu Bakar hari ini berkata, kes itu akan disiasat di bawa Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Ini mungkin kembali mengingatkan kita tentang kemelut National Feedlot Corporation (NFC). Rafizi Ramli didakwa kerana mendedahkan penglibatan keluarga Ketua Wanita Umno Shahrizat Abdul dalam pelaburan meragukan syarikat itu.

Ia termasuk pembelian kondominium mewah menggunakan dana daripada kerajaan.

Rafizi didakwa kerana menyalahi Akta Bank dan Institusi Kewangan (Bafia) kerana mendedahkan maklumat bank pengerusi NFC Mohamad Salleh Ismail yang juga suami kepada Shahrizat.

Agak jelas ia adalah kes tindakan kepada pendedah salah laku, bukannya pelaku. Yang menyedihkan, sejarah nampaknya mungkin berulang dalam isu Tabung Haji dan 1MDB ini.

Jika Tabung Haji memang berurusniaga dengan 1MDB, mengapa tidak maklumkan sahaja kepada orang ramai, sebelum ia didedahkan oleh pihak ketiga? Apa yang cuba disembunyikan?

Bukankah ia melibat wang hasil titik peluh ribuan orang Islam. Kalaulah penulis blog itu tidak mendedahkannya, adakah Tabung Haji merancang untuk mendiamkan hal ini selamanya?

Lagi pun, bukankah individu itu mendedahkan dokumen itu untuk kepentingan awam – tentang Tabung Haji yang melabur jutaan ringgit dalam entiti yang kini sedang diaudit?

Bukankah individu itu yang sepatutnya dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat? Akta ini sememangnya untuk melindungi kakitangan awam dan pihak lain yang membangkitkan apa-apa salah laku.

Menurut peguam perlembagaan Syahredzan Johan, masalah mungkin dengan bagaimana Akta itu sendiri digubal.

“Masalah mungkin ada dalam akta itu sendiri. Ia hanya memberi perlindungan kepada mereka yang membuat laporan rasmi dengan badan penguatkuasa, seperti polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Di saat ramai orang ada krisis kepercayaan dengan institusi kerajaan, ini bukanlah cara yang terbaik untuk menggalakkan pemberian maklumat,” katanya kepada Semut Harian.

Syahredzan menyebut pengumuman pantas polis yang mereka akan menyiasat laporan yang dibuat Tabung Haji, sedangkan ada banyak laporan terhadap 1MDB yang masih dibiarkan.

“Ini memberikan persepsi yang pihak berkuasa lebih cenderung memburu mereka yang mendedahkan salah laku, bukan pelaku sendiri,” katanya lagi. 

Hanya ada dua cara sahaja yang boleh dilakukan. Pertama, meminda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat bagi membolehkan rakyat mendedahkan maklumat untuk kepentingan awam dengan cara mereka sendiri, tanpa takut dikenakan tindakan. 

Ataupun, menjadikan badan penguatkuasa lebih “dipercayai” di mata orang ramai.- V Shuman,theantdaily

Suka pakaian putih, buat jenayah pun suka jenayah kolar putih...
Selawat selawat juga, rembat tetap rembat...


Mat Malaya dan Noh Omar adalah adik beradik.Masih ingat kes dadah yang sampai sekarang tak selesai.Rupa2nya dia dah pindah ke Sabah dan menjadi samseng disana...
Story kat SINI dan SINI  

Polis kata kritik GST dianggap menghasut,apa macam sekarang...


cheers.

No comments: