19 May 2015

Mahathir tak bohong, saya pun tak bohong...

Pandikar Amin akhirnya mengaku letak jawatan sebelum ini... 

Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini mengakui menghantar surat peletakan jawatan kepada perdana menteri, membenarkan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad pada Sabtu.

Bagaimanapun, beliau tidak meneruskan hasratnya melepaskan jawatan sebagai speaker Dewan Rakyat selepas Datuk Seri Najib Razak bersetuju menyelesaikan masalahnya.

Sehubungan itu, beliau akan meneruskan tugasnya sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat, beliau memberitahu satu sidang media di kediamannya hari ini.

Semalam, Dr Mahathir berkata Pandikar memalukannya apabila menafikan perkara itu. 

"Dia (Pandikar) memalukan saya dengan kata dia tak 'resign'. Dia datang jumpa saya, dia cerita perasaan tidak puas hati dengan Najib.

"Dia kata tak jadi speaker dah, dia cerita tidak puas hati layanan Parlimen sebagai speaker. Apa yang perlu dia buat, dia kata bagi surat dah kat Najib nak letak jawatan," kata Dr Mahathir selepas pelancaran buku bertajuk "Dr Mahathir: Selected Letters to World Leaders" bahagian 2 di Putrajaya.

Katanya, "tak baik" Pandikar membuatkan beliau dilihat seperti berbohong. – tmi

Pandikar did hand in quit letter but...

Dewan Rakyat Speaker Pandikar Amin Mulia has clarified that former prime minister Dr Mahathir Mohamad did not lie about his resignation.

"Mahathir did not lie and I did not lie either.

"All this is known by the prime minister (Najib Abdul Razak)," Pandikar told reporters at his official residence in Kuala Lumpur this afternoon.

Yesterday, Mahathir said Pandikar's denial about his resignation had left him red-faced and gave the impression that he (Mahathir) was a liar.

Last Saturday, Mahathir disclosed that Pandikar had resigned but Pandikar issued a denial several hours later.


Pandikar (photo) said it was not his attention to  embarrass  the former prime minister, but he thinks Mahathir is too engrossed in toppling Najib that he revealed his (Pandikar's quit) intention in Ipoh last Saturday.

He said he did bare his soul to Mahathir, whom he respected, and was shocked that the former prime minister disclosed it at a public event.

"Firstly, I would like to apologise to Tun for what I said today, it it hurts his feeling.

"To me, Mahathir's statement has embarresed himself as he had broke personal confidential ethics between individuals who are discussing things not meant for the public.

"Maybe, in Tun Mahathir's excitement, he did not advise me to discuss my problems with Najib, rather he asked me to resign immediately," Pandikar said.


'I want to continue my job independently'


He said he did not want to be involved in the ruckus between Najib and Mahathir and wanted to continue his job as the speaker independently.

He also asked the reporters not to chase him at his office or in the Parliament lobby to get clarifications regarding the issues.

"This is a 'kampung' man. With 'kampung' integrity. Im not involved with any kind of hanky panky.

"I told no one in advance about this press conference. I'm a grown man. I'm 60 years old already," Pandikar added. - mk

Speaker reveals striving for independence...

Pandikar Amin Mulia has lamented that the upgrades he sought have not been implemented despite having taken up the post seven years ago.

"All these upgrades are my vows when I took office in 2008. Now after seven years if I can't do it, better I just leave," he told reporters at his official residence in Kuala Lumpur today.

Among the transformations the Dewan Rakyat speaker wanted was the abolishment of the minister in charge of parliamentary affairs post, currently held by Shahidan Kassim (photo).

He said the move would help restore faith in his independence as the house speaker.

"This is to make sure that the public did not see the speaker as only following instructions from the executive body, this is against the separation of powers doctrine," he added.

Pandikar also commented on the condition of his office since former premier Dr Mahathir Mohamad cited the shabby furniture as one of the reasons for the speaker deciding to quit.

The speaker said Parliament needed to be upgraded as it housed the 222 "cream of the crop" leaders who spearhead the country's system.

"If the executive has Putrajaya, and the judiciary has Palace of Justice, why not parliament?" he asked.

Parliamentary Bill committee

Pandikar said he also suggested to Prime Minister Najib Abdul Razak that the Parliamentary Bill committee be introduced.

This, he added, was to enhance and refine a Bill before it is brought to the parliament table which would speed up the process of tabling it.

Another suggestion was to allocate "minister time" to allow MPs to ask ministers regarding current affairs as practiced by the parliaments in developed countries.

He said he gave Najib "reasonable time" to implement the suggestions and threatened to resign if not implemented.

Pandikar held the press conference to clear the air about his "resignation" after it was raised by Mahathir last Saturday.

The speaker explained that he did tender his resignation but decided to remain in the post after Najib promised to transform Parliament. - mk

Dr M: Pandikar kasi saya malu saja.Macam saya pula pembohong...

Tun Dr Mahathir Mohamad bertegas bahawa speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia memang menyatakan hasratnya untuk berundur ketika mereka berdua bertemu.

“Beliau mengaku (ketika) dia jumpa saya. Saya tak suruh. Dia jumpa saya dia kata tak puas hati dengan kerajaan.

“Dia kata nanti nak bersidang dia akan beritahu PM nak letak jawatan,” katanya.

Justeru, kata Mahthir, penafian Pandikar kemudiannya tentang perkara itu telah memalukan dirinya kerana beliau seolah-olah berbohong.

"Dia memalukan saya dengan kata dia tak letak jawatan. Sedangkan dia jumpa saya. Saya tak suruh dia datang jumpa pun.

"Dia kata dah bagi surat pada Najib. Saya cuma ulang apa dia kata. Dia kata saya ni macam bohong. Malulah saya," katanya pada sidang media selepas pelancaran buku jilid kedua “Surat Kepada Pemimpin Dunia” di Putrajaya hari ini.

Ditanya sama ada beliau akan menemui Pandikar selepas ini, Mahathir hanya berkata: "Tak tahulah."
- mk


Dr M: Pandikar made me look like a liar...

Dewan Rakyat Speaker Pandikar Amin Mulia has left Dr Mahathir Mohamad red-faced.

Mahathir said Pandikar's denial about having tendered his resignation created the impression that the former premier told a lie.

"He embarrassed me by saying he is not resigning. He came and met me. I did not ask him to come and see me.

"He said he had given his (resignation) letter to (Prime Minister) Najib (Abdul Razak). I just repeated what he (Pandikar) told me.

"But he made me sound like a liar, this has embarrassed me," the former premier told reporters after a book launch in Putrajaya.

Asked if he would meet Pandikar after this, Mahathir replied: "I don't know."

Earlier, Mahathir told his audience that Pandikar was upset about the shabby furniture in his office and claimed that perhaps the government had rectified this.

On Saturday, the former premier claimed that Pandikar had resigned.

Hours later, the speaker issued a statement denying this.

The following day, Pandikar admitted meeting Mahathir, but claimed that his resignation was not discussed.

"It was a meeting between leaders to discuss what is happening to the country.

"But when he said the speaker wants to (resign), maybe it is because I am disappointed with the current Parliament, which always brings up petty matters," he had said.- mk


Najib dah bagi habuan kat Pandikar...

Sabtu lalu ketika mengadakan road show di Ipoh Perak, Dr Mahathir Mohamad mengumumkan bahawa Speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia mungkin akan meletakkan jawatan. Pandikar sudah menafikannya tetapi beliau mengakui ada menemui Dr Mahathir yang dianggap sebagai mentor kepada semua pemimpin politik di negara ini.

Dalam pertemuan dengan Dr Mahathir beliau meluahkan kekecewaannya dengan apa yang berlaku dalam politik Malaysia masa kini.

Menurut sumber, Pandikar meluluskan permohonan bekas ahli parlimen Permatang Pauh, Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara selama lima tahun di Penjara Sungai Buloh untuk menghadiri sidang Dewan Rakyat tetapi keputusan itu di'overruled' oleh Perdana Menteri Najib Razak.

Itu yang membuatkan Pandikar kecewa. Pandikar adalah seorang yang ada prinsip. Beliau pernah menjadi senator dan dilantik Menteri di Perdana Menteri mewakili parti PBS salah satu komponen BN.

Ketika menjadi menteri pada tahun 1990an beliau hebat mematahkan hujah pembangkang.

Tetapi kerana prinsip beliau meninggalkan PBS dan menubuhkan parti Angkatan Keadilan Rakyat (AKAR) salah satu parti nyamuk di Sabah.

Beliau bersama Mark Koding yang tidak dapat menerima kepimpinan Joseph Pairin Kitingan lagi. Turut serta dalam AKAR ialah bekas Timbalan Menteri Buruh, Kalakau Untol dan Haji Juhar Mahiruddin (kini Yang Dipertuan Negeri Sabah).

Dalam pilihanraya umum negeri Sabah 1990, AKAR gagal memenangi sebarang kerusi. Apabila Umno masuk ke Sabah pada tahun 1991, Pandikar dan Haji Juhar menyertai Umno. Pandikar dari suku kaum Irranun menang kerusi di DUN Tempasuk dan dilantik sebagai menteri dalam kerajaan negeri apabila BN menumbangkan PBS melalui lompatan ADUN PBS, Datuk Seri Lajim Okin ke dalam Umno.

Sebagai bekas wartawan akhbar Watan di Sabah, saya rapat dengan Pandikar. Malah beliau pernah beritahu saya bahawa beliau pernah jadi menteri negeri, menteri persekutuan, Speaker Dewan Rakyat, cuma satu sahaja yang belum pernah beliau pegang jawatan iaitu Ketua Menteri Sabah.

Ini bermakna jika Najib mengarahkannya bertanding di DUN Sabah untuk dilantik Ketua Menteri, beliau terima arahan itu. Sesiapa yang masuk politik sudah tentu bercita-cita mahu menjadi Ketua Menteri. Pandikar pun sama tetapi peluang yang tidak ada.

Apabila dilantik Speaker Dewan Rakyat pada tahun 2008, Pandikar melepaskan jawatan Ketua Umno Bahagian Marudu kerana sebagai Speaker beliau mahu dilihat berkecuali tidak memihak kepada mana-mana ahli parlimen sama ada ahli parlimen BN atau pembangkang.

Ternyata di Dewan Rakyat Pandikar dilihat cuba berlaku adil kepada semua ahli parlimen. Beliau cuba beri ruang kepada semua ahli parlimen berbahas tanpa mengira parti. Pandikar dengan suara lembut cuba menasihati mana-mana ahli parlimen yang melanggar peraturan persidangan. Bila ada ahli parlimen yang degil maka beliau terpaksa menghalau keluar dari Dewan.

Menurut sumber, Pandikar tidak jadi meletakkan jawatan kerana Najib menawarkan projek bernilai RM400 juta kepada beliau. Betulkah Pandikar?

Jika betul, ini bermakna anda sudah menjual prinsip anda. Kalau begini gaya kepimpinan Najib membeli pemimpin Umno, memang sukar Dr Mahathir mahu menumbangkan Najib.

Najib semakin berani menyerang Dr Mahathir kerana beliau boleh membeli sesiapa sahaja sekarang.

Jika keadaan ini berterusan, Najib menang dalam peperangannya dengan Dr Mahathir tetapi kalah dalam PRU akan datang. Kerana keputusan PRK Rompin dan Permatang Pauh menunjukkan sokongan rakyat terhadap BN semakin luntur.

Seperti kata Muhyiddin Yassin, dua peratus sokongan lari dari BN pada PRU akan datang, BN tidak akan dapat simple majoriti.

Jika ia berlaku, Najib menang melawan Dr Mahathir tetapi dia kalah menentang Pakatan Rakyat. Dr Mahathir mahu menyelamatkan Umno tetapi Najib mahu menyelamatkan dirinya sendiri.- Zabidi Saidi 

Did Najib mollify Pandikar to stay put?

1MDB is a scam job untuk balun duit rakyat...

1MDB ialah sebuah lubang hitam dalam cakrawala negara kita. Dan lubang hitam ini diujudkan oleh PM Najib Tun Razak.

Dia dan lembaga pengarah, sebelum dan sekarang, semua bertanggung jawab keatas musibah kewangan yang melanda negara.

Ia melanda negara sebab kerajaan menjamin banyak hutang yang diambil oleh syarikat persendirian ini. Kerajaan tidak ada bisness untuk membantu syarikat yang bukan GLC, bukan badan berkanun dan bukan milik negara.

Kenapa PM jadi penasihat dan kenapa kerajaaan menyokong sangat syarikat ini?  

Akhirnya, rakyat Malaysia melalui kecuaian dan kebodohan menteri kewangan di tipu oleh beberapa orang Cina yang dketuai oleh Jho Low, Li Lin Sit, Patrick Mahoney dan Tarek Obaid. List penyangak ini belum muktamad sehingga suatu penyiasatan terperinci dilakukan.

Sejak dari mula 1MDB ialah syarikat shell atau kosong yang diujud untuk membalun duit Malaysia. Dari mula ketika membuat suatu JV dengan PetroSaudi, 1MDB melabur sebanyak USD1 billion yang kesemua nya, akhir nya, masuk dalam akaun yang dkuasai oleh Jho Low.

Dan ini perkara yang semua rakyat Malaysia mesti tahu. CEO 1MDB tidak boleh meluluskan pemindahan USD1 billion kemana mana tanpa persetujuan lembaga pengarah. Ini bererti lembaga pengarah semua bersalah dan bertanggung jawab. 

Saya sangat berharap, lembaga pengarah  tidak akan kata bahawa mereka mendapat arahan. Sebab hanya yang boleh beri arahan ialah penasihat 1MDB iaitu PM sendiri. 

Jika di negara Cina, semua mereka ini, lupakan jika mereka Melayu- akan dibariskan depan penembak. Kalau di Korea Utara akan di tembak dengan anti-aircraft gun.

Dan kerajaan sendiri- mengapa menjamin peneribitan bon yang pertama iaitu sebanyak RM5 billion untuk 30 tahun pada kadar kupon 5.75%? 

Jaminan kerajaan ini adakah ianya dululus oleh cabinet?
 Jika cabinet tidak tahu, maka yang membuat keputusan mengenai kewangan ini ialah menteri kewangan Malaysia. 

Menteri iu ialah Naib Tun Razak. Dia mesti bertanggung jawab.
Jaminan kerajaan Malaysia bukan UMNO dan BN punya. Ia melibatkan seluruh rakyat Malaysia. 

Sebab jika 1MDB tidak mampu bayar mana2 terbitan bon dan hutang yang dijamin oleh kerajaan, maka kerajaan akan bayar dengan duit rakyat.

Mengapa membiarkan negara ditipu oleh jho low dan rakan2 nya dengan mereka mencipta dan membuat akuan palsu bahawa petrosaudi mempunyai telaga minyak di Turkemenistan dan lain2 tempat? Sedangkan pada kebenaran nya, mereka tidak mempunyai apa apa asset lansung.

Mengapa USD 1 billion atau lebih, yakni bahagian pelaburan dari 1MDB ditukar menjadi hutang kepada  petrosaudi?Kenapa tidak ambil tindakan undang2 untuk mendapatkan wang ini?

Sudahlah ditukar menjadi hutang apabila tenyata, Petrosaudi hanya shell company yang tidak ada asset apa2, ada pula perjanjian yang 1MDB mesti memberi pinjaman kepada Petrosaudi.

Dato Najib tidak perlu berdolak dalih lagi. 1MDB is a scam job untuk balun duit rakyat. Ada kes outright embezzlement apabila USD 1 billion atau lebih dibenarkan berpindah kedalam akaun yang dikuasai oleh JHo Low.

Scam ini tidak akan berjaya tanpa collusion antara mereka yang ada kuasa- mungkin dari penasihat, lembaga pengarah semestinya dan juga pegawai2 eksekutif 1MDB.

Orang2 ini, mesti disiasat dan jika mana2 didapati melakukan salah laku  penipuan dan pencurian wang, mesti di hukum.- Dato' Mohd.Ariff Sabri bin Hj. Abdul Aziz@sakmongkol ak47 

Story kat SINI dan SINI  

Nanti esok dia akan kata 1MDB bukan idea dia pula...

ting...tonggg...tok dah sampai..,jom ikut tok pi balai...



cheers.

No comments: