27 November 2014

Waterspout surprises Penang ferry passengers...


video

A video of a waterspout forming in the Penang Channel had been making its rounds on Facebook.

The 2 minutes 35 seconds footage was believed to be recorded today afternoon by a passenger on the ferry which plies the island and the mainland.

The recording also showed ships in the area apparently moving away from the waterspout in a bid to avoid any negative effects.

The video had been shared more than 270 times at the time of writing while also been uploaded to video sharing site Youtube.

However, state government said they have not received any official report on this phenomena and the Meteorological Department could not be reached for comments.

The United States National Oceanic and Atmosphere Administration (NOAA) defines a waterspout as a whirling column of air and water mist.

These natural phenomenon are associated with severe thunderstorms and often accompanied by high winds and seas.

Previous sightings this year throughout the country include Port Dickson, Negri Sembilan (Aug 8), Kota Kinabalu, Sabah (Oct 9), Alor Besar, Kedah (Oct 13), Bintulu, Sarawak (Oct 18) and Pendamaran, Klang (Oct 21).- theSundaily

Duit penyamun tentu banyak,jangan tanya berapa  
tapi tanya dari mana dan dari sapa depa balun... 

Tolak peruntukan pembangunan RM200,000 bukti BN tidak mahu berubah...

Walaupun menolak peruntukan RM200,000 untuk pembangunan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) mereka, Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor Datuk Mohd Shamsuddin Lias menerima kenderaan diberikan kerajaan negeri untuk kegunaannya.

Shamsuddin menerima kunci kereta Toyota Camry itu daripada Speaker DUN Selangor Hannah Yeoh kelmarin namun ketika berucap dalam dewan itu semalam, beliau menolak peruntukan RM200,000 itu kerana mengatakan Menteri Besar Mohamed Azmin Ali tidak ikhlas dengannya.

Tindakan Shamsudin itu menimbulkan persoalan, mengapa kenderaan untuk kegunaan peribadi diterima tetapi peruntukan RM200,000 untuk kegunaan rakyat di 12 DUN pembangkang Barisan Nasional (BN) di Selangor itu ditolak.

"BN kena jawab. Ini duit untuk rakyat, bukan untuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) guna. Adun hanya ada kuasa menjaga dan menguruskan (peruntukan). Kenapa tolak hak untuk rakyat?" soal Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Selangor, Ng Suee Lim.

Terkejut dengan keputusan itu, Ng berkata pihaknya tidak ada masalah jika BN mahu meminta peruntukan lebih tinggi daripada jumlah yang diberikan.

"Kalau tak cukup, kita bagi, tidak ada masalah. Yang penting kebajikan peduli rakyat, termasuk rakyat yang sokong pembangkang (BN) pun kita peduli," katanya seperti dilaporkan The Malaysian Insider semalam.

Menjadi amalan biasa kerajaan pusat atau negeri yang dikuasai BN tidak memberikan sebarang peruntukan pembangunan kepada wakil rakyat pembangkang.

Namun parti Pakatan Rakyat (PR) memecahkan amalan itu apabila ia dilakukan di Terengganu ketika PAS memerintah pada 1999, DAP di Pulau Pinang dan kini di Selangor.

Kerajaan negeri Terengganu di bawah PAS menarik balik peruntukan itu pertengahan 2000 selepas royalti minyak ditarik balik Putrajaya selepas 6 bulan negeri itu diperintah PAS.

Sementara itu, speaker DUN Selangor menggesa semua pihak tidak mempolitikkan pemberian kenderaan rasmi kerajaan Selangor kepada ketua pembangkang itu.

Katanya, tidak timbul soal menteri besar Selangor hanya membuat gimik kerana pemberian kemudahan itu dipersetujui Jawatankuasa Pilihan Khas Pengurusan Dewan yang bermesyuarat pada 25 Ogos 2013.

“Tidak timbul isu menteri besar main gimik, kerana keputusan Jawatankuasa itu dipanjangkan ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan diluluskan bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid dan ia sudah pun diumumkan pada sidang DUN lepas,” katanya kepada pemberita pada satu sidang media seperti dilaporkan media rasmi kerajaan negeri, Selangorkini.

Mengulas lanjut, Yeoh berkata, pemberian kemudahan itu bukan untuk individu sebaliknya kepada sesiapa saja yang memegang jawatan ketua pembangkang.

Apa yang berlaku di Selangor bakal menjadi perhatian semua rakyat negara ini kerana ia adalah lambang sikap PR terhadap musuhnya kerana keadaan negeri itu mampu melakukannya.

Besar kemungkinan Shamsuddin tidak mahu kes di Selangor dijadikan kes yang perlu dicontohi kerajaan BN samabada di pusat atau negeri.

Ini kerana, jika Adun BN Selangor menerima peruntukan pembangunan RM200,000 itu, bermakna mereka memaksa pemimpin gabungan pemerintah yang berada di pusat dan negeri lain juga perlu berbuat perkara yang sama kepada wakil rakyat pembangkang.

Penolakan peruntukan RM200,000 daripada kerajaan Selangor itu membuktikan BN tidak mahu berubah tetapi mahu kekal dengan "status quo" mereka. – tmi

Confirmed, UMNO people have a lot of money

PM kapcai boleh berangan2 sampai motorkapcainya boleh terbang...

Mai jangan tak mai...


cheers.

No comments: