21 November 2014

BN dipalit lumpur dan sumpahan Cameron Highlands...

Cameron Highlands

Sekiranya Cameron Highlands ini diumpamakan seperti seorang manusia, sudah lama ia sudah meninggalkan kita semua. Nafasnya yang sesak bertambah semput, sakitnya yang tenat menjadi nazak. Sayangnya, tiada siapa ambil peduli ketika ia sakit.

Maka, kemurkaan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah terhadap Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk Seri G. Palanivel dan menitahkan beliau untuk segera mengambil langkah-langkah bagi mengelak tragedi yang sama berulang kembali pada masa akan datang adalah tanda-tanda yang mengakui bahawa Barisan Nasional (BN) gagal mengambil kira kepentingan penduduk Cameron Highlands selama ini.

Imej BN di palit lumpur

Tragedi banjir lumpur di Cameron Highlands ini bukan sahaja meninggalkan kesan trauma kepada penduduknya tetapi juga turut mengheret Barisan Nasional (BN) dalam kancah pergelutan politik yang jarang dilihat di Malaysia.

Persoalan bagaimana seorang Ahli Parlimen, Presiden sebuah parti politik kaum India di negara ini dan juga seorang menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Alam Sekitar ini gagal memberikan perhatian yang sewajarnya terhadap isu-isu alam sekitar di kawasan parlimennya sendiri.


Jika alam sekitar dikawasan parlimennya sendiri ‘dicabul’ beramai-ramai, mana mungkin agensi kementerian yang berada dibawah seliannya mampu mencegah jenayah alam sekitar di kawasan lain? Ini bukan serangan karakter tetapi ini adalah persoalan integriti dan kredibiliti seorang Ahli Parlimen dan Menteri yang ‘lumpuh’ dalam menyakinkan rakyat akan isu-isu berbangkit melibatkan tragedi banjir lumpur ini. 

Bagaimana mungkin beliau tidak sedar akan isu penanaman sayur secara haram? Malah bagaimana mungkin beliau tidak sedar akan kawasan berkenaan yang dibanjiri dengan pendatang tanpa izin? Ini hanya akan terjadi sekiranya tiada penekanan terhadap aspek ‘turun padang’ olehnya.

Malah, cadangan beliau baru-baru ini untuk melaksanakan program penanaman sejuta pokok di seluruh Cameron Highlands terutama di kawasan hutan terosot disambut dengan kritikan sinis akan mengapa program berkenaan hanya dicadangkan selepas berlakunya tragedi banjir lumpur yang pertama pada 23 Oktober 2013 yang lalu.

Bersaralah Palanivel

Namun begitu, tindakan segelintir ahli politik yang mendesaknya untuk meletakkannya jawatan sebagai Ahli Parlimen Cameron Highlands adalah keterlaluan. Ini hanya akan merumitkan keadaan kerana BN terpaksa pula memberikan fokus kepada pilihanraya kecil sedangkan fokusnya kini harus diletakkan pada kebajikan penduduk Cameron Highlands itu sendiri.


Tetapi atas dasar tanggungjawab dan integriti, Palanivel haruslah memikul tanggungjawab terhadap tragedi yang menimpa di kawasan parlimennya sendiri. Rasa tanggungjawab ini harus ditunjukkan dengan bersara terus daripada kesemua jawatan politik yang dipegang oleh beliau tetapi pada masa yang sama kekal sebagai Ahli Parlimen Cameron Highlands yang dimenanginya dengan majoriti tipis. Ini sahaja solusi terbaik buat masa sekarang untuk Barisan Nasional dalam memulihkan kembali sokongan penduduk Cameron Highlands khasnya dan rakyat Malaysia amnya.

BN tidak boleh lagi menampilkan ahli politik veteran dalam pentas politik negara. Kini adalah masanya untuk BN menampilkan seorang calon yang muda dan berkaliber untuk meneruskan legasi BN di Cameron Highlands. 

Sama ada calonnya daripada MIC mahupun parti-parti lain itu tidak menjadi persoalan tetapi calonnya haruslah seorang individu yang memiliki kedinamikan berpolitik yang kuat dan tahu menghargai keunikan Cameron Highlands.

Kemunculan kuasa ketiga

BN tidak boleh memandang rendah akan musuh mereka yang sedang menanti di Cameron Highlands iaitu Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang sudah pun merangka gerak kerja untuk merampas parlimen Cameron Highlands pada pilihanraya umum ke 14 nanti. Kemungkinan untuk menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara BN, Pakatan Rakyat (PR) dan PSM adalah tinggi dan sekiranya PR bersetuju untuk berundur dan membenarkan PSM berentap dengan BN maka BN tidak boleh merendah-rendahkan calon tempatan daripada PSM itu nanti.

Strategi politik BN haruslah mengambil kira senario politik yang sedang berlegar di Cameron Highlands dan bagaimana rakyat akan dapat manfaat daripadanya. Kebangkitan kuasa ketiga ini mampu memecahkan undi dan seterusnya menghakis kepercayaan masyarakat Cameron Highlands terhadap BN. 



Hakikatnya, BN tidak boleh lambat walau selangkah kerana sukar untuk menganggarkan kepantasan musuh. Kelemahan Palanivel sebagai Ahli Parlimen dan menteri adalah kekuatan buat parti pembangkang dalam memanipulasikan undi serta simpati penduduk untuk mendominasikan pilihanraya yang akan datang nanti.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak boleh bersikap sambil lewa kerana BN sendiri hakikatnya telah membuka ruang kepada pembangkang untuk mengkritik dan memainkan isu ini dengan menjadikan kepercayaan rakyat sebagai pertaruhan.

MB Pahang juga harus bertanggungjawab

Beban kesalahan terhadap tragedi ini juga harus digalas oleh Menteri Besar Pahang. Maka, sewajarnya PM harus menjadikan penggal ini sebagai penggal terakhir Datuk Seri Adnan Yaakob sebagai Menteri Besar Pahang.

Pahang telah melalui sumpahan yang amat memilukan melibatkan isu Lynas di Gebeng dan kini sumpahan tersebut merasuk di Cameron Highlands. Apa pun, Pahang nyata memerlukan satu ruang untuk menghirup dan bernafas semula udara yang segar. Maka itu hanya akan dapat dilakukan apabila berlakunya rombakan pentadbiran negeri. Ketika itu, izinkan, anak-anak muda BN untuk melakukan revolusi tersebut.

Harus diingat, untuk membebaskan Cameron Highlands daripada sumpahan ini, BN harus membuat keputusan yang drastik yang membabitkan dua orang ahli politik ini. Sekiranya BN memilih untuk mempertahankan kedua-dua mereka dan tidak mempedulikan rakyat maka BN hanya menghitung hari-hari terakhir di Parlimen Cameron Highlands khasnya dan di negeri Pahang amnya. - Edwin Michael,fmt

map spr cameron highlands dan palanivel montage

Is this the beginning of the end for Palanivel...

The writing is on the wall for MIC’s President G Palanivel.

Pahang Sultan Ahmad Shah has declared that the MIC President has just dropped the ball in Cameron Highlands, and the consequences have been tragic.

His Highness has said that Palanivel’s continued indifference even after the flooding of last year, was disappointing as the same tragedy had recurred. He also said that elected officials should not only appear when an election is near.

This forthright condemnation by the Sultan is even more damning because Palanivel is also the minister for natural resources and environment. The environment!

The minister in charge of the environment allowed his constituency to be inundated with mudflows and landslides a year after the first calamity, which is why His Highness did not hold back his words in regard to Palanivel.

One would think that Palanivel would have learnt two key lessons in the last decade despite becoming a full minister and president of MIC:

Losing the Hulu Selangor seat despite being a four-term MP there, MIC deputy president then and a deputy minister. He lost the Indian vote despite being the assumed chief of all Indians in the country. That would have embarrassed anyone, substantially more a veteran politician;

Having been told repeatedly that the people of Hulu Selangor did not desire him, either during the by-election of 2010 or the general election of 2013, he headed north to Cameron Highlands instead so that he could be a candidate again.

If you are rejected over and over, you might want to learn how to be loved by people. Ignoring them is not the best way for Palanivel to endear himself to the voters of Cameron Highlands and to establish the integrity of the MIC.



Already there are murmurs that Palanivel is not in the good books of Prime Minister Najib Razak. The prime minister will host the Umno general assembly soon and the last thing he needs is the Sultan of his home state telling the public that his minister is inept. If Najib does not respond, then it becomes an issue of disrespecting the palace by allowing the situation to get so bad.

Sensing there is blood in the water, like any natural born shark, MIC strategy chief S Vell Paari has gone for the jugular, accusing his president of being recalcitrant for missing the Sultan’s visit to the Lembah Bertam tragedy site, this year and last.

Anyone can see that unless Palanivel mounts a serious media campaign to resuscitate his flagging fortunes, he is as good as gone.

Vell Paari is not alone as the support from the MP next to Cameron Highlands, Tapah’s M Saravanan is already being talked about.

No one seems to want to get into the Palanivel corner right now, and the situation can only get from bad to worse in the short term.

Businessmen with vested interests are beginning to hedge against Palanivel and are backing the Vell Pari-Saravanan camp now. Wonder who they are? - A Pillai,fmt

Storynya di sini dan sini


Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang Adam Tumiran dan pasangannya Nurul Izani Mat Isa berjalan keluar dari mahkamah selepas dibebaskan daripada tuduhan berkhalwat 4 tahun lalu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain,  21 November, 2014.
Hakim Mahkamah Tinggi Syariah
Hakim Mahkamah Tinggi Syariah bebas tuduhan khalwat.
Baca sini dan sini  

Sungguhpun Lee Chong Wei dah kena gantung, kan mama ada...


cheers.

No comments: