05 June 2012

Dah dibalun, dah dijel, dah diaibkan, rakyat tetap sambut ceramah beliau...

Semua orang ketawa bila mendengar Muhyiddin Yassin dan Rais Yatim bercakap. Muhyiddin menyifatkan PRU13 ini sebagai mati atau hidup Umno. Rais Yatim pula menasihatkan ketua pembangkang Anwar Ibrahim supaya bersikap gentleman kalau mahu bermain politik di negara ini. 

Mungkin sikap gentleman yang di maksudkan oleh Rais Yatim yang dah naik jobo ini ialah, mahu melihat Anwar di ikat tangan dan di balun oleh Umno. Rupa-rupa nya Umno belajar dari Rahim Noor. 

Umno menggunakan tektik-tektik yang paling kotor dan jahat. Ini menyebabkan rakyat melihat kejahatan Umno lebih besar dan lebih banyak dari kejahatan Anwar. Juara dan jurucakap Umno ialah Ustazah Ummi Hafilda yang kesana sini dengan jeritan Anwar al Juburi. Jurucakap Umno ialah kaf lam ya nga — Nallakarupan. Jurucakap Umno ialah penjual beras Sejati yang tak jati — Hasan Aqidah Ali. Jurucakap Umno ialah Pekida. Mat Rempit. Dan ketua Perkasa yang tidak perkasa, Ibrahim Ali. Jurucakap Umno ialah Ezam Mat Nor. 

Saya tidak ada affection apa-apa kepada Anwar Ibrahim. Belum pun berjumpa dengan nya dan belum berceramah dengan nya. Walaubagaimana pun, saya melihat orang ini sudah melalui the worse phases in his life. 



Walaupun dia di tuduh macam-macam, dalam ceramah-ceramahnya, Anwar telah memberi penghuraian dan penerangan yang meyakinkan pendengar. He has explained himself quite well. Dan rakyat boleh mempercayai nya. Ini yang membimbangkan Umno. Dah di balun, dah di jel, dah di aibkan di akhbar dan media, masih di yakini oleh rakyat. Jika setelah dilakukan ini semua, Anwar masih utuh, ia menunjukkan satu perkara sahaja iaitu Anwar dan Pakatan akan menang PRU13 ini. Tak boleh tidur Muhyiddin rupanya!

Apa Umno boleh buat, jika setelah sekian lama membalun Anwar bahkan sudah di jel oleh Dr Mahathir, rakyat bersedia memaafkan Anwar kerana mereka melihat kejahatan Umno lebih besar? Saya rasa Dr Mahathir pun patut berhenti dari menghentam Anwar dan menghormati hampir 50 peratus rakyat Malaysia yang mahukan demokrasi. Dr Mahathir mesti menghormati, jumlah orang Melayu yang lebih besar yang tidak menyokong Umno.
  
Kejahatan Anwar jauh lebih kecil jika di bandingkan dengan kejahatan yang di lakukan oleh Umno. Bukankah mahkamah yang di kuasai oleh Umno telah pun membersihkan Anwar?

Yang akan mati ialah Umno, bukan orang Melayu. Muhyiddin ini tak baca kah sejarah Umno? Dalam PRU12 tahun 2008, Umno bertanding 115 kerusi. Umno menang 78 kerusi. UMNO tidak mampu mencapai kejayaan 100 peratus. Dengan rekod ini, Presiden UMNO mahu KM Sarawak yang bukan pun ahli Umno dan yang mempunyai pencapaian 100 per cent berhenti? Orang yang tak ada rasa malu sahaja yang melalukan demikian. 


Ahli Umno yang telah berhijrah ke pihak cahaya, tidak akan kembali ke pihak yang menggelapkan. Jika terdapat lagi penghihjarahan 5 peratus ke pihak Pakatan Rakyat, Umno akan hanya tinggal 58 kerusi. Kalau ada swing 3 peratus, Umno akan dapat sekitar 71 kerusi. MCA habis kuat akan ada 2 atau 1 kerusi sahaja yang tinggal sebab 80 peratus masyarakat Cina telah meninggalkan MCA. MIC dalam PRU13 ini akan bungkus tanpa satu kerusi pun. Kita tak kiralah Umno buat man-to-man marking ke, di depan perkerja Umno orang kata ya, angguk bukan tanda setuju, geleng bukan tanda menolak. 

Umno hanya mendapat 2.381 juta undi dalam PRU12. Ini hanya 29 peratus dari jumlah jumlah undi sebanyak 7.878 juta. Jika parti-parti komponen BN yang lain kecundang, Umno akan kalah dalam PRU13 ini. Umno hanya mendapat 2 juta undi orang Melayu yang berjumlah 5.7 juta. Lebih ramai orang Melayu menolak Umno. Dimanakah asas untuk Umno bercakap bagi pihak orang Melayu? 

Kita bercakap mengenai Umno sebab ia berlagak sombong bercakap bagi pihak orang Melayu. Siapa yang beri kamu hak ini? Umno bukan jurucakap orang Melayu. Umno jurucakap orang berfikiran feudal yang ingat mereka boleh picit dan ramas dan tindas orang Melayu. Umno bercakap bagi pihak golongan elit yang mengaut kekayaan dan memperkudakan nama bangsa Melayu. 

Geng Umno suka bermuka muka. Kumpulan yang berarak menyatakan sokongan mereka kepada DYMM Sultan Johor sudah lupa bahawa dalam tahun 1997, Umno melakukan lebih dasyat dari apa yang di lakukan oleh Nizar. Pandangan Nizar ialah pandangan seorang rakyat. Umno bergerak sebagai suatu kumpulan yang menghina Raja-raja Melayu dan menggunakan jentera kerajaan untuk membalun raja cukup lumat.


Kita berharap raja-raja Melayu jangan termakan dengan penzahiran kesetiaan palsu oleh gerombolan Umno ini. Jika Umno tidak setuju dengan Raja-raja Melayu, mereka akan melakukan perkara yang lebih dasyat lagi. Lumat Raja-raja Melayu Umno kerjakan.


Berada dalam Umno memberi kita kuasa luar biasa kah untuk melakukan sesuka hati? Kumpulan yang berdemontrasi di depan rumah Azmin Ali misalnya, adakah mereka berani melakukan demikian tanpa restu dari pihak yang berkuasa? Pihak yang berkuasa dalam hal ini ialah pimpinan tertingi Umno, Menteri dalam negeri dan Jabatan PM sendiri. Kecuali mereka beri sokongan, dana dan restu, kumpulan ini tidak akan berani melakukan apa yang mereka buat. 

Demikian juga mereka yang melakukan pasar malam di depan rumah Ambiga. Jerit sana dan sini menunjukkan aksi ganas dan menakutkan. Ambiga ini bukan rakyat Malaysia kah? Dia berhak mendapat perlindungan undang-undang Malaysia. Yang menjaga keamanan telah bersumpah menjaga dan melindung semua rakyat Malaysia. Polis bukan jaga orang Melayu sahaja. Polis bukan jaga orang Cina sahaja. Polis jaga keselamatan semua orang. 

Otak orang Umno sudah beku kah? Jika kita tidak dapat berhujjah dengan Ambiga, maka penyelesaian nya ialah mahu melucutkan kerakyatan Ambiga dan menghalau nya dari Malaysia? Ambiga ini rakyat Malaysia yang lahir di Malaysia yang mempunyai hak di bawah perlembagaan yang sama.

 

Dalam rumah Azmin tidak ada anak-anaknya kah? Aksi budak-budak suruhan Umno tentu mencemaskan anak isteri Azmin. 

Kalau kita ada isu dengan Azmin, hal yang di isukan adalah dalam bidang mahkamah. Kita tidak boleh bertindak di luar peruntukan undang-undang. Yang melakukan cara demikian adalah gangster dan penjahat sahaja. 

Adakah Umno telah terlalu teruk sehingga terpaksa menggunakan tektik genster dan penjahat? Umno menggunakan tektik-tektik seorang pembuli dalam menangani orang yang tidak bersetuju dengan mereka. 

Jadi untuk menjawab Muhyiddin, yang akan mati ialah orang Umno. Orang Melayu telah pun melihat, rupa-rupa nya, ada kehidupan yang lebih baik selepas dan di luar Umno. 

Yang lebih kita nak tahu ialah sama ada Umno akan bersikap gentleman bila mereka kalah dalam PRU13 nanti? Jadi Rais Yatim jangan duduk sibuk nak suruh pihak Pakatan bersikap gentleman, pastikan parti kamu yang berfikiran feudal ini bersikap redha dan gentleman. 

Kalau Rais nak membuktikan ke-gentlemanan nya, maka berikan kebebasan akhbar dan kebebasan media kepada pihak Pakatan. Berikan mereka masa untuk menyampaikan penghujjahan dan penerangan.

Dan jika kami betul-betul gentleman, maka jawab lah penerangan dan hujjah Pakatan dengan cara orang yang beradab. — Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz, Malaysian Insider



 UMNO sees itself as God...

What kind of a prime minister can describe his people as accursed bastards (haramjadah) and allowed the police to fire tear gas and water cannon on his own people?

But that is Najib (Tun Razak) for you and it explains why he goes around saying, “lu tolong gua, gua tolong lu” and, “give me your nambikei”.



 


This is the fundamental flaw which Najib commits every time he relates to people.

He is pictured as larger than life figure, the office of the prime minister is in the background towering over the mass of people depicted as the rakyat, who harbour dreams and hope of happiness.

The rakyat, the people, my fellow citizens, my fellow Malays, are always depicted as smallish entities and numberless digits.

Najib is a leader of the government that sees the rakyat as digits to be manipulated and shaped at will.

He might as well say: “My fellow slaves, ask not we your masters can do for you, but ask what you can do to enrich and make us more powerful.”

Najib’s government is that collection of individuals who exercise the rule of the government over its constituents.
Who is that collection of individuals? They are Umno’s elite and the powerful.

Najib preys on the susceptibility and gullibility of the rakyat.

The rulers claim a compassionate kindred with the common workers (aka slaves) and simultaneously enjoy the fruits of the labours of these menial serfs, also known as “my fellow citizens, rakyat, people”.

‘Najib does not understand’

So Najib goes around claiming, it’s people first, achievement this and that. But the large posters along the Seremban highway tell you a different thing.

The posters have Najib exhorting the people with his usual sloganeering: ‘Sejuta Impian, Seribu Keriangan”, literally translated to “a million dreams, a thousand happiness”.

For slogans Najib got an A++ from former economic adviser Daim Zainuddin.

But where do these dreams and happiness come from? All you need to do is look at the posters closely.

The posters tell of the basic building block on how Umno sees itself. Umno sees itself as the omnipotent being from where all providence spring from.



Hence Umno vis-à-vis the government wants to be deified to whom the people, the rakyat, owe complete loyalty and allegiance.


It therefore doesn’t understand why people, most notably Malays, find Umno revolting.

This is what Najib doesn’t understand.

People no longer accept ascriptive stature without demanding more than just your name and position.

Beyond your name and position, people want to know what can be achieved.- Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz,FMT




 cheers.

2 comments:

mimie hana said...

Porahhhhhhh! Ia le suka sesangat smpai x bg DSAI bertazkirah kat mesjid di Johor!

Anonymous said...

Adik ooi...

bukan setakat mesjid depa tak bagi masuk,tandas pun depa kawal!!!