Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar diadakan satu referendum sama ada dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matemarik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) seharusnya diteruskan ketika tekanan meningkat agar kerajaan mempertimbangkan semula keputusannya.
Kerajaan memutuskan untuk memansuhkan dasar PPSMI dua tahun lalu.
“Kemungkinan kita harus mengadakan satu referendum,” kata bekas perdana menteri (gambar) itu kepada pemberita pada Forum Ekonomi Cina Sedunia Ketiga di sini hari ini.
Malah kata beliau, satu kajian juga harus dijalankan untuk menentukan sama ada wujud jurang antara yang kaya dan miskin ekoran akses kepada Bahasa Inggeris.
“Jika anda membuat satu kajian, sebagai contoh, sama ada benar yang kaya menghantar anak mereka ke sekolah-sekolah aliran Inggeris tetapi yang miskin menghantar anak mereka ke sekolah-sekolah yang mengajar dalam Bahasa Malaysia,” katanya lagi.
PPSMI diperkenalkan ketika era pentadbiran Dr Mahathir.
source:malaysian insider
PPSMI: Malaysia in the lost world?
Pooooodah....Pasai apa, masa hang memerintah dulu hang tak pikiaq mai pasai referendum...hang terus paksa masyarakat terima PPSMI bulat2.....
cheers.
2 comments:
Firaun pun Allah kurniakan sehat sepanjang hayat die sehingga selsema pon dok kene sehinggalah nyawa dihujung halkum.
Orang tua nyanyok ni patut dah lama dihapus kira dan disimpan dalam arkib negara.
Post a Comment