02 November 2011

Ni pi mesyuarat atau pi tidoq...

Dulu member kita di bawah ni kaki tidoq......



Memalukan apabila sebuah portal berita berpengaruh Indonesia menyiarkan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidur semasa Persidangan Ketua Negara Komanwel (CHOGM) di Perth Australia minggu lalu.

Laporan AntaraNews.com bertajuk “Pengadilan Malaysia menentang larangan berpolitik mahasiswa” itu menyiarkan keputusan Mahkamah Rayuan terhadap kes empat mahasiswa UKM yang memutuskan Akta Universiti Dan Kolej (AUKU) bertentangan dengan perlembagaan.

Namun gambar Najib yang tidur ketika CHOGM menghiasi laporan itu seolah-olah memperli dan memperlekeh perdana menteri.

Imej tidur ketika menghadiri mesyuarat atau sesuatu persidangan penting sinonim dengan Perdana Menteri terdahulu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Abdullah menyebabkan BN mengalami kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum 2008, apabila lima negeri tumbang kepada Pakatan Rakyat.

Najib mengetuai delegasi Malaysia ke mesyuarat itu yang dirasmikan oleh Ratu Elizabeth II, yang juga Ketua Komanwel pada Jumaat lepas.

Beliau adalah antara 53 ketua-ketua kerajaan yang menghadiri mesyuarat tiga hari itu yang berakhir pada Ahad, dengan bertemakan “Membangun Ketahanan Nasional, Membina Ketahanan Global”, dengan sub-tema “Wanita Sebagai Agen Perubahan”.


source:keadilan daily

cheers.

8 comments:

Afiq KLtown said...

bab tido ni tak pelu pertikai.. kita semua manusia, sama je, klu dah lama2 duk dlm tu mesti mengantuk,,so tak perlu lah dijadikan isu..pemimpin pas pun ramai yg tido dlm dewan! sama je

Afiq KLtown said...

cermin diri dulu baru nak pertikai bab tidoq ni..

mybom said...

Dia bukan tidoq. Dia pejam mata dan lena sekejap.

Anonymous said...

Tidor tak cukup kot,teman bik mama pergi shopping!!!

Anonymous said...

ini persidangan...bukan mesyuarat bahagian umno...nak tidor tengok tempatlah...bila belum berucap dia akan berjaga...tapi bila lepas berucap dia tak dengar dah apa yg orang lain berucap....bini tah hilang kemana...

Anonymous said...

Tidur tu semua orang tidur,tapi bila tertidur dan gambarnya diambil dipampangkan melalui media massa luar negara,dlm kes ni Antara News.com malulah sikit!!!

Anonymous said...

Kenapa media massa kita - Utusan Meloya,Berita Harian,Star dan NSTP tak siar?

Anonymous said...

Najib sedang mimpikan kenangan indah bersama Altantuya....