08 September 2011

YB. UMNO,Satiman Diman pun tak bertauliah tapi boleh beri ceramah...

Sinar Harian pada 22 Ogos 2011 melaporkan Ketua Pembangkan Selangor,Mohd. Satim Diman(kiri), telah memberi tazkirah di dalam sebuah masjid di Kampung Melayu Subang. Mengikut laporan Sinar Harian itu:

PUCHONG - “Kalau dia tidak suka orang Melayu di Malaysia, dia boleh pindah ke negara lain,” kata Ketua Pembangkang Dun Selangor, Datuk Dr Mohamad Satim Diman mengenai tindakan seorang pelakon lelaki terkenal era 1980-an yang didakwa mengkafirkan kerajaan, memperlekehkan institusi istana serta mengecam orang Melayu sebagai bangsa yang bodoh dalam takzirahnya di sebuah masjid di Kampung Melayu Subang, minggu lalu.

Blogger Tulang Besi dalam blognya, Malaysian Waves, menyebut bahawa laporan tersebut tidak dinafikan ataupun ditolak oleh Satim.

“Dan saya yakin Satim Diman tidak pernah mendapat tauliah untuk memberi ceramah agama ataupun khutbah. “Yang hairannya, mengapa Satim Diman tidak disiasat Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor?

“Mengapa hanya Khalid Samad yang disiasat dan didakwa? Mengapa tauliah yang diberikan kepada Dr Rani Othman ditarik balik?” soalnya. Justeru, beliau merasakan janganlah diharapkan Jais dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) bebas daripada politik.

“Saya rasa janganlah kita nak harap Jais dan Mais ni bebas dari politik.

“Saya yakin pernyataan YB Khalid Samad bahawa Mais dan Jais adalah kubu terakhir Umno di Selangor adalah benar dan sangat benar,” tulisnya.

Tambahnya, teori Jais/Mais mahu membalas dendam terhadap Khalid Samad kerana mengagalkan perancangan Umno di dalam serbuan gereja (DUMC) semakin jelas kebenarannya.


Katanya, mungkin juga ini tindakan balas dendam kerana Khalid Samad antara yang lantang mendedahkan kelemahan Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang menyebabkan beberapa orang Islam terpaksa mengemis bantuan dari gereja.

Baginya, tidak seharusnya badan yang menjaga hal ehwal Islam di Selangor menggunakan kuasa mereka untuk membalas dendam sebegini.


“Mais dan Jais harus ingat hadis Nabi s.a.w. yang menyuruh kita takut kepada doa orang yang dizalimi.


source:tranungkite.net

cheers.

1 comment:

Anonymous said...

Bro,

Dalam 1Malaysia ni pemimpin2 UMNO boleh buat apa saja,termasuk menggunakan bom C4, semuanya OK!!!