26 June 2011

Kit Siang - Pakatan sasar 11 negeri....

Pakatan Rakyat meletakkan sasaran untuk menguasai 11 negeri — tambahan enam negeri pada pilihan raya umum ke-13, kata pemimpin veterannya Lim Kit Siang.

Justeru Penasihat DAP itu berkata, perikatan tiga parti tersebut mahu mempertahankan Pulau Pinang, Kedah, Selangor, Kelantan dan menawan balik Perak. Lim juga berkata, Pakatan Rakyat meletakkan sasaran untuk menawan Negeri Sembilan, Johor, Melaka, Pahang, Terengganu dan Perlis daripada penguasaan Barisan Nasional (BN).

“Pakatan Rakyat ada tiga sasaran di peringkat negeri dalam pilihan raya umum akan datang,” kata Ahli Parlimen ini.

“Pilihan raya umum ke-13 akan menjadi pertempuran abad ini memandangkan sasarannya bukan sahaja 11 negeri di Semenanjung, tetapi juga kuasa persekutuan di Putrajaya,” kata Lim pada satu majlis di Teluk Intan, Perak malam tadi.

Teks ucapannya diedarkan kepada media pagi ini.

Lim berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedar tentang sasaran besar itu dalam pilihan raya umum akan datang dan oleh itu, presiden Umno tersebut mengingatkan ahli-ahlinya tentang tidak wujud istilah naib johan dalam arena politik.

Lim berkata, Najib yang juga Pengerusi BN sedar sepenuhnya bahawa peralihan lima peratus undi dalam pilihan raya umum akan datang berbanding pilihan raya umum 2008 akan menyaksikan kemunculan kerajaan Pakatan Rakyat di Putrajaya.

“(Sebaliknya) Umno dan BN akan mengambil tempat di barisan pembangkang di Parlimen,” katanya sambil berkata, “keadaan yang sama terpakai di peringkat negeri.”

Pada pilihan raya umum ke-12 Mac 2008, BN kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen dan kerajaan di lima negeri pula diketuai oleh Pakatan Rakyat iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan Perak.

Pakatan Rakyat terdiri daripada PAS, PKR dan DAP. Bagaimanapun Perak diambil alih oleh BN selepas tiga wakil rakyat Pakatan Rakyat keluar parti awal 2009. Lim memberikan pandangan itu ketika Himpunan Bersih 2.0 dirancang untuk diadakan 9 Julai ini.

Justeru Lim menambah, jika BN terus menggunakan pendekatan tidak demoktratik dan menekan rakyat termasuk ke atas Himpunan Bersih 2.0, maka mereka akan mewujudkan satu persekitaran di mana lima peratus undi menentang Umno dan BN dalam pilihan raya umum akan datang. Dalam ucapannya itu, Lim berkata beliau menolak kemungkinan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan pada suku ketiga tahun ini.

“Saya fikir kita boleh menolak kemungkinan bahawa pilihan raya umum akan diadakan pada suku ketiga tahun ini. Pilihan raya umum akan datang akan diadakan sama ada akhir tahun ini atau tahun depan,” katanya.

source:malaysian insider

Pakatan aims for 11 states in GE13, says Kit Siang

Perkasa,MKN bersama NGO-NGO Melayu Johor ramal hanya 11 kerusi Parlimen di Johor akan kekal pada BN

cheers.

4 comments:

Anonymous said...

F**k Lim Kit Komunis. Who the hell u think u r? U create problems 4 the country n shld be exiled from this country. We love Malaysia n want 2 live in harmony. U, yr son LGE the pig together with Aljuburi shld leave the country. As for the Bitch, Ambiga, 2 years in Kamunting shld teach u not 2 f**k around with the rakyat. BASTARDS!!!!

Anonymous said...

So you think the UMNO goons are the darling of the rakyat? GO & FLY KITE!!!

Anonymous said...

F**K Najib n 400 thieves. We love Malaysia too but not Najib's Malaysia. Lets take Putrajaya and send Najib to Mongolia!!!

Anonymous said...

F**K UMNO and BN...These Bastards think that our beloved country Malaysia is belongs to them? WTF again to UMNO...we will get and hunt you down UMNO and BN leaders... remember not only you but all your family, friends, supporters and cronies. This gonna be hell to you even-though before you die...BLOODY BASTARDS !!!!