nasi kandaq kedai mamak, anak mami juai pesemboq, lepaih baca jangan dok syiok, kalu-kalu SB jengok kot dapoq...
29 January 2011
N05 Tenang - ILHAM Center ramal BN dijangka menang...
Laporan banci badan penyelidikan bebas ILHAM Centre yang dikeluarkan pagi ini menunjukkan calon BN sehingga kini mendahului PAS dengan majoriti sekitar tiga ribu undi. BN dijangka memperolehi sekitar enam ribu hingga tujuh ribu undi manakala PAS pula dikatakan akan hanya mengutip dalam lingkungan empat ribu undi. Berdasarkan hasil dapatan silang kaum dengan soalan parti mana dijangka menang, BN dijangka memperolehi 73.1 peratus undi Melayu, Cina (48.6 peratus), India (50 peratus) dan kaum lain (75 peratus).
Menurut ILHAM, kajian dijalankan pada 26 hingga 28 Januari 2011 lalu untuk melihat perspektif pengundi terhadap parti, calon dan kecenderungan pengundian mereka. Tinjauan selama dua hari secara komprehensif ini dilakukan di sebuah daerah mengundi dengan menemubual pengundi berdaftar secara bersemuka di 10 daerah mengundi daripada 13 daerah mengundi di DUN berkenaan. Calon BN, Mohd Azhar Ibrahim atau lebih dikenali sebagai “Tok Ai” mendapat 91.4 peratus dikenali oleh pengundi. Manalaka Normala Sudirman atau lebih popular dengan panggilan Cikgu Mala mendapat 79.6 peratus undi di kalangan responden.
Kajian juga memdapati jentera PAS di Tenang kali ini cukup agresif dalam siri-siri kempen dan ziarah rumah ke rumah. Dengan menyasarkan undi wanita dan kakitangan kerajaan terutamanya guru, tema Cikgu Mala dilihat signifikan dalam strategi kempen PAS. Jentera PAS dan Pakatan Rakyat juga dilihat belum mempunyai daya tarikan untuk mengubah pendirian politik golongan peneroka Felda, meskipun terdapat sedikit sinar harapan terutama generasi kedua Felda yang mempunyai pendirian politik rasional untuk memilih Pakatan Rakyat.
Di kawasan bandar Labis dan beberapa lokaliti majoriti pengundi Cina, ILHAM mendapati, tahap sokongan pengundi Cina kepada PAS tidak ketara walaupun terdapat protes senyap di kalangan pengundi Cina.
source:malaysiakini
cheers.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Ya'Allah bagi kemenagan pada PAS, UMNO kianat bagsa melayu
naikan harga minyak & rakyat terus siksa kesannya BN - Barang Naik
Post a Comment