06 November 2010

PR tak hilang sokongan,cuma ditinggalkan dalam jurang majoriti.....

Di Galas calon UMNO Abdul Aziz Yusuf menang besar dengan mejoriti 1,190. Abdul Aziz mendapat 5,324 undi manakala Dr.Zulkefli Mohamad mendapat 4,134 undi.Pas hanya kekurangan sebanyak 265 undi saja berbanding dengan undi diperolehi Che Hashim tahun 2008 sebanyak 4,399.Tapi kenapa majoriti melonjak kepada 1,190? Jawapannya kerana peratus keluar mengundi meningkat kepada 83%,bermakna bilangan pengundi meningkat dan ramai pengundi2 ini menyokong UMNO.

Kalau Najib dan Mahyuddin rasa bahawa kemenangan UMNO di Galas adalah kemenangan mereka khususnya dan UMNO amnya,itu adalah satu kesilapan besar. Dari awal lagi Najib dan Mahyuddin tahu bahawa tanpa Ku Li UMNO tak akan menang di Galas,sebab itu mereka berdua merangkak menyembah dan mengistiharkan Ku Li sebagai Pengarah PRK UMNO/BN di Galas sebelum sempat Ku Li menjawab ya atau tidak.

UMNO mahu ambil tindakan terhadap Ku Li kerana menyokong gomen PAS Kelantan dalam isu wang royalti minyak. Tindakan Ku Li itu bertentengan dengan dasar UMNO yang tidak mahu menyerahkan royalti minyak kepada gomen Pakatan Rakyat.

Kemenangan UMNO di Galas mengukuhkan lagi kedudukan Ku Li dan menjadikan Ku Li lebih relevan kepada UMNO sekarang. Kalau Najib,Mahyuddin dan UMNO fikir bahawa kejayaan Ku Li meraih kemenangan UMNO di Galas akan menggubah sikap Ku Li terhadap tuntutan royalti minyak rakyat Kelantan,sudah tentu mereka(UMNO)akan kecewa.

Ku Li sendiri telah menyatakan hasratnya untuk terus mengekalkan hubungan baik dengan kerajaan negeri pimpinan PAS di Kelantan. Hakikatnya, Ku Li tetap dianggap hero Kelantan, PAS tetap memerintah negeri dan UMNO masih meraba2 mencari hala tuju dan ilham macam mana mereka hendak tawan Kelantan semula.

Apakah ganjaran yang menanti Ku Li selepas ini? Adakah Ku Li akan dilantik sebagai Menteri atau diberi peranan penting dalam menggerakkan program ETP.NEM,dan Program Transformasi Kerajaan Najib? Namun,hakikatnya Ku Li masih dan akan dipinggirkan oleh UMNO.

Di Batu Sapi pula BN bersorak gemuruh kerana kemenangannya yang besar.6,359 majoriti dijaja seantero dunia oleh Utusan Meloya dan media2 massa pro gomen. Namun pada hakikatnya yang memenangkan BN ini hanya datang daripada lebih kurang 61% pengundi Batu Sapi yang keluar mengundi. Mana pergi 30% pengundi lagi? Berbeza senarionya dengan Galas di mana peratus keluar mengundi meningkat.

Apakah kerana hari mengundi diadakan pada hari kerja menyebabkan ramai tak sempat keluar menggundi ataupun sikap 'apathy' mereka terhadap PRK ini kerana mereka selesa dengan anggapan ini adalah PRK saja dan tidak akan ubah'political equation negara'.

Sebenarnya calon BN Linda Tsen memperolehi 294 undi lebih daripada mendiang suaminya Edmund Chong. Linda Tsen dapat 9,773 undi banding suaminya dapat 9,479undi(9,733-9,479 = 294). Jelaslah pengundi yang keluar mengundi di Batu Sapi ini ramainya adalah penyokong2 setia mendiang Edmund Chong yang bersimpati dengan isterinya,calon BN tersebut.

Keseluruhannya calon BN yang menang ini hanya dapat tambahan undi sebanyak 620 undi lebih.
Berbaloikah dengan perbelanjaan lebih daripada 100 juta RM yang ditaburkan di Batu Sapi dalam bentuk projek,wang ehsan,duit poket serta tambang dan wang tunai untuk pengundi2 oleh gomen Najib 1Malaysia?

PKR sedikit sebanyak telah memberi impak yang besar kepada pengundi2 Batu Sapi mengatasi parti bekas Ketua Menteri Yong Teck Lee walaupun menghadapi beberapa kengkangan. Ini adalah satu permulaan yang baik bagi PKR dan dengan strategi yang baik mungkin pengaruh PKR di Sabah akan merebak luas.

Walaupun jumlah undi yang diperolehi oleh calon2 PKR dan SAPP masih kecil berbanding jumlah undi yang calon BN dapat,tapi dalam situasi satu lawan satu mungkin keputusan yang diperoehi berbeza.Apakah mungkin pengundi2 naik meluat dengan perbalahan PKR dan SAAP yang berebut2 nak letak calon menyebabkan mereka menyokong BN?

PKR dan SAAP perlu belajar sesuatu daripada PRK ini,iaitu adalah lebih baik kedua2 parti ini duduk berunding dan berkompromi supaya tiada lagi pertandingan 3 penjuru dalam PRU ke-13 nanti.

cheers.

1 comment:

Anonymous said...

Lagu khas utk Nik Aziz dan Anwar Ibrahim....My Way nyayian Frank Sinatra.... the end is near..