20 November 2010

Bila Hakim Jagjit Singh lebih arif tentang Islam.....

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur telah membebaskan 15 orang, termasuk ahli parlimen Batu Tian Chua atas dakwaan terlibat dalam perhimpunan awam yang dianjurkan Gabungan Pilihan Raya bersih dan Adil (BERSIH).

Hakim Jagjit Singh berkata, pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie bahawa perhimpunan pada 10 November 2007 itu haram.

"Masjid negara adalah tempat beribadat, dan tiada sesiapa mempunyai kuasa untuk menyuraikan hadirin, atas apa alasan pun orang ramai mempunyai hak berhimpun di masjid," katanya.

Jagjit menyampaikan keputusan itu selepas mendengar pengakuan daripada 36 saksi sepanjang perbicaraan yang mengambil masa tiga tahun.

Selain Tian Chua, dua lagi pemimpin Pakatan Rakyat yang didakwa, anggota parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan dan bekas naib presiden PAS dan pemidato terkenal Mohamad Sabu. Semua mereka ditahan tiga bulan selepas perhimpunan itu.

Kesemua mereka ditahan ketika berarak bersama 40,000 orang lagi daripada beberapa tempat sekitar Kuala Lumpur ke Istana Negara bagi menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

source:malaysiakini

"Masjid negara adalah tempat beribadat, dan tiada sesiapa mempunyai kuasa menyuraikan hadirin, atas apa alasan pun orang ramai mempunyai hak berhimpun di masjid," kata hakim Jagjit Singh.

Hakim Jagjit Singh juga berkata Polis langgar kebebasan beragama dalam Artikel 11 Perlembagaan apabila menangkap tertuduh di Masjid Negara,”

Lain kali kalu nak tangkap atau balun orang2 yang berhimpun di kawasan mesjid, harap2 polis,FRU dan juga gomen pikiaq habis2 kata2 hikmat hakim Jagjit Singh. Kalu aku ni polis atau FRU, aku tak tau tang mana nak suruk muka aku....

cheers.

2 comments:

Anonymous said...

Nak sorok mana lagi...celah kangkang Bik Mama le!!!

Unknown said...

Salam ziarah ali,
Amboii... meriah sungguh blog hang... haha...