18 November 2010

Kedai tutup: Chua Soi Lek salahkan Aidil Adha....

Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek sekali lagi cuba mencetuskan isu untuk membelasah PAS semalam apabila mempersoalkan mengapa kebanyakan kedai di Kota Bharu tutup sempena sambutan Aidil Adha.

Disebabkan Hari Raya Haji, semua kedai nampak tertutup untuk sambutan ataupun ini adalah arahan daripada majlis tempatan? Ia sunyi di Kota Bharu,” soal Chua di Twitter walaupun sememangnya umum diketahui bahawa sambutan Hari Raya Haji di Kelantan dan beberapa negeri lain adalah jauh lebih meriah berbanding Hari Raya Aidilfitri.

Kenyataan bekas Menteri Kesihatan yang pernah terpalit dengan skandal seks apabila videonya dengan seorang wanita tersebar di khalayak ramai, menerima kritikan keras daripada ahli parlimen Batu, Tian Chua yang menyelar Chua cuba menjadikan cuti sambutan Aidil Adha sebagai satu isu. Kenyataan Chua turut dibidas oleh para pengikutnya di Twitter sehingga beliau dituduh sebagai seorang ahli politik yang bangkrap idea.

Reportlah polis. Minta suruhanjaya diraja. Buat demo ke,” cabar seorang pengguna Twitter Noor Azam yang juga kelihatan tersinggung dengan kenyataan Chua.

Ini bukan kali pertama presiden MCA itu menonjolkan kedaifannya terhadap hal-hal berkaitan Islam. Pada bulan Ogos yang lepas, Chua telah menimbulkan kontroversi apabila mengatakan antara negara yang mengamalkan rasuah terdiri daripada negara yang mempunyai majoriti masyarakat Islam. Beliau turut mendakwa pertarungan keIslaman antara Umno dan PAS sebagai punca utama negara terperangkap dalam golongan negara berpendapatan sederhana untuk sedekad yang lalu.

Kenyataan Chua tersebut menerima kritikan pedas dari ahli politik kedua-dua sisi dan disebabkan itu, sebagai jalan keluar bekas menteri Kesihatan telah menyalahkan online portal Malaysiakini dan The Malaysia Insider kerana 'salah memetik' kenyataannya.

source:harakah daily

Bayangkan kalau kenyataan yang serupa dibuat oleh Lim Guan Eng atau Lim Kit Siang atau M Kulasegaran, UMNO akan melompat,mengamuk serta membuat laporan polis bertalu-talu. Jadi mana pi jaguh2 puak UMNO tua atau pemuda, sunyi sepi saja?

10 - 15 tahun dahulu bila Tahun Baru Cina, hampir semua kedai di bandar dan desa ditutup, tapi orang2 Melayu tak pernah complain. Kenapa tiba2 ketua MCA tiba2 naik tocang?

Hello,Soi Lek, bukankah lebih elok you jaga you punya kain daripada jaga tepi kain olang lain? Mana ada undang2 kata orang tak boleh tutup kedai semasa perayaan agama? Lagi pun itu undang2 lu punya towkay sama dia punya parti,sikalang ini gomen 1Malaysia yang bikin?

Kalu lu tak suka you pigi cakap sama you punya bos,suruh dia ubah itu undang2. Gua tunggu you punya kawan itu ketua Perkasa bikin komen.....

cheers.

3 comments:

Anonymous said...

Kalau penzina di lantik jadi pemimpin ini lah jadi nya...

Anonymous said...

Soi Lek ni terperangkap di antara realiti hidup dengan alam fantasi BN. Dia sedar orang cina kini banyak tinggalkan MCA,dia tau sebabnya iatu berpunca UMNO yang mangaku jadi bos dalam BN.

Macam mana dia nak balun Najib? dan cara yang halus bangkit isu2 orang Melayu sambil menunding telunjuk kpd PAS sedang 3 anak jari menunding kpd diri dan parti BN nya.

IbnAbdHalim said...

Ahli politik Jurassic dari MCA ni patut tak pimpin parti tersebut. Dia cuba main isu. Bukan dia tak tahu bahawa Aedul Adha itu cuti umum. Di sesetengah negeri cutinya dua hari. Pasaraya seperi Billionpun cuti juga pada hari Tahun Baru Cina tapi tak adapun orang ramai merungut. Malah kebanyakan kedai milik orang Cina juga tutup pada cuti Tahun Baru Cina. Adakah orang merungut?

Kalau setakat inilah politik Soi Lek, lebih baik pergi cari mana-mana lubuk dan terjun. Hiduppu tak bermanfaat.