01 November 2010

Antara Anwar dan Dr.Asri,siapakah yang lebih relevan.....

Dr Mohd Asri Zainul Abidin menasihatkan ahli politik veteran termasuk Ketua Umum .”Datuk Seri Anwar Ibrahim agar bersara dari politik dan memberi laluan kepada pemimpin-pemimpin lain untuk memberi “nafas baru” atas alasan banyak “rentak tari politiknya makin tidak seimbang

Di samping itu kata beliau, Pakatan Rakyat juga perlu melakukan pembaharuan untuk menjadi pembangkang yang kuat dan berkualiti.

“Di samping menghormati sumbangan, saya rasa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar, sudah sampai masanya untuk bersara ‘politik’,” kata bekas mufti Perlis ini yang kini dilihat sebagai “penggerak ketiga” dalam arena politik semasa.

Sudah banyak rentak tari politiknya yang makin tidak ‘seimbang’,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Asri berkata zaman Anwar, yang juga Penasihat PKR, mungkin makin menyusur pergi.

Saya tidak fikir generasi baru terus bertahan untuk melihat ‘story-design’ politik yang sama,” kata Asri lagi.

PKR ditubuhkan selepas Anwar dimasukkan ke penjara dan dipecat daripada jawatan kerajaan dan Umno. Malah menurut beliau, Anwar perlu diberikan peluang untuk berundur dengan aman demi untuk mewujudkan pembangkang yang lebih berkualiti dan berkesan.

“Saya rasa beliau perlu menerima hakikat ini. Demikian setiap kita ada hari datang dan hari pergi.

“Biarlah kita datang disambut mesra, dan kita pergi diucapkan terima kasih dan hormat, bukan dipaksa keluar,” kata tokoh agama ini.

“Maaf atas pandangan ini,” kata Asri sambil menambah, beliau tiada apa-apa kepentingan kedudukan ataupun jawatan atas pandangan ini.

Asri juga berkata, politik negara ini juga memerlukan nafas baru tidak kira parti politik.

Seperti mana Umno memperkatakan keperluan anjakan baru dalam politik mereka, demikian saya fikir pihak pembangkang pun perlu mula memperkatakan hal yang sama.

“Saya, seperti kebanyakan rakyat marhaen yang hanya ingin melihat kesejahteraan negara berteraskan kerajaan yang amanah dan pembangkang yang berkualiti,” katanya sambil menambah, “sudah banyak diperkatakan, dikritik dan diulas mengenai kerajaan hari ini.”

Tulisan asal Dr.Asri dalam blognya boleh dibaca di sini.

Aku bukanlah seorang pemikir setaraf Dr.Asri, tapi aku rasa adalah terlalu awal kalau nak suruh Anwar bersara daripada politik PR.

Kerana Anwar,Pakatan Rakyat wujud sebagai satu gagasan yang bersatu dan kerana Anwar 5 buah negeri yang dikuasai BN dahulu jatuh tersungkur. Perak dirampas kembali secara haram oleh gomen Najib.

Kerana Anwar dan pembangkang,segala skandal2 di bawah yang melibatkan pemimpin UMNO terbongkar:


a.Video Lingam - semua pesalah tak diambil tindakan -NFA.

b.PKFZ yang rugi berbilion2.

c.Guthrie yang kerugian RM 9 billion.

d.Khir Toyo dan istana RM40 juta.

e.Perwaja Steel yang rugi berbilion2
f.Bank Islam yang lenyap RM700 juta.

g.Istana baru yang kos asal RM400 juta kini mencecah RM1 billion.

h. Wang Royalti tukar menjadi wang ehsan kerajaan Terengganu.

i.Pembelian jet dan kapal selam,komision RM910 juta kepada Perimekar.
j.RM300 juta saguhati kepada Gerbang Perdana - batal projek jambatan bengkok. k.MAS dan Tajuddin Ramli,bayaran pampasan berlebihan.
l.Bangunan Parlimen,RM100 juta untuk pembaikkan tapi tetap bocor.

m.Undang2 yang digunapakai,utk gomen lain dan pembangkang lain.
dan banyak lagi yang aku tak ingat.

Kalau Dr.Asri kata Anwar itu sudah 'out of touch' dengan keadaan masa kini, apa kurangnya Najib,UMNO dan kuncu2nya?

UMNO juga sudah banyak terpesong dari landasan perjuangannya,Islam yang diperjuangkan adalah Islam yang menghalalkan judi dan arak. Amalan2 rasuah,kronisma,pecah amanah,skandal dan salahguna kuasa masih berleluasa dalam UMNO. Di mana letaknya anjakkan baru dalam politik UMNO seperti yang dinyatakan Dr.Asri itu?

Kenapa Asri berdiam saja terhadap fitnah, caci maki hamun, celaan, penghinaan dan dosa2 besar yang dilakukan gomen Najib terhadap Anwar? Kenapa Asri membisu dalam isu Tan Beng Hock, Kugan,dan Altantuya?

Bukankah lebih baik Dr.Asri tegur pemimpin UMNO ini terlebih dahulu agar mereka selari dengan fikiran generasi baru,agar rakyat marhaen boleh melihat kesejahteraan negara berteraskan kerajaan yang amanah dan pemerintah yang berkualiti.
Tapi apa yang jelas hari ini ialah 'story-design’ politik UMNO adalah sama, malah semakin teruk dari dulu,kini dan selama2nya.

Apakah Dr.Asri fikir dengan melenyapkan Anwar sekaligus Pakatan Rakyat boleh menjadi pembangkang yang kuat?

Kalau begitulah harapan Dr.Asri, apakata Dr.Asri serah saja borang menjadi ahli mana2 parti dalam PR, agar dengan penyertaan Dr.Asri akan memberi nafas baru kepada PR nanti. Tapi, kalau setakat dok otek2 saja dari luar
tak guna.....

"Kalau Takut dengan Risiko Jangan Bicara Tentang Perjuangan"!!!

cheers.

10 comments:

Anonymous said...

You are right ali 101%!!! If Dr.asri wants to a politician join PR or UMNO.

Anonymous said...

setuju Anon. Tolong bagi borang biar masuk PR, ganti anwar. cikgu pencen.

Anonymous said...

Just because he is a known mufti,
doesnt mean he can be a good politician?

Anonymous said...

Macam kadok saja mufti ni. Agak nya dia lah salah seorang Abu yang di ceritakan olih Zahid Midi tu kot, masa perhimpunan UMNO bebaru ni? Abu Nawas ke atau Abu.....?
Sejak bila pulak dia ni jadi perasan. Ish, ish... Melayu melayu!
Asri tu tak releven dalam arena politik Malaysia dan macam mana lah pelajar yang di ajar nya.... ish ish ish mufti!
Alahai pensyarah Universiti pengalaman nya kat Perlis je....

Anonymous said...

berteori memang mudah tapi nak praktikan nya ???????.
Kasi dia borang jadi ahli parti .......satu.

Anonymous said...

correct...... kerana anwar la bg aku pembangkang kuat..... lu tgk klau dia x de..... hasep.... senyap jele..... nak harapkn org lain.... pk melayu / duit.rasuah ok........ mcm ahli2 anwar..... dah masak sgt....

Anonymous said...

Dr.Asri is correct when making that statement. Zaman Anwar hampir berakhir, pendokong PKR sendiri telah tahu bahawa parti itu akan hancur.Tidak ramai yg datang untuk mengundi adalah petanda ahli PKR sudah tidak ambil peduli tentang masa depan parti. Asalan yg diberikan oleh Saifudin Nasution tentang kurangnya sangat kehadiran adalah alasan yg sangat bingai. Untuk Anwar, he is the prisoner of his own doing... Anwar is the man full of wisdom...wisdom of an idiot

Anonymous said...

Tak datang mengundi tak bererti mereka tak sokong PKR. Macam juga orang tak keluar mengundi tak bermakna mereka benci politik berpatian.

Kalau itu jadi ukuran,maka ahli UMNO yang tak keluar menyokong UMNO dlm PRU atau PRK erti mereka sudah tidak ambil peduli tentang masa depan parti.

Dr.Asri ini seorang ilmuan dan tak mungkin dia boleh jadi tokoh politik sehebat Anwar. Kalau dia minat sangat masuklah UMNO atau PKE atau PAS dan rasakan asam garamnya.

Anonymous said...

Ustaz Dr Aszri,stick to commenting on Islam. Otherwise, join a party or better yet start your own.

Personally, I would rather trust a good ustaz from PAS than someone who claims to be neutral but are clearly not!

Anonymous said...

Dear Ustaz Asri.Anwar could have become Mahthirs lackey in 1998 like Badawi,Najib and the rest of the UMNO Pondans but he chose to go against the biggest traitor to Malaysia-Mahathir

He has to finish,what he started,he has to finish a good fight against the evil and tyrant BN empire.