27 November 2010

Anwar atau Ezam siRaja Kotak yang berbohong.....

Ketika berucap dalam ceramah bertajuk ‘Siapakah Anwar Ibrahim’ anjuran MCA Bahagian Klang, Ezam si Raja Kotak menuduh Anwar melakukan pembohongan serta membangkitkan perasaan kebencian antara kaum hanya untuk mendapatkan sokongan bagi membolehkan beliau menjadi Perdana Menteri.

Katanya, tindakan Penasihat PKR itu tidak boleh diterima sama sekali kerana ia jelas bertentangan dengan semangat dan perjuangan pemimpin terdahulu yang membentuk perpaduan dengan sifat kejujuran, kasih sayang serta prinsip setiakawan.

“Kita tidak boleh bina negara ini dengan pembohongan, sifat tidak jujur dengan menyatakan perkara-perkara yang palsu. “Anwar merupakan seorang yang paling bahaya, dia akan rosakkan kita (Melayu, Cina dan India) dengan pembohongan.

Kata Nurul Izzah, Anwar adalah sebenarnya pemimpin yang telah melahirkan sebuah parti politik berbilang kaum, yang telah dikembangkan menjadi Pakatan Rakyat, yang komited kepada falsafah ‘Ketuanan Rakyat’ berbanding dengan falsafah BN yang pada pokoknya berpegang kepada ‘Ketuanan Umno’, yang mengamalkan rasuah politik untuk memaksa parti-parti berdasarkan kaum seperti MCA dan MIC untuk bertuankan Umno.

Dalam ceramahnya itu,Ezam siRaja Kotak juga menuduh bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah menghina Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Menurut Nurul Izzah "Pegangan dan pandangan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai DEB (Dasar Ekonomi Baru) sememangnya jelas dan jitu di mana beliau tidak persoalkan tujuan DEB. "Cuma yang dipersoalkan ialah pelaksanaan dan penyelewengan DEB untuk keuntungan golongan kecil bergelar kroni. Mungkin DEB mesti ditukarkan namanya kepada DEK, iaitu Dasar Ekonomi Kroni?"

Nurul Izzah turut menegaskan Anwar telah mengupas dengan teliti bagaimana penyelewengan perlaksanaan DEB dilakukan hingga telah menjejaskan pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia. "Anwar telah mengupas dengan teliti bahawa penyelewengan pelaksanaan DEB untuk keuntungan kroni telah merugikan rakyat apabila negara menghadapi kehilangan keyakinan dunia dengan kemerosotan FDI yang parah.

"Pembaziran melalui projek mega, pemberian komisyen tinggi untuk pembelian oleh kerajaan, kenaikan kos sara hidup yang tinggi, kejatuhan pendapatan rakyat, penghijrahan tenaga profesional ke luar negara dan tahap hutang negara yang membimbangkan, kesemuanya telah melemahkan daya saing negara dengan tenatnya.

"Pendekatan Anwar Ibrahim telah terbukti kebenarannya apabila kerajaan di dalam Model Baru Ekonomi telah menyatakan akan melaksanakan tindakan afirmatif berdasarkan keperluan dan bukan perkauman seperti yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat selama ini," ujarnya lagi.

Selain itu, Nurul turut menyentuh salah guna kuasa oleh parti pemerintah apabila campur tangan dalam institusi kehakiman khususnya yang melibatkan perbicaraan liwat 2 yang dituduh ke atas bapanya itu.

"Mengenai bahaya salah guna kuasa, rakyat dapat melihat dan menjadi saksi bagaimana institusi kehakiman dipergunakan untuk meneruskan tuduhan fitnah dan palsu kes liwat kali kedua terhadap Anwar.

"Proses siasatan dan bahan bukti yang tidak mengikut piawaian asas keadilan hanya menambahkan kehilangan kepercayaan bukan sahaja rakyat tetapi seluruh dunia terhadap kerajaan cukup mengaibkan," katanya.

Beliau turut merasa kehairanan apabila Ezam yang suatu ketika dahulu dikenali sebagai pejuang rasuah nombor 1 telah mula beralih angin sebagai pelindung kepada amalan rasuah Umno dan Barisan Nasional pula.

source:free malaysia today

Gelaran pun SiRaja Kotak dan kuat temberang pula.....

UMNO dan gomen ini bukan saja setakat perkudakan sistem kehakiman untuk menjatuhkan Anwar melalui kes sodomi II, malah menggunakan mahkamah untuk terus berkuasa. Lihat saja cara UMNO rampas Perak dan melantik MB dan Speaker haram......

cheers.

No comments: