14 November 2010

'Haram Media' atau 'Media yang Haram'

Pemuda Gerakan Kedah mendesak pemimpin kanan Pakatan Rakyat di peringkat pusat tidak berdiam diri dalam isu larangan terhadap beberapa media daripada membuat liputan di belanjawan yang akan dibentangkan di dewan negeri itu esok.

Ketua Pemuda Gerakan negeri Tan Keng Liang berkata, ini kerana kebebasan media di negeri jelapang padi itu kini semakin terjejas. "Pakatan Rakyat juga perlu menjamin dan mengekalkan kebebasan media di negeri Kedah," katanya.

Kerajaan PAS Kedah dilaporkan mengeluarkan arahan itu melalui sepucuk surat yang ditandatangani oleh setiausaha akhbar menteri besar yang hanya membenarkan Harakah, The Star, Sinar Harian, Sin Chew Daily and Makkal Osai membuat liputan sesi belanjawan sehingga Selasa ini.

Dilaporkan juga, larangan itu ekoran dakwaan terdapat manipulasi berita dan liputan terhadap mereka. Dalam satu kenyataan hari ini, Tan berkata, beliau sedih apabila kebebasan media bukan hanya disekat, malah petugas media didakwa berhadapan dengan ancaman dari pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

source:malaysiakini

Hello, Gerakan,you pergi cakap sama you punya bos di Putrajaya supaya menjamin dan mengekalkan kebebasan media di seluruh Malaysia terlebih dahulu....

You tengok itu Utusan Meloya,TV1,TV2 dan TV3 hari2 cakap pasal keburukkan pembangkang, apa you ingat ini BN gomen bagus sangat sampai tak ada kesalahan?

Bila buat laporan, ada perbedaan di antara membuat laporan cara kritik dan laporan secara fitnah(slander),
hasutan dan penipuan. Kalau pemberita datang dengan niat untuk membuat laporan2 berunsur fitnah,hasutan dan penipuan lebih baik duduk saja dan buat laporan dari pejabat masing2. Jangan jadi kroni gomen Najib semata2 dan mendapat gaji buta!!!


I don't blame the Kedah MB for his attitude towards the media.....

RASAKAN!!!!

cheers.

No comments: