10 November 2010

Banjir - Azizan balun Mahyuddin kerana cari publisiti.....

Minggu lalu hampir seramai 50,000 penduduk Kedah terpaksa dipindahkan apabila rumah mereka ditenggelami air akibat bencana banjir terburuk dalam sejarah negeri. Rumah MB Kedah,Azizan sendiri turut ditenggalami air.

Tiba-tiba mucul Mahyuddin dan Shahrizat Jalil dan beberapa pemimpin UMNO yang ambil kesempatan menibai kerajaan Kedah kerana tidak ambil peduli masalah banjir di Kedah, sebaliknya dok syiok berkempen di Galas.

TPM Mahyuddin Yassin yang mendakwa kononnya Kerajaan Kedah lepas tangan dan menyerahkan tanggungjawab membantu mangsa kepada Pusat.

Hari ini Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak membidas perangai Mahyuddin Yassin yang mendakwa kononnya Kerajaan Kedah lepas tangan dan menyerahkan tanggungjawab membantu mangsa kepada Pusat.

TPM kata saya lepas tangan. Pernah pejabat saya hantar surat ke KL (Kuala Lumpur) minta selesaikan masalah? Tak ada. Saya tak pernah tulis kepada PM (Perdana Menteri) tolong saya. Saya tak pernah tulis surat Shahrizat mai tolong saya.

"Dia turun pun pi Tunjang bukan tempat banjir. Kaki kasut dia pun tak basah. Nak cakap apa ...” katanya.

Di samping itu, Azizan turut mempersoalkan kelewatan Muhyiddin untuk mengunjungi kawasan banjir di Kedah.

Setelah tujuh hari bencana berlaku, baru (beliau) datang meninjau mangsa banjir. Air banjir pun sudah surut dan sebahagian (mangsa) balik ke rumah masing-masing. Sepatutnya datang lebih awal, baru nampak situasi sebenar,” kata Azizan, sambil menambah bahawa timbalan perdana menteri telah pergi ke tempat yang salah untuk mendapatkan maklumat yang betul.

“Kita ada Jawatankuasa Bencana Alam peringkat negeri diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri, bilik gerakan banjir peringkat daerah termasuk semua agensi terlibat seperti polis, tentera, sektor awam bekerjasama dengan baik. Tiada sentimen politik langsung.

“Saya terkilan kerana apa yang disebarkan tidak betul. Sepatutnya datang negeri orang, kenalah tanya saya dulu mengenai perkembangan terkini. Bukan buat andaian semata-mata,” katanya lagi.

Selain itu, Azizan turut mengkritik kehadiran Muhyiddin ke negeri itu yang disambut dengan bendera-bendera Barisan Nasional di Stadium Sultan Abdul Halim.

"Pasang bendera BN di Stadium Sultan Abdul Halim ketika Muhyiddin nak turun. Maka jadilah lebih publisiti daripada misi kemanusian. Saya datang tak ada bendera PAS atau Kedah iring saya," bidas Azizan.

source:harakah daily

Kalu tak pasang bendera,diikuti oleh puluhan wartawan serta beri kenyataan bodoh yang tak masuk akal bukan UMNO namanya!!!

cheers.

3 comments:

Anonymous said...

TPM kononnya cerdik tapi diperbodohkan oleh penyangak-penyangak UMNO Kedah yang dipimpin oleh Mamat yang tak ada SPM. Sharizat pula patutla ditolak oleh pengundi di Lembah Pantai, rupanya Minat ni takut air. Datang melawat mangsa banjir tapi tak pergi ke bilik Gerakan Banjir, pusat penempatan mgangsa-mangsa banjir jauh sekalilah. Entah-entah tak mandi beberapa hari.

IbnAbdHalim said...
This comment has been removed by the author.
IbnAbdHalim said...

Gelarannyapun "Mat Sembab", mana ada cerdiknya? Lagipun memang kerja orang UMNO cari publicity murahan seperti itu. Kalau tak buat begitu bukan UMNO namanya.

Pasal nak beri bantuan mesti kena heret wartawan dan krew TV bersama. Kalau tidak tobat nak datang.