13 November 2010

Anwar- Hari ini saya keluar Keadilan,esok UMNO akan sambut perayaan korban lebih awal daripda Hari Raya Haji....

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Umno-Barisan Nasional menerusi agen propagandanya, Utusan Malaysia kini cuba mencetuskan krisis dan suasana tegang dalam parti setelah segala usahanya untuk memfitnah dan mentohmah pemimpinnya menemui kegagalan. Kata Anwar antara usaha tersebut adalah seruan agar beliau dan Naib Presiden, Azmin Ali mengundur daripada parti yang dibuat oleh individu tertentu dalam KEADILAN atas dakwaan beliau dan Ahli Parlimen Gombak itu punca kepada segala masalah dalam parti.

"Kalau saya umum hari ini, dengan ini saya Anwar mengisytiharkan keluar daripada KEADILAN' Umno akan buat kenduri besar-besaran esok. Malah mereka akan sambut perayaan korban lebih awal daripda Hari Raya Haji," Anwar berseloroh di depan lebih 1,000 penyokong di majlis ramah mesra anjuran KEADILAN Cabang Simpang Renggam semalam. Dalam nada yang lebih serius Anwar menyakinkan kepada anggota parti bahawa segala usaha dan komplot tersebut tidak akan berjaya.

Anwar berkata media Umno seperti Utusan Malaysia tidak berhenti-henti menyerang KEADILAN dan juga pemimpin Pakatan Rakyat kerana mereka mengetahui potensi besar yang ada pada Pakatan Rakuyat untuk menubuhkan kerajaan persekutuan selepasd PRU-13 nanti.

"Apa yang mereka tidak serang. Utusan kata saya mula-mula agen Amerika, lepas tu agen Yahudi, kemudian agen Hindu, lagi agen Cina. Jadi sekarang ni Anwar dah jadi macam agen 007 James Bond," beliau ketawa.Beliau menambah Umno-BN melalui jentera media mereka juga memfitnah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebagai anti-Melayu, juga Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin kerana memberi geran tanah kepada rakyat Cina miskin dan seterusnya menuduh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengamalkan rasuah.

"Apabila Umno tuduh Tok Guru Nik Aziz rasuah, saya tahu Umno-BN sudah sampai ke penghujung modal mereka untuk memfitnah. Sudah tidak ada apa lagi yang mereka ada jadi mereka cuba sabotaj KEADILAN sekarang dari dalam," jelas Anwar.

"Semasa saya dalam kerajaan dan pernah memegang jawatan sebagai Pemangku Perdana Menteri, semua tokoh-tokoh kaya yang berpangkat daripada Datuk, Datuk Seri, Tan Sri, Tun mengelilingi saya dan angguk kepada semua kata-kata saya tetapi selepas saya dipenjarakan, dipukul setengah mati, ditelanjangkan satu satu panggilan kepada Azizah untuk bertanyakan khabar anak-anak pun tidak ada daripada orang seperti ini.

"Siapa yang bantu perjuangan saya, mereka yang tinggal Kampung Kerinci yang setiap malam memasak nasi dan memberi air kepada penyokong, pemandu teksi yang membawa penyokong ke rumah saya tanpa meminta wang tambang dan rakyat biasa yang berkorban tanpa meminta apa-apa pembalasan. Mereka inilah sebenarnya tunggak kekuatan menegakkan keadilan di negara ini.

source:suara keadilan online

Entah...berapa hari berturut2 TV1,2,3 dan Astro Awani akan buat ulasan tak henti2 hinggakan penonton muntah berjela2.

Profesor2 Kangkong akan buat ulasan panjang lebaq pagi, tengah hari dan malam sampai depa kematu otak masing2. Demikianlah suasana UMNO/BN begitu riang sakan tak terbilang.....


cheers.

6 comments:

ericoanaci said...

yelah tu,, PR apr kurang nyer tak henti2 nk buat fitnah, huhahuah sana sini, 2 x 5 gak lah...

follow me at blog tq

Anonymous said...

sapa aljub nih samapi orang umno nk raya haji lebih awal klu dia kuar keadilan??dia bukan ahli pkr pun,dia difuckto leader jer...tak masuk camner nak kuar.huahuhuahuahuahauah...

hebat sangatkah peliwat tua nih???toksah layan jek dia nih...bior dia tunda bicara dia samapi dia habis napas....

Anonymous said...

Pak Sheik....the end is near... perjuangan kita tak kemana...diumur ini baik kita bertaubat dan kirakan anak cucu...org dah tak percaya pada cakap dan perjuangan kita lagi....apalagi kita hendak diduduk di Malaysia ni, macam macam ada, tak payah lah perjuangan baru yg hamlau tu

Anonymous said...

Itulah, BN dah takut. Macam2 fitnah dilemparkan terhadap pemimpin2 PR. Berok2 mereka yang buat komen dalam blog ini pun tahu yang masa untuk BN memerintah sudah akan tamat. Rakyat dah sedar. Tipuhelah kamu tak boleh pakai lagi. Bahalol.

Anonymous said...

Najib& UMNO boleh hidup dengan bantuan SPR,PDRM,Ghani 4 Tahil,mahkamah kangaroo,undi pos tentera dan polis.

Beranikah Najib ubah semua ini. Kalu Najib berani,hari ini juga aku umum masuk UMNO!!!!

ericoanaci said...

alah semua org dlm (SPR,PDRM,Ghani 4 Tahil,mahkamah kangaroo,undi pos tentera dan polis) ada gak yg pembangkang...