28 November 2010

Najib 'blur' tentang 3rd force.....

Najib berkata kewujudan kumpulan yang dikenali sebagai “Third Force” dalam pakatan pembangkang khususnya PKR adalah berikutan timbulnya rasa tidak puas hati anggota parti itu terhadap kepimpinan mereka.

Najib berkata keadaan itu juga menunjukkan krisis keyakinan yang begitu serius melanda parti tersebut dan tindakan anggota PKR itu kerana mereka sudah hilang kepercayaan terhadap pemimpin mereka.

Sebaliknya Saifuddin berkata, kewujudan Third Force adalah inisiatif kumpulan aktivis yang merasakan mereka ada peranan dalam politik negara.

Ura-ura penubuhan Third Force ini datangnya daripada sekumpulan aktivis yang berpendapat mereka ada peranan dalam politik negara. “Misalnya mereka berpendapat meletakkan calon pilihan raya bukanlah hak mutlak masing-masing parti politik, mereka merasakan bahawa mereka juga ada peranan.

“Jadi dalam sistem demokratik yang terbuka membenarkan penyertaan semua pihak, tiada siapa yang boleh menyekatnya. Kelahiran kumpulan ini adalah daripada sekumpulan aktivis yang merasakan sampai masa untuk mereka terjun berkecimpung dalam politik,” katanya.

Ahli Parlimen Machang itu berkata kemungkinan besar Third Force mahu supaya parti melantik mereka sebagai calon dalam pilihan raya.

“Saya fikir perkara asas dalam pemilihan calon ini ialah calon yang boleh menyumbang kepada kemenangan dan parti sudah tentu mempunyai mekanisme kriteria pemilihan calon.

Third Force ini berpendapat bahawa mereka juga mahu ada tempat terhadap perkara ini. Jadi dasar parti sekarang ini adalah urusan pemilihan parti adalah urusan dalaman.

Pernah berlaku NGO bertanding gunakan lambang parti. Walaupun parti mempunyai sistem pemilihan dengan keutamaan kepada aktivis parti dan pemimpin parti menjadi calon tapi rekod pembangkang atau Pakatan Rakyat ini menunjukkan bahawa di sana ada juga peluang yang diberikan kepada aktivis,” katanya.

source:malaysian insider

Read 'How to become a Third Force' here.

Read 'What maketh a force?' here.

Baca 'Syed Husin: Tak perlu ketepi terus 'kuasa ketiga'di sini.

Nampak sangat betapa cetak pemikiran Najib Tun Razak bila mengaitkan kewujudan '3rd force' dengan masalah yang berlaku dalam PKR. Serpihan yang keluar PKR tu bukanlah 3rd force namanya Najib ooi!!!! Pi lah belajaq kat Saifuddin pasai 3rd force ini dulu sebelum buka mulut.....

Mungkin para NGO yang berminat dalam politik,tapi tak mahu sertai mana2 parti ingin menjadi calon. Kalau jadi calon bebas alamat akan nahas, deposit pun hilang nanti. Jadi depa nak tumpang sekaki parti2 politik yang boleh beri peluang kepada mereka.

Mungkin Najib terlupa bahawa BN yang memberi peluang kepada 'direct membership' itu juga adalah satu jalan bagi '3rd force' meresap masuk ke dalam BN.


Contohnya, Perkasa tak mungkin bertanding dalam PRU kerana ianya bukan sebuah parti politik, tapi ahli-ahlinya seperti Ibrahim al-katak boleh menjadi calon BN untuk bertanding walaupun dia bukan ahli UMNO.

Begitu juga dengan beberapa ekoq katak2 lain yang kini sudah tak berparti boleh diangkat menjadi calon BN menerusi direct membership UMNO ini.


cheers.

1 comment:

Anonymous said...

Awat tak blur,hari2 dok kena leter bik mama!!!!