23 October 2010

Ulamak muda UMNO kata Bik Mama tak bersalah....

Ulama muda Umno Fathul Bari Mat Jahya berkata pendekatan pembangkang mengecam tindakan Rosmah Mansor menaungi Festival Busana Islam (IFF) - yang mencetuskan kontroversi - melalui tersasar daripada konsep agama sebagai nasihat.

Mempertahankan isteri perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, Fathul Bari berkata, pembangkang sengaja membesar-besarkan isu itu sambil meletakkan sepenuhnya kesalahan atas bahu Rosmah tanpa menyiasat terlebih dahulu perkara itu.

"Sepatutnya bantahan itu ditujukan kepada penganjur sedangkan beliau (Rosmah) penaung semata-mata," katanya.

Berucap pertama kali di perhimpunan agung Umno hari ini, Fathul Bari berkata, manusia sentiasa dituntut meneliti terlebih dahulu sama ada sesautu kesilapan itu dilakukan dengan sengaja atau pun tidak.

"Tanpa diteliti hal tersebut, mereka terus menyerang dan menghukum. Adakah ini sikap orang Islam yang mengakui membawa hukum allah. Sedangkan jelas perbuatan seperti ini tersasar Islam yang mengajar etika menasihati seseorang," katanya.

source:intanhijau.blogspot.com

Ini aku tak boleh komenlah pasai aku bukan bertaraf ulamak. Kalau begitu kenapa tidak gomen atau UMNO sendiri teliti terlebih dahulu IFF ini sebelum commit diri mereka sebagai penaung? Bukankah gomen ada ulamak dan mufti UMNO dan Menteri Agama yang boleh bagi nasihat?

Satu soalan bodoh yang aku nak tanya, adakah kerana si Rosmah ini bini PM maka dia boleh buat apa saja,termasuk menghina Islam dan sapa2 pun tak boleh kata apa? Who is she??

Masih dok tunggu respon daripada Tuan Mufti Harunssani dan Tuan Mufti Noh Gadot......

cheers.

1 comment:

IbnAbdHalim said...

Rupa-rupanya Rosmah laki Najib tu pemimpin kita yang patut kita doakannya. Baru hari ini aku tahu!