04 October 2010

Parang-wielding robbers rob Rasah MP.......

Rasah MP Anthony Loke was rudely awakened early this morning by five parang-wielding robbers who broke into his Seremban home and tied him up, along with his elderly parents.

The 4am incident took place after the robbers cut through the front door lock, and awakened the occupants by switching on the lights.

“They barged into my bedroom and switched on the lights. They pounced on me and tied me up. My mother and father, who are in their 70s and were sleeping in another room, were also rudely awakened and brought into my room,” Loke said.

“They spent about 30 minutes ransacking my house,” he said. The robbers, he added, took away about RM3,000 in cash, a television set, his laptop, Blackberry and liquor. Loke estimated his total losses to be RM10,000.

(Ahli parlimen Rasah, Anthony Loke dikejutkan awal pagi ini oleh lima perompak yang bersenjatakan parang di rumah teres dua tingkatnya di Taman Yoon Chan, Seremban. Beliau dan dua ibubapanya yang uzur kemudiannya diikat.

Loke yang dihubungi Malaysiakini berkata, kejadian 4 pagi tadi itu berlaku apabila perompak berkenaan memotong mangga pintu depan.

“Mereka masuk dan ke bilik sya dan menghidupkan suis lampu. Mereka kemudiannya dengan terus mengikat saya. Ibu bapa saya yang berusia dalam lingkungan 70an yang sedang tidur di bilik bersebelahan juga dikejutkan dan perompak mengarahkan mereka ke bilik saya.

“Mereka menghabiskan kira-kira 30 minit untuk gelidah rumah saya,” katanya.

Menurut ahli parlimen DAP itu, perompak berjaya melarikkan RM3,000 wang tunai, televisyen, komputer peribadinya, blackberry dan beberapa botol arak.

Loke berkata kerugian ditaksirkan berjumlah hampir RM10,000.

"Ibu saya kemudian berjaya melepaskan dirinya. Dia kemudiannya membebaskan saya dan ayah saya," katanya.

Loke berkata sejurus dibebaskan beliau membuat laporan polis di ibu pejabat polis Seremban.
Katanya, beliau terkejut dengan kejadian berkenaan kerana kawasan perumahannya dianggap sebagai kawasan yang selamat. Namun Loke berkata beliau berpendapat rompakan itu tidak bermotifkan politik.)

source:malaysiakini

cheers.

1 comment:

Anonymous said...

1Malaysia ni selamatkah,Najib? atau nak selamat Najib dalam 1Malaysia?