28 October 2010

Tak yakin dgn Samy Vellu kot, Najib suruh PM India rasmi 'Little India' Brickfields.....

Polis menahan sembilan lelaki di hadapan sebuah restoran, kira-kira 100 meter dari lokasi majlis perasmian 'Little India', sebuah kawasan kediaman masyarakat India di Brickfields di Kuala Lumpur, petang semalam.

Semua mereka yang berumur lingkungan 30-an dan 40-an itu dipercayai anggota Persatuan Kemajuan Pelajar Tamil Malaysia (PKPTM) yang sebelum ini memprotes kehadiran Perdana Menteri India, Dr Manmohan Singh bagi merasmikan majlis itu.

Kumpulan itu ditahan kira-kira jam 5 petang selepas enggan memberi kerjasama kepada polis ketika diminta menunjukkan kad pengenalan masing-masing.

Sebelum ditahan, berlaku sedikit kekecohan antara mereka dengan anggota polis, namun ia dapat disuraikan kira-kira 10 minit kemudian. Semua mereka dibawa menaiki sebuah van polis ke Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields untuk siasatan, namun dibebaskan pada kira-kira jam 7 malam selepas keterangan mereka diambil.

PKPTM, sebuah badan bukan kerajaan (NGO), tidak bersetuju dengan cadangan perasmian 'Little India' dilakukan oleh Dr Manmohan Singh kerana mendakwa cukup sekadar dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atau di kalangan pemimpin kaum India tempatan sendiri. Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.

source:Bernama

Read 'A ‘Little India' comes into being in Malaysia' here.

Read 'Najib, Manmohan launch 'Little India' here.

Macamlah di Malaysia tak ada pemimpin India yang berwibawa?

cheers.

No comments: