26 October 2010

1Malaysia, biar papa, asalkankan bergaya cam bik mama....


Laporan Audit Negara mendapati...........

a. Kanak-kanak sekolah yang dijanjikan roti sandwich sardin tetapi hanya dibekalkan dua keping roti dengan marjerin.


b. Dalam persampelan, didapati Hospital Sultan Ismail Hospital membekalkan makanan yang berkualiti rendah. Ayam gorengnya masih berdarah, manakala Hospital Besar Pulau Pinang pula menyediakan sup sayur yang mempunyai rambut di dalamnya.


c. Pembekal makanan kantin menyediakan bungkusan mee segera kepada kanak-kanak, di mana sepatutnya mereka dibekalkan dengan bihun goreng.Bihun goreng pula kosong.




d. Jutaan ringgit dana rakyat dibazirkan oleh agensi kerajaan,seperti Jabatan Kastam kerana sejumlah mesin pengimbas yang dibeli tidak digunakan sepenuhnya.

e. Borang bertimbun, PTPTN hadapi defisit RM46bilion,61 peratus daripada 103,525 borang yang diterima pada 2008 dan semua 124,070 borang yang diterima pada 2009 masih belum diproses.




Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang hari ini mendedahkan bahawa hutang negara pada tahun lalu berjumlah RM362.39 bilion, iaitu paras yang paling tinggi dalam tempoh lima tahun.

Hutang itu mencakupi 53.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK), kali pertama keadaan itu berlaku dalam sejarah negara, kata beliau dalam laporan tahunan terbaru yang di bentangkan di Parlimen hari ini.


Hutang RM362.39 bilion ringgit yang disebut dalam laporan audit itu juga jauh lebih tinggi daripada RM233.92 billion yang disebut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Parlimen Jun lalu. Ketika itu Najib juga mendakwa hutang itu hanya mencakupi 34.3 peratus KDNK.



Dengan hutang sebanyak tu...

Si PM Najib nak bina bangunan 100 tingkat
!!


Terus membina istana negara baru,yang kini hampir RM 1 bilion.


Baik pulih rumah PM Najib bernilai RM64 juta??

Projek Permata RM111 juta??


Adoiiiiiiiiiii...........

Bilalah penyamun2 ini akan belajar???


1Malaysia konon.

Pooooooodah.....



Apa-apa pun biar papa,asalkan bik mama bergaya......


cheers.

No comments: