16 October 2010

Nak nasihat Mama Bik? Sapa berani....

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini mempersoalkan sama ada penggunaan gelaran ‘Wanita Pertama’ oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor di Sidang Kemuncak Wanita Pertama yang berakhir 13 Oktober yang lalu adalah akibat daripada kealpaan Bahagian Protokol Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk menasihati beliau ataupun disebabkan kedegilan beliau sendiri.

“Rosmah sepatutnya malu untuk menggunakan gelaran ‘First Lady’, kerana umum mengetahui gelaran itu untuk Permaisuri Agong. Namun, walaupun isu ini telah dijelaskan oleh pelbagai pihak namun ianya berterusan berlaku, dan boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan pimpinan asing,” kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Prof Dr Abdul Aziz Bari telah mempersoalkan tugas Bahagian Protokol adalah di bawah JPM yang sepatutnya, pada pandangan beliau menasihatkan Rosmah mengenai penggunaan gelaran 'First Lady'.

“Sepatutnya bahagian ini menjalankan tanggungjawabnya dan memberi garis panduan kepada isteri Perdana Menteri mengenai isu ini.

"Perlembagaan amat jelas siapa sepatutnya menggunakan gelaran Wanita Pertama iaitu dalam perkara ini Raja Permaisuri Agong," tegas Dr Abdul Aziz yang juga pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Dr Aziz Bari turut berkata Perkara 32(2) Perlembagaan Persekutuan dalam Bab 1 berkaitan jelas menyatakan hak gelaran Wanita Pertama Malaysia adalah kepunyaan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.

Perkara 32(2) berbunyi, "Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, dan Isteri Yang di-Pertuan Agong (digelar Raja Permaisuri Agong) hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain di dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong".

“Sehubungan itu pihak istana negara disaran mengeluarkan kenyataan rasmi agar kesilapan ini tidak berterusan dan gelaran ‘First Lady’ tidak digunakan sewenang-wenangnya,” kata Tuan Ibrahim, sambil menambah bahawa tindakan Rosmah dilihat sebagai tidak memahami protokol rasmi dan juga konsep institusi Raja Berperlembagaan.

source:harakah daily

Kalau nasihat Najib,lakinya sendiri Mama Bik tak kisah, sapalah Bahagian Protokol Jabatan Perdana Menteri (JPM)?

Mama Bik tak pegang apa-apa jawatan dalam UMNO,malah tak menjadi menteri dalam kabinet Najib, hanya sekadar menjadi isteri Najib saja. Tapi,wow!!! boleh dapat peruntukkan RM111 juta bagi projek PERMATAnya. Yang menarik PERMATA menerima RM111 juta berbanding dengan bantuan untuk Sekolah Agama Rakyat(SAR) rendah dan menengah yang hanya menerima RM95 juta. Tapi UMNO dok canang depalah pembela agama Islam tulen!!

Apakah anak-anak pak cik dan mak cik di merata-rata kampung dan desa akan dapat faedah daripada projek PERMATA ini, sedangkan projek PERMATA ini difokus di kawsan bandar dan kota, lantas siapa yang akan mendapat manafaat yang banyak daripada projek PERMATA....pikiaq2 mai!!!

Persoalannya sapa berani tegur Mama Bik, aku rasa Najib pun tak berani buka mulut, malah Najib telah memberi hadiah Krismas yang berbagai-bagai ketika membentang budget 2011 kelmarin.....

cheers.

2 comments:

Anonymous said...

Sekali Rosmah jeling, Najib terkulai layu!!!!

Luahan rasa said...

kalau Najib pun kecut teloq dengan sigemuk tu,orang2 Najib kat jabatan dia lagi la tak berani.bukan apa,depa2 tu cuma takut periuk nasi melayang je.sebenarnya raayat semua muak dengan sigemuk tu.tapi nak buat macam mana?tunggu la PRU13 nanti.mudah2an laki dia telungkup baru lah dia pun terlungkup sekali.