27 September 2010

Apa hubungan Nazir Razak dengan ETP......


1. Ramai pemimpin Umno bimbang Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dibentang minggu lalu adalah sebenarnya Program Mengkayakan Nazir, adik Perdana Menteri yang menjadi bos besar CIMB.

2. Adik Najib yang sudah lama mengurus bank GLC ini secara terang terang penyokong kuat Idris Jala, budak Kelabit yang menjadi menteri melalui lantikan sebagai Senator. Nazir asyik membela ‘labs’ Idris dan mempertahankan Menteri KPI walaupun bekas eksekutif Shell dan MAS ini dengan secara bongkak meramalkan Malaysia akan jatuh bangkrap dalam masa sembilan tahun lagi.

3. Nazir juga kerap membincang pasal ETP. Tidak hairanlah sebab dia dan machai-machainya di CIMB sudah lama merancang untuk mengambil alih program ini untuk kepentingan ekonomi peribadi. CIMB sudah mula merisik untuk menjadi bank perdagangan projek MRT Gamuda-MMC yang bernilai sekurang-kurangnya RM40 billion.

4. Apatah lagi lubuk emas yang diperkatakan dalam pembangunan ‘Greater KL’ yang diumumkan on Perdana Menteri. Yang kurang diketahui umum ialah penglibatan Nazir sebagai ahli lembaga pelaburan KWSP. Jawatan ini akan menolong ‘Malaysian Top Banker’ untuk medapat kontrak kontrak lumayan untuk mengendali kewangan projek projek membangunkan tanah RRI di Sungai Buloh.

5. Si adik Perdana Menteri ini akan meraih keuntungan yang paling besar dari ETP sehingga dia dengan secara terbuka dilihat berseloroh dan ketawa semasa pelancaran ETP dengan Idris, yang ditugaskan antara lain menjaga hak istimewa Bumiputra. Yang dijaga hanya kepentingan si Nazir sahaja.

6. Bank-bank lain hanya akan medapat cebisan cebisan daripada ETP. Yang majoritinya akan diberikan kepada CIMB, yang dalam masa yang singkat menjadi bank kedua besar di Malaysia. Walaupun kita boleh ucap tahniah, tetapi cara CIMB menaiki tangga sampai ke tempat kedua adalah dengan menggunakan nama pemimpin kita. Bukan kerana mereka bagus sangat.

7. Pegawai pegawai dari bank bank lain sudah lama merungut bahawa semua projek lumayan di dalam ETP telah dikhaskan untuk Nazir dan CIMB, yang sebelum ini mendapat kontrak untuk menyenaraikan MAXIS di Bursa Saham Kuala Lumpur. Ini tidak beza dari usul Synergy Drive yang sekarang menjadi Slime Darby Berhad.

8. Soalnya ialah kalau Perdana Menteri Najib Razak akan membenarkan adiknya mencemar dan mempersendakan program ketelusan dan reformasinya dengan cara caranya untuk meraih semua kontrak besar di negara ini yang dibawah naungan ETP?

9. Bolehkah Nazir biarkan bank-bank lain menyertai ETP supaya untungnya dapat di beri sama rata kepada lebih banyak lagi orang Malaysia, khasnya Melayu dan Bumiputera lain yang bukan bin Abdul Razak.

10. Najib patut adil dalam perkara ini, walaupun ia melibatkan keluarga. CIMB sudah kaya sampai mendirikan pejabat dan cawangan bank di Indonesia, Singapore dan Thailand. Syarikat Melayu lain bagai mana pula?

11. Pihak pembangkang patut bertanya soalan ini dan mengikuti jejak Nazir ini sampai ke Seri Perdana untuk mempastikan perhubungan tali keluarga tidak bermakna ‘Malaysian Top Banker’ ini mendapat untung kerana dia adik PM.

source:putridjaya wordpress.com

cheers.

5 comments:

Anonymous said...

Bila abang balun,adik pun balun juga!!

Anonymous said...

memang itu pun tujuan Najib

Anonymous said...

1Malaysia 1Family thats Najib's 1Malaysia punya concept!!!

Anonymous said...

Memang betul di KL nih, byk staff di dalam GLC companies telah di"paksa" tukar gaji ke Bank CIMB dari Bank-Bank yg lain sebelum ini...

Perkara ini amat menyusahkan org ramai...asyik2x CIMB jer yg dpt mcm-mcm...Bank-bank lain pun nak hidup juga...

warga glc KL

Anonymous said...

Dengar kata kaki tangan gomen,orang pencen,penerima2 bantuan gomen,pemegang2 biasiswa, semuanya diarah buka akaun dengan CIMB kerana gomen Najib hanya mahu urus dengan CIMB saja.

Macam tu punya cerita,lebih baik arah tutup semua bank dan CIMB monopoly semua. Maka gandingan adik abang anak Razak akan jadi orang yang paling kaya di dunia kalah Bill Gates!!!